Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 August 2012

Bersalah rogol gadis bawah umur, Juruelektrik dibebas terlepas Hukuman Penjara & sebatan

Hukuman yang dikenakan ke atas juruelektrik berusia 22 tahun, Chuah Guan Jiu (gambar), Selasa, adalah sama seperti yang dikenakan terhadap bekas pemain boling skuad kebangsaan Noor Afizal Azizan yang melakukan kesalahan sama dua tahun lalu

GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya. Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.

Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya. Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit. "Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan. Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.

Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik. "Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya. Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.

Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Aku cuma nak kata: 
"Apa sudah jadi ngan HAKIM-HAKIM di Malaysia ni. Nak tunggu mak, isteri, anak atau cucu mereka kena rogol baru nak jatuh hukum penjara & sebat. Rogol budak bawah umur patut hukuman berat lah lagi. Kalau macam ini lah hukuman melakukan sex & merogol budak perempuan bawah umur, nampak gaya nya akan datang perogol2 akan menjadikan budak2 pulak sebagai target mereka."


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

1 comment:

Anonymous said...

Tuan hakim mahkamah sesyen dan mana-mana hakim bicara memang mempunyai budibicara dalam menjatuhkan hukuman. Mahkamah Rayuan lazimnya tidak akan mengusik keputusan mahkamah bicara yang mendengar dan menulis kes bicara itu secara terus/langsung melainkan hukuman itu tidak mengikut prinsip-prisnisp hukuman. apa prinsip2 itu yang digunapakainya oleh hakim itu? In Georgetown, Penang, the accused person Chuah Guan Jiu, an electrician was bound over on a good behaviour bond for statutory rape of his 12-year-old girlfriend on two occasions last year. The court had on July 20 found him guilty of raping his girlfriend, then aged 12 years and 10 months, at his flat in Air Itam between 7am and 1pm on July 18 last year, and between 2.25pm and 2.45pm the next day.
The offence under Section 376(1) of the Penal Code carries a maximum jail sentence of 20 years and whipping. Sessions judge Sitarun Nisa Abdul Aziz ordered the accused, who was 22, to be bound over for three years on a RM25,000 good behaviour bond. The learned judge took into consideration that Chuah was a young, first time offender, that the sexual act was consensual and that he is a school dropout. Sitarun Nisa said that another consideration was Chuah’s future. The DPP in charge of the case intends to appeal against the decision of the Judge.
Mengikat OKt atas kelakuan baik, Hakim itu menggunakan prinsip2 hukuman dan memandangkan dia melihat dan membicarakan sendiri kes itu, bukankah dia yang terbaik dan lebih faham bila menjatuhkan hukuman itu? Bukankah dalam Islam, hakim itu bila menggunakan ijtihadnya, jika salah keputusannya tetap dapat pahala 1, dan jika betul dapat dua pahala. Mahkamah rayuan disegi prinsipnya tidak akan mengetepikan hukuman itu hanya kerana ianya berpendapat atau mempunyai pandangan yang berbeza kerana asasnya, hukuman itu adalah budibicara hakim bicara yang mengendalikan perbicaraan itu.
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...