Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

30 June 2008

25 Tips for a healthy heart




Kepada yang rajin boleh lah print poster diatas dan tampalkan di mana yang patut. TQ

Bihun Sup RM1.00 - Bior Bebenor Yeop !!!

Baru aje sampai, balik dari Taiping. Hari Sabtu, pergi rumah adik ipar dekat Pekan Kamunting. Sebelum balik pergi makan di kedai makan yang paling murah yang pernah aku dengar. Kedai tersebut di Pekan Kamunting, bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas. Aku pergi makan berdua saja dengan anak saudara aku. Yang lain tinggal kat rumah adik ipar. Aku order teh tarik dan makan nasi lemak bungkus. Anak saudara aku hanya minum MILO panas. Aku Bungkus Bihun Sup (5 bungkus), Kuetiaw Sup (5 bungkus) dan Nasi Ayam (5 bungkus). Harga nya, Sebungkus Bihun RM1, Kuetiaw RM1 & Nasi Ayam RM1.70. Nasi Lemak Bungkus 3 segi yang aku makan tu harga nya 60 sen. Adik ipar aku kata, nasi ayam dan nasi lemak tu baru naik sebab beras naik harga melambung baru baru ini. Kalau tidak, harga nasi ayam tu RM1.50 dan nasi lemak 50 sen. Oh ya...lupa pulak, satey pun ada jual, aku tanya tauke berapa secucuk ?secucuk 15 sen,tapi aku tak makan, tak tahu lah macam mana rasa nya.
Rasa makanan nya OK. Kuantiti pulak, tidak lah sikit sangat. Kalau nak banding dengan bihun sup pasar malam di Kapar ni,rasanya banyak lagi yang kat sana.
Aku cuma terfikir ada ke tuan punya kedai tu memperolehi keuntungan dengan harga sebegitu rendah...semoga Allah memberkati Tuan kedai tersebut.....



* Keterangan Gambar
Atas - Pandangan dari dalam kedai
Tengah - Dari hadapan, Banner tertulis BIHUN SUP RM1.00
Bawah - Dari Stesen Minyak Petronas

26 June 2008

Nostalgia Menyemat Atap Nipah



Bila melihat gambar makcik ni, aku terkenang kembali kepada arwah nenek dan masa aku kecik kecik dulu, umur dalam lingkungan 8-12 tahun. Nenek aku menyemat atap nipah untuk menyara hidup nya. Cuma pada zaman dia mana ada handphone macam makcik kat atas tu. Bila tak sekolah, aku akan ikut nenek aku naik sampan ( perahu) menyusuri Sungai Selangor untuk mencari daun nipah untuk dibuat atap. Orang kampung panggil 'Menetak Daun' sebab aku selalu dengar mereka cakap macam tu semasa bertegur sapa semasa dalam perjalanan ke 'Pengkalan' (tempat dimana sampan/perahu ditambat ditepi sungai). "Nak kemana tu, Cek Siah Oiiii...". "Nak Menetak Daun la...mana lagi.." jawab nenek.

Pengkalan yang aku maksudkan tu tak jauh dari tempat
kelip kelip Kg.Kuantan yang sekarang ni dah jadi tempat perlancungan. Sesudah menetak daun, Nenek akan cari buluh untuk dibuat mengkawan (buluh panjang yang di belah selebar ibu jari) dan bemban (berfungsi macam benang jahit baju).Apabila semua dah sedia, nenek pun mula menyemat atap. Aku belajar menyemat atap untuk tolong nenek sebab masa tu permintaan untuk atap nipah tinggi, sebab mungkin zing mahal atau orang tak suka sebab panas. Masa tu atap genting pun mahal. Masa tu jugak lah aku belajar hisap rokok tembak nenek aku..... Al-fatihah untuk Nenek...Amin.

24 June 2008

Cerita Sebuah rumah?..Banglo? atau Villa?


Hari ni nak cerita pasal sebuah rumah ditepi pantai. Kami sekeluarga bergambar di halaman sebuah rumah kayu bercirikan rumah lama (gambar atas). Tidak ada apa yang pelik nya tentang rumah ini. Ia nya diperbuat dari Kayu dan rekabentuk nya sama seperti rumah kampung dulu dulu, kecuali yang pelik nya ia nya tidak dibina diatas tanah...Kalau bukan kat tanah, kat mana pulak ?...Jawab nya rumah ini dibina diatas bumbung sebuah Banglo? atau Villa?. Tak percaya ke?....boleh tanya dengan Omar Abas. Lokasi rumah ni, jalan nak masuk kampung dia, Kampung Sungai Sekawang. 16 KM dari Port Dickson, lebih kurang 500 meter dari Simpang Jalan Pasir Panjang ke Kampung Sungai Sekawang, berhampiran Eagle Ranch Resort.


Menurut cerita nya rumah dan Villa? ini dipunyai oleh seorang melayu berugama Islam. Tak banyak yang diketahui tentang pemilik Villa? ini. Bagi aku pemilik nya memang seorang yang amat kaya. Rumah kayu atas bumbung Villa? ini dibeli dengan tanah sekali. Memang cantik binaan Villa? & rumah kayu tersebut. Masa gambar gambar ini diambil, keseluruhan rumah dan kawasan nya belum siap sepenuhnya.Sekarang mungkin dah siap agak nya. Nanti kalau ada masa dan peluang aku akan cuba dapatkan gambar gambar terbaru Villa? ini. ....Ada duit semua boleh jadi....



Dari satu sudut Villa, terdapat perkataan Allah dan Muhammad


Aku,isteri & anak bongsu bergambar di hadapan Villa? & rumah kayu tersebut


Gambar Villa diambil dari pantai



23 June 2008

Balasungkawa Osman Majid Kawan Lama(Dari? - 2007)


Banyak kenangan aku dan kawan kawan lain dengan Allahyarham. Biasa nya kitaorang ramai ramai berborak melepas tension sambil pekena teh tarik dan pisang goreng selepas waktu kerja di 'warong 4 to 7' dan selalu nya Allahyarham akan jadi 'punching bag' dalam apa jugak isu yang kami bincang atau bualkan. Dengan kata lain kami selalu menyakat Allahyarham. Yang paling rajin menyakat Allahyarham ialah Zolkipli Baba (Zol H.A), aku dan Omar Abas.

22 June 2008

Nostalgia Jeram Ikan Bakar & Cikgu Yusoff Hassan




Aku & cikgu Yusoff Hasan

11/2/2008 -Taelip Kadir (Taelip REMACO) ajak pergi makan malam di Jeram Ikan Bakar. Dia janji nak belanja makan kalau aku boleh behenti merokok dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah..Lepas beb!!! dan sampai hari ni dah 6 bulan tak merokok. Mintak mintak jangan hisap semula sudah lah...Teruk nanti kena kutuk.

Malam tu, Hanif Said (Eksekutif Vendor) dan Omar Abas (adik Kasim Abas-pelukis terkenal) joint kitaorang. Kami sampai lebih kurang jam 8.15 mlm. Sementara tunggu makanan yang kami pesan siap, aku pandang kiri kanan dan melihat sekumpulan orang baru habis menjamu selera. Mereka seolah olah meraikan sesuatu atau majlis jamuan barangkali. Dicelah celah mereka tu aku terpandang seseorang yang dah amat lama aku tak bertemu. Kali terakhir kami bertemu adalah masa aku tamat tingkatan 5 (1977) iaitu 31 tahun lalu. Aku bangun mendapatkan beliau dan bertanya samaada benar ini Cikgu Yusoff Hassan kerana aku takut jugak tersalah orang. Aku tak salah orang rupa nya dan dia pun masih ingat aku. Nama aku pun dia ingat lagi. Ye lah..masa tu manusia tak ramai lagi. Kat Kuala Selangor masa tu Pembaca Jangka LLN (meter reader) hanya bapak aku sorang. So....bila sebut anak Md.Nadzir meter reader, semua orang kenal, lebih lebih lagi kalau memang banyak kes kat sekolah..he...he..

Cikgu Yusoff mengajar Bahasa Malaysia (Melayu) dan Sejarah. Aku memang hormat dan respek dengan beliau atas komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam profession perguruan yang beliau ceburi. Pada masa itu mana lah kita tau sangat.Sekarang baru kita dapat bezakan Cikgu dulu dengan sekarang, ibarat langit dengan bumi. Maaf,bukan nak kata Cikgu sekarang tak bagus,mungkin keadaan dulu dan sekarang yang berbeza menyebabkan cikgu sekarang hilang minat. Apa tidak nya....., dulu kat sekolah kalau kena cubit dengan cikgu jangan lah mengadu kat bapak, alamat kena tambah dengan tali pinggang lah jawab nya....,tapi sekarang,silap silap cikgu boleh kena lokap bila bapak buat laporan Polis.

Selepas tamat sekolah cuma sekali sekala dengar cerita beliau. Beliau pernah menjadi ahli dewan undangan negeri selangor mewakili DUN Sg.Tinggi selepas menang dalam PRU ke-8 tahun 1990. Pengerusi Persatuan Sejarah Selangor (tak pasti?). Dari bisnes kad nya yang diberi pada aku, sekarang beliau adalah Dato' Dr. Haji Yusoff bin Hassan, Pengerusi Persatuan Pengusaha Perlancungan Daerah K.Selangor. Kawan kawan boleh hubungi beliau di email : ptaks_2007@yahoo.com atau H/P: 019-2419249. Terima Kasih dan maaf kan saya cikgu.........
-note: Click image to view actual size

Taelip & aku baru start.......
 



Ini dia Y.B Hanif......Omar takde sebab dia yg.ambik gambo

20 June 2008

Kursus di ILSAS


Jalil menerangkan sesuatu berkaitan injin kapal terbang

Dah 4 hari aku kursus di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Bangi. Hari ini hari akhir. Kursus Boiler, Gas Turbine, Steam Turbine & Hydro Maintenance. Bagi aku yang dah masuk kategori Veteran atau orang lama ni (29 tahun service ngan LLN/TNB), bila pergi kursus di ILSAS ni dapat lah jumpa kawan kawan yang dah lama tak jumpa. Masuk kelas hari pertama (17/6/08) belajar Gas Turbine dan yang ajar pulak nama nya Jalil Ariffin. Lama dah tak jumpa dia ni. Dulu kerja sekali di Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar (SJSSAA) sebagai Technician tapi sekarang ni dah jadi Eksekutif.Semoga kau lebih maju jaya, InsyaAllah..... Aku ? sampai pencen lah macam ni...Alhamdulillah !!!!

19 June 2008

Aku buat blog ini kerana....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sejak awal tahun 2008 lalu, aku banyak mengalami peristiwa peristiwa yang mengembalikan nostalgia lalu. Bertemu semula kawan kawan lama masa sekolah kat Seri Tanjung, Kuala Selangor. Ada yang langsung tak boleh nak CAM sebab dulu cekeding tapi sekarang dah boroi. Oleh itu sesiapa mengenali aku yang termasuk atau singgah ke blog ini, tolong lah bagitau kengkawan lain.
Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...