Banyak kenangan aku dan kawan kawan lain dengan Allahyarham. Biasa nya kitaorang ramai ramai berborak melepas tension sambil pekena teh tarik dan pisang goreng selepas waktu kerja di 'warong 4 to 7' dan selalu nya Allahyarham akan jadi 'punching bag' dalam apa jugak isu yang kami bincang atau bualkan. Dengan kata lain kami selalu menyakat Allahyarham. Yang paling rajin menyakat Allahyarham ialah Zolkipli Baba (Zol H.A), aku dan Omar Abas.
Pada malam menyambut kemerdekaan 31 Ogos 2007 di Kelab Kilat TNB Kapar, Allahyarham mengadu sesak nafas dan meminta isteri nya menghantar ke hospital. Allahyarham meninggal dunia pada 2 Sept. 2007 lebih kurang jam 1.00 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.....Amin !!!!
* Keterangan Gambar
Atas - Allahyarham sewaktu menghadiri Majlis Makan Malam Kelab Kilat TNB Kapar 2007 di Kelana Jaya Seafood.
Tengah- Allahyarham, Latip Hamid & Adzeman Hamid (baju merah) - Hari Raya Korban 2006
Bawah - Dari kiri Zolkipli Baba, Ungku Ibrahim, Ismail Ubat (membelakangi kamera) & Allahyarham di 'Warong 4 to 7'
No comments:
Post a Comment