Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

26 June 2008

Nostalgia Menyemat Atap Nipah



Bila melihat gambar makcik ni, aku terkenang kembali kepada arwah nenek dan masa aku kecik kecik dulu, umur dalam lingkungan 8-12 tahun. Nenek aku menyemat atap nipah untuk menyara hidup nya. Cuma pada zaman dia mana ada handphone macam makcik kat atas tu. Bila tak sekolah, aku akan ikut nenek aku naik sampan ( perahu) menyusuri Sungai Selangor untuk mencari daun nipah untuk dibuat atap. Orang kampung panggil 'Menetak Daun' sebab aku selalu dengar mereka cakap macam tu semasa bertegur sapa semasa dalam perjalanan ke 'Pengkalan' (tempat dimana sampan/perahu ditambat ditepi sungai). "Nak kemana tu, Cek Siah Oiiii...". "Nak Menetak Daun la...mana lagi.." jawab nenek.

Pengkalan yang aku maksudkan tu tak jauh dari tempat
kelip kelip Kg.Kuantan yang sekarang ni dah jadi tempat perlancungan. Sesudah menetak daun, Nenek akan cari buluh untuk dibuat mengkawan (buluh panjang yang di belah selebar ibu jari) dan bemban (berfungsi macam benang jahit baju).Apabila semua dah sedia, nenek pun mula menyemat atap. Aku belajar menyemat atap untuk tolong nenek sebab masa tu permintaan untuk atap nipah tinggi, sebab mungkin zing mahal atau orang tak suka sebab panas. Masa tu atap genting pun mahal. Masa tu jugak lah aku belajar hisap rokok tembak nenek aku..... Al-fatihah untuk Nenek...Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...