PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal
Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan
membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen
membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan
ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.
Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus
Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang
dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana
membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman. Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam
Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor
Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang
baik. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.
Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor
Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai
RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang
gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi
dan 5 pagi pada 5 Jun 2009. Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor
termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis
itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka
pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak
pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk
mengikat jaminnya. Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.
Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa
sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara
2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa
Thailand, April lalu. Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama
Sumber - http://www.harian-metro-online.com
Aku cuma nak kata:
Sumber - http://www.harian-metro-online.com
Aku cuma nak kata:
Mengapa lah bukan anak2 atau adik kakak perempuan hakim
hakim kes ni yang kena rogol.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment