Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950?
Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan
kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan
bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas
keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi
tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif
kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri
tersebut.
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda
akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di
laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak
lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan
jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang
lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga
bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel
menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa
andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk
menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di
internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.
Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan,
marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan
tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012! - http://stop114a.wordpress.com
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment