Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 July 2008

DEBAT "Hari ini membentuk kerajaan, esok minyak turun"- Ulasan Aku

Syabas dan tahniah kepada kedua dua pendebat. Tak kisah lah siapa menang atau siapa kalah. Orang yang sokong Kerajaan akan kata Datuk Shabery menang dan yang sokong Pembangkang akan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menang. Lagi satu yang best nya Datuk Johan Jaafar tak dapat nak potong orang punya jalan, seperti yang selalu beliau buat.

Kalau diperhatikan dalam debat tersebut, nampak sangat Datuk Shabery tak mampu untuk menangkis fakta yang diberikan DSAI dan ada ketika nya ia seperti terpegun. Selain daripada itu Datuk Shabery tidak bijak dalam menggunakan waktu yang begitu terhad untuk menyampaikan hujah yang boleh mempertahankan tindakan Kerajaan menaik kan harga minyak secara mendadak. Peluang yang diberikan kepada beliau lebih banyak di gunakan untuk menyerang peribadi DSAI, beliau lebih banyak mengulang sejarah demonstrasi tahun 1974 yang di pimpin oleh DSAI dan juga kelemahan DSAI semasa dalam kabinet. Datuk Shabery tidak perasan, beliau langsung tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh DSAI, soalan tersebut dibiarkan tergantung. Beliau juga langsung tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh pembantu DSAI iaitu Zulkifli Sulong berkaitan kenaikan minyak 30 sen pada 2006. Beliau lebih banyak menyebut pasal petronas walhal DSAI berulang kali berkata bukan wang petronas yang dipersoalkan tapi hanya satu billion dari jumlah wang yang petronas bagi pada kerajaan iaitu dalam bentuk cukai/royalti/dividen yang sepatutnya diguna untuk mengurangkan harga minyak.

Dalam debat tersebut juga, DSAI seolah olah berjaya mendapatkan simpati penonton dan jugak berjaya mempromosi kan Pakatan Rakyat dan sekali sekala menghentam UMNO dan BN. Yang best nya bila DSAI mengulas definasi Subsidi & insentif. Kata beliau, kalau bagi pada rakyat dipanggil subsidi, tapi kalau kepada Koperat dan Kroni dipanggil insentif. Kalau tak silap, DSAI sempat juga bagitau yang beliau akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil tak lama lagi.

Kesimpulan nya:
1. DSAI lebih banyak mengemukakan fakta dari Datuk Shabery
2. DSAI memang mempunyai kemahiran sebagai live debater, bijak menggunakan peluang yang diberikan, beliau telah menggunakan segala yang ada untuk menyampaikan mesej beliau beserta fakta yang mana peluang ini tidak digunakan oleh Datuk Shabery
3. Sekalung tahniah kepada Datuk Shabery kerana berani berhadapan dengan DSAI (dalam konteks debat ini).
4. DSAI mendapat credit yang cukup bermakna daripada debat ini, Syabas DSAI
5. Debat ini memang bagus untuk mereka yang mahu berfikir dan prihatin tentang isu isu semasa.

Aku ???.....BRAVO DSAI !!!!!!


3 comments:

Unknown said...

Pi Rahhhhhhhhhh..ko tolong bagitau aku..kalau boleh turun pun berapa lama boleh tahan?2 bulan? 6 bulan?1 tahun?lepas tu mesti naik juga kan? ini kita Nerita masaalah Global la..nampak sangat cetek fikiran kau...ikut macam aku..tak payah beli Kenderaan..tumpang saja bermodalkan Helmet..

Ahmad Tarmizi said...

Hallo araj3,Aku tak tahu lah kalau ada orang yang waras yang tidak ada kepentingan kepada mana mana pihak yang setuju harga minyak naik sebanyak 78 sen.Kalau kau suka....Aku no komen.
Dulu masa BN perintah Selangor berpuluh tahun,Air tak dapat rebate walau 1 sen pun tapi mengapa lepas PR perintah boleh pulak rebate RM10.40. Sebenar nya nak seribu daya tak nak seribu daleh....

kawan said...

Betul kata Abg Ahmad Tarmizi tu..jgn layan la orang macam Araj3 tu..modal helmet!! sampai bila nak menumpang..apa apa pun TQ PR..aku tak payah fikir nak bayar bil air dah..Lagi satu Bang! nak berkenalan boleh?Abg nampak macho la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...