Hidup ini memang singkat. Jadi jangan buat lebih singkat lagi dengan melakukan perbuatan yang sia-sia. Selamat menyambut tahun baru 2014 yang sudah pasti lebih mencabar dengan kenaikan kos segala jenis barangan dan perkhidmatan.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/
31 December 2013
05 December 2013
Banjir di Kuantan, Pahang - mana liputan media arus perdana?
14 November 2013
Pau Pesona Kampung Sungai Haji Dorani
10 Muharram 1435 (14.11.13):
Pau Pesona jalan masuk kampung Sungai Haji Dorani, Sg Besar. Pau Pesona
the best in town. Dah lah besar, inti kelapa dan kaya nya 'homemade'.
Sekali gigit dah jumpa inti dalam. Tak macam sesetengah pau, gigit 2,3
kali pun tak jumpa inti lagi. Mana nak cari, besar, sedap dan harga cuma
RM1.00. Semoga Allah bagi keberkatan pada tukang jual nya.
11 November 2013
Shahrizat buat 'U-Turn' tarik balik saman RM100j pada Rafizi dan Zuraida
Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.
Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.
Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu.
Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam.
Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida .
"Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin.
"Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee. - http://www.malaysiakini.com/news

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
05 September 2013
5 syarikat paling tua di Bursa Saham Malaysia
Mungkin ramai yang tak sedar ada banyak syarikat yang cukup tua yang
telah lama wujud di negara kita sejak sebelum merdeka lagi. Syarikat
yang dibicarakan di sini hanyalah yang besar dan tersenarai di Bursa
Saham sahaja.
Sudah tentu yang tersenarai itu adalah syarikat yang besar dan telah
melalui berbagai tranformasi yang berjaya mengekalkan mereka sehingga ke
hari ini.
Memang ada banyak syarikat telah wujud di negara kita sejak sebelum
merdeka, cumanya banyak yang kecundang dan mati separuh jalan sebelum
sempat negara mengecapi kemerdekaan.
Mari kita lihat 5 syarikat paling tua yang wujud di senarai Bursa Saham kita sekarang:
- TAHPS Group – Nama asal syarikat paling tua di Bursa Saham ini adalah The Ayer Hitam Planting Syndicate Berhad. Ditubuhkan sejak tahun 1907 sebagai syarikat perladangan Pokok Getah. Kini dia telah mempelbagaikan perniagaannya kepada Kelapa Sawit dan juga Hartanah di samping masih mengekalkan perladangan Pokok Getah.
- United Malacca – Syarikat ini ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock pada tahun 1910 sebagai syarikat perladangan getah bermula dengan keluasan pada ketika itu seluas 186 hektar. Ia merupakan syarikat nombor dua paling tua di Bursa Saham. Sekarang mereka mempunyai seluas 24,575 hektar ladang dengan nilai perdagangan sebanyak RM1.48 billion. Mereka masih kekal dalam industri perladangan getah dan dan juga Kelapa Sawit.
- Sime Darby – Tak perlu diperkenalkan lagi syarikat ini kerana kita semua dah tahu. Orang Inggeris yang menubuhkan syarikat perladangan ini pada tahun 1910. Orang yang menubuhkannya adalah William Middleton Sime, Henrry d’Esterre Darby dan juga Herbert Milford Darby. Asal penubuhannya adalah di Melaka dengan ladang seluas 12,437ekar. Kini Sime Darby berkembang dengan berbagai perniagaan termasuklah perladangan, hartanah dan juga automotive. Nilai pasarannya adalah RM56.31 billion.
- Asian Pac Holding – Starikat ini ditubuhkan pada tahun 20hb Jun 1913. Disenaraikan di Bursa pada tahun 1961. Sayarikat ini bermula sebagai sebuah syarikat insurans dan broker saham. Kini ia telah bertukar menjadi sebuah syarikat pelaburan dan pembinaan hartanah. Keuntungannya melonjak naik pada tahun 2012 sejak kejayaannya membina Kota Kinabalu Times Square. Pengerusi kepada syarikat ini ialan Tan Sri megat Najmuddin Megat Khas. Namun pemilik utamanya ialah Encik Mah Sau Cheong.
- Pinehill Pasific – Ditubuhkan pada tahun 1917 sebagai sebuah syarikat Kelapa Sawit dan pemprosesan minyak kelapa sawit. Kini masih mengekalkan perniagaan kelapa sawitnya dan ditambah dengan perniagaan hartanah.
Terdapat sebanyak 26 syarikat yang ditubuhkan pada dan juga sebelum tahun 1957 di Bursa Saham.
Untuk pengetahuan semua, Sapura Resources ditubuhkan pada tahun 1957
oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, seorang jurutera elektrik didikan
British. Ia bermula dengan nama Uniphone Telecommunication Berhad sebagai syarikat telekomunikasi dan masih wujud sehingga sekarang. Itulah satu-satunya syarikat yang ditubuhkan oleh Bumiputra yang
masih wujud dan semakin kukuh sehingga sekarang. Yang lainnya semua
dimulakan samada oleh Mat Saleh atau Orang Cina.
Apa agaknya masalah orang kita Melayu ni agaknya ya?
03 May 2013
PRU13 - Bagi Pakatan Rakyat peluang...
Setiap kali keluar negara, saya dan rakan rakan terlalu gemar membuat perbandingan harga kereta dan minyak petrol..
Tapi, Kami banding banding saja..tak complaint pun..
Walo pon sedar Cukai kereta kita tinggi sangat..
Time Nak beli, kita beli je..
Bila harga minyak RON 97 asyik naik saja (saya pengguna RON 97), kami tak kisah jugak.. Bayar je..
Nak jumpa clients, saya akan pilih jalan yang cepat dan singkat..
Pelbagai tol.. Kena lalui..
Tapi tetap pilih jalan bertol..
Pasal nak selesa dan kejar masa...
Dan Bila ada kenaikan apa apa pun, gas, elektrik..kami tak mengeluh..
Kami kerja keras je lagi..
Strategi nak lawan inflasi..
Tambah sales kami je, bukan kami berdemo sana sini..
Itu kami..yang agak selesa walo pon berniaga kecil kecilan..
Tapi bagaimana pula bagi mereka yang bergaji tetap..?
Orang Kerajaan atau swasta..
Yang bekerja ni majoriti orang melayu dan islam..
Ada yang bergaji kurang 2.5k sebulan..
Saya pon pernah dulu, pergi jumpa clients duit dalam wallet ngam ngam je nak bayar tol dan petrol..
Dan Pernah saya jumpa seorang remaja menangis merayu untuk ke London berjumpa family, tapi disekat di airport, kerana masalah PTPTN..
Dan sekarang pihak PR mahu turunkan harga kereta..
Mahu turunkan kadar tol..
Mahu hapus PTPTN..
Bagi mereka peluang..
Untuk kebaikan kita semua juga..
Kenapa kita bagi satu pihak monopoli dari kita baby sampai kita mati?
Ada kawan kawan saya sokong betul betul pemerintah sekarang..
Pasal terlalu bergantung dengan project kerajaan, katanya..
Tapi itu mereka..bukan kita.
Dan Andaikata mereka tidak tunaikan janji mereka..
Kita gulingkan mereka balik..
Kuasa ditangan kita semua..
Jom, kita ubah..
Kita semua kena BERANI berubah..
Kita tengok result..
Inikalilah.. Kita Tukar..
Nota- jangan gaduh ye..
Masing masing ada hak memberi pandangan..
Tulisan diatas di copypaste dari http://www.facebook.com/shaari.anuar.5
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
24 April 2013
Robert Kuok buys Nusajaya land for $74m
23 Apr 2013 - By Anita Gabriel, In Kuala Lumpur
SOUTH-EAST Asia's richest man Robert
Kuok, with Malaysian sovereign wealth fund Khazanah Nasional, has bought land
in Johor's Iskandar Malaysia for a mixed development project.
Mr Kuok's latest move to buy and
develop two parcels of land in Nusajaya, Iskandar, for RM182 million (S$74
million) comes less than two weeks before the May 5 election.
Nusajaya is a state seat under
Gelang Patah, where the contest between outgoing Johor Menteri Besar Abdul
Ghani Othman and opposition veteran Lim Kit Siang is being regarded as a battle
for both the state and Malaysia.
The timing of Mr Kuok's investment
could be telling in terms of whom he may be supporting.
Many Malaysian tycoons and businessmen
prefer to wait and see, given election jitters. But not Johor Baru-born Mr
Kuok.
His flagship Kuok Brothers Group and
Khazanah have set up a 70:30 joint venture company, Southern Marina
Development, to buy 5ha of land in Puteri Harbour, Nusajaya - the epicentre of
Iskandar Malaysia - from UEM Land.
"The project by Southern Marina
will comprise high-rise residential and retail/commercial units at the
waterfront location with views of the marina and Strait of Johor," said
UEM Land and Southern Marina in a joint statement.
The development will have a gross
floor area of over two million sq ft, and an estimated gross development value
exceeding RM1 billion.
The 90-year-old Mr Kuok, who lives
in Hong Kong, controls the world's largest palm oil firm Wilmar, which is
listed on the Singapore Exchange. He also owns luxury hotel chain Shangri-La.
The latest move is a shift from his
previous manoeuvrings to cut his exposure in Malaysia and expand abroad.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
17 April 2013
PRU13 - Ibrahim Ali kecewa diketepikan BN
Ibrahim Ali: Kenapa Zul dapat tapi saya tidak
16 Apr 2013 - Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.
Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.
Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.
"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya.
"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.
Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.
Tak dendam pada BN
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid Samad.
Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas.
Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.
Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.
Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN. - http://www.malaysiakini.com
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com/
24 March 2013
PRU13 : "Seks" jadi manifesto BN?
Oleh LIM HONG SIANG
Mungkin
tiada yang serius tentang bilakah Barisan Nasional (BN) membentangkan
manifesto pilihan raya mereka, setelah hampir sebulan Pakatan Rakyat
melancarkan Manifesto Rakyat. Sebaliknya, "gambar video seks"
pula yang dihidangkan terlebih dahulu sebagai cubaan untuk mengaitkan
Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan tuduhan homoseksual.
Apakah ini satu-satunya "manifesto" yang mampu ditawarkan BN untuk pengundi Malaysia, setelah lebih setengah abad memerintah? Memang cukup mual apabila "seks" digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh politik. Kalau bukan budak jambu, maka "pelacur China" (kononnya). Kalau dahulu lelaki, kemudian perempuan, kini berbalik pula kepada lelaki... Sehingga warga internet terus menyindir, "barangkali 'Anwar' akan ditangkap kerana mengadakan hubungan dengan lembu dalam kondominium pada masa akan datang!" Belum sampai 24 jam, warga internet telah berjaya mengesan bahagian-bahagian yang disyaki, termasuk garis rambut pelaku dalam gambar (lebih ke tengah) yang tidak sama dengan Anwar (jelas di sebelah kiri), sudut cahaya dengan bayang yang berbeza dan sebagainya. Antara yang dipertikaikan, mengapa masih gambar hitam-putih sedangkan kita sudah masuk zaman digital dengan rakaman berwarna? Lebih-lebih lagi, jikalau benar Anwar berkelakuan sedemikian, dan "video" ini sengaja dirakam untuk mendedahkan "Anwar yang sebenar", mengapa tidak terus sahaja menyerbu ke bilik dan menangkap Anwar, ketika aksi-aksi ini berlangsung dalam hotel?
Padahal saya tidak berminat untuk membincangkan isu ini dari perspektif sedemikian. Selama 15 tahun politik kita tidak terkeluar dari dubur. Babak ini hampir ditamatkan pada 2 September 2004, apabila Anwar diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan dari penjara. Kemudian, ia dibuka semula untuk melanjutkan talian hayat Umno-Barisan Nasional pada Jun 2008, apabila diuar-uarkan bahawa Pakatan bakal menawan Putrajaya pada 16 September 2008. Kes Liwat II ini dimatikan pada 9 Januari 2012 dengan keputusan mahkamah, dimatikan buat kali kedua apabila bapa Saiful Bukhari mengakui anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar pada 8 Mac 2013.
Jadi, mengapa isu ini diulangi, biarpun setiap kali apabila ia dibangkitkan, akan dibongkarkan pembohongannya? Jawabnya senang, tukang propaganda yakin, bahawa pembohongan jikalau diulangi seribu kali, akan menjadi kebenaran. Tetapi saya gagal membayangkan masa depan Malaysia jikalau politik kita terus berlegar-legar dengan cerita dubur. Seandainya pesaing politik boleh ditumpaskan dengan sumpah fitnah, gambar atau video palsu, maka apakah makna kita berpolitik? Undilah pengarah dan penyunting filem untuk jadi Perdana Menteri! Lantik sahaja mereka yang bersumpah dari hulur ke hilir untuk menjadi ahli Parlimen, dan lihat bagaimana Malaysia boleh berkembang maju 10 tahun mulai hari ini.

Lebih parah, demi agenda politik kepartian, media lidah
parti seolah-olah diberi hak keistimewaan untuk bebas menabur fitnah.
Lihat bagaimana kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia, yang akhirnya
berjaya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di pihak yang benar.
Pimpinan Pakatan Rakyat seperti Nizar Jamaluddin, Teresa Kok, Lim Guan
Eng, Khalid Samad dan lain-lain antara yang menang dalam kes saman
fitnah terhadap Utusan Malaysia. Sementara itu, Khairy Jamaluddin, yang
lantang menuduh bahawa Anwar ejen Yahudi sebelum ini, akhirnya terpaksa
menelan ludah sendiri.
Namun, apakah ia memadai dengan
kesudahan sedemikian? Sememangnya tidak! Kita perlu sedar bahawa
sungguhpun kebenaran menang di penghujungnya, tetapi fitnah ini telah
memahat kesannya pada si mangsa. Lihat bagaimana Teresa Kok ditahan
bawah ISA tidak tentu pasal, hanya kerana difitnah mengeluarkan arahan
"melarang laungan azan" - yang akhirnya terbukti langsung tidak pernah
terkeluar dari bibirnya. Lihat bagaiman persepsi "Anwar ejen Yahudi"
dipahat dengan fitnah sebegini, sehingga masyarakat Melayu termakan
dengan propaganda bahawa Pakatan mengkhianati Islam. Mangsa seterusnya,
Nurul Izzah difitnah bahawa beliau menyokong murtad; Tian Chua,
baru-baru ini, difitnah bahawa beliau mengeluarkan kenyataan anggota
pasukan keselamatan yang terkorban itu bagai "mati katak".
Mungkin kita perlu menunggu sehingga satu hari nanti, apabila keadilan
ditegakkan. Apa yang pasti, Tian Chua tidak sempat membersihkan namanya
melalui mahkamah sebelum PRU13. Bayangkan kesannya terhadap Tian Chua
sebagai seorang pemimpin politik, yang bakal bertanding dalam PRU13.
Beliau mungkin kalah seandainya pengundi Batu termakan dengan propaganda
sedemikian. Dan jikalau mahkamah memutuskan satu hari kemudian, bahawa
Tian Chua benar tidak bercakap sedemikian, bagaimana pula pampasannya?
Bukan niat saya untuk membincangkan hal ini dari sudut kepentingan
individu. Malah ia harus dilihat sebagai satu agenda besar, atau motif
politik yang jelas, bahawa persepsi negatif sengaja direka dan
dipaksakan terhadap masyarakat kita, agar tidak mempercayai Pakatan.
Persepsi ini bukan sahaja menambat langkah Pakatan ke Putrajaya, malah
membantutkan pendemokrasian politik Malaysia. Bagaimana pula kerugian
ini ditebus dengan pampasan yang setimpal?
Keadilan yang dilengah-lengahkan, adalah keadilan yang dinafikan. Memohon maaf selepas lima tahun gagal menebus dosa anda. Kita perlu bezakan antara hitam dengan putih sebelum membuat keputusan. Ini kerana manusia yang gagal membezakan antara hitam dengan putih akan termakan dengan propaganda gambar video hitam-putih.
Keadilan yang dilengah-lengahkan, adalah keadilan yang dinafikan. Memohon maaf selepas lima tahun gagal menebus dosa anda. Kita perlu bezakan antara hitam dengan putih sebelum membuat keputusan. Ini kerana manusia yang gagal membezakan antara hitam dengan putih akan termakan dengan propaganda gambar video hitam-putih.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
19 March 2013
Prof Dr Muhaya: Mengapa Perlu Mengundi ?
Soalan :
"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah
kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama.
Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus,
mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"
Jawapan Prof Dr Muhaya :
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik.
POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai
politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan
menjatuhkan orang lain.
Politik islam pula bertujuan mentadbir
dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan
politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan
kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat
menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
Sekiranya
kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa
pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak
mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana
kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam
menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara
musyawarah peringkat global.."
Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
16 February 2013
Orang terkaya Malaysia: Robert Kuok - RM46.1 bilion
KUALA LUMPUR 16 Februari 2013 - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami
penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun
lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai
RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.
Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan
aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business,
majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.
Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu
meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang
turun naik dan tidak menentu.
Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion
pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus
berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.
Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu
terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7
bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas.
Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng
Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam. Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun
ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53
bilion tahun lepas.
Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari
kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai
RM10.56 bilion.
Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee
Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan.
Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee
menambah kekayaannya
sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.
Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd,
berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35
bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.
Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di
Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan
berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36
peratus daripada tahun lepas.
Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002,
seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan
daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.
Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh
dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan
sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham
masing-masing. Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu.
Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun
lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset
mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14
mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.
Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari
Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15,
dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew
dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group,
memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.
Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan
dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam
Pasaran ACE.
Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu
dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam
syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.
Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. - Bernama
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/orang-terkaya-malaysia
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/orang-terkaya-malaysia
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
Subscribe to:
Posts (Atom)