Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

26 November 2012

Islam diantara dua darjat dan cakap tak serupa bikin


Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah
KUANTAN 15 Nov. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.

"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.

Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.

"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.

Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?", di Subang Jaya pada 3 November.

Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.

"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah... ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya. - BERNAMA - http://www.utusan.com.my/utusan/DalamNegeri
-------------------------------------------------------------------------------------
Aku cuma nak kata: 
Sementara itu dibawah ini adalah video majlis harijadi Sultan Pahang dan Putera nya yang gilang gemilang. Putera Sultan Pahang bernama Putera Falaq berusia 18 tahun dan Sultan pahang pula berusia 81 tahun ketika majlis itu disambut tahun lepas 2011. Itu sebab guna 18 dan 81. Hebat. Moga sihat selalu dan panjang umur. Daulat tuanku.
  
 Sambutan Hari Lahir Ketua Agama Pahang
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

15 November 2012

Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1434 H


Asalamualaikum dan Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1434 Hijrah kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat. Mari lah kita berhijrah dan berubah kepada kebaikan. Jangan dipersia2kan baki umur yang semakin tinggal sedikit. Insyaallah!.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

05 November 2012

Siapa punya syarikat AES?

Pembangkang dakwa AES dikuasai kroni Umno
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menurut pemimpin pembangkang diberikan kepada kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang. Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor. Jelas Chang lagi, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, antara tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.

“Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat. “Sementara itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ekoran pendedahan yang dikemukakannya itu,  Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd. Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta mendapat tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Selayang William Leong sebelum ini mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media berasingan turut mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), sedangkan pelaksanaannya sudah pun dilakukan sejak bulan lalu. “Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan? “Ini menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang awam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa
.....................................................................................................


Aku cuma nak kata:
Kalau ye pun nak didik rakyat ke, nak saman ke, yang bagi syarikat swasta buat tu apa pasal?. Nampak sangat nak bagi makan kat kroni. Polis dan JPJ tak boleh buat sendiri ke?.Kalau tak cukup anggota, tambah lah. Mengapa pulak bagi orang lain buat?. Di situ sudah nampak ada yang tidak kena dan yang mesti kena ialah rakyat. Macam lah rakyat ni semua dungu.

* Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

25 October 2012

55 tahun UMNO/BN perintah - Melayu pengemis di tanah air sendiri


Melayu pengemis di tanah air sendiri, kata Dr M
Oleh Lee Wei Lian
KUALA LUMPUR, 24 Okt — Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini. Jelas Dr Mahathir (gambar), kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.

"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya. Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik. "Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati." Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka.

Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman. "Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil. "Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."

Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka. Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan. "Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain? " Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi. - http://www.themalaysianinsider.com

---------------------------------------------------------------------------------------------- 

PENGEMIS YANG MEMANDU BUGATTI 
Memerintah lebih 55 tahun sejak lepas merdeka, merompak selama 55 tahun untuk kroni anak dan bini, kemudian dakwa melayu miskin dan mengemis di bumi sendiri, kemudian salahkan orang / parti lain yang tak pernah berkuasa dan penyelesaiannya teruskan memberi sokongan kepada UMNO. - https://www.facebook.com/Michael Chiang


Satu menjaja agama 
Satu menjaja bangsa
Yang kaya budak kerala 

Yang mengemis anak bangsa
Itulah hikayat doktor umum & keluarga 

 
* Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

21 October 2012

Harga rokok naik 20 sen


 BAT: Harga rokok naik mulai esok

21 Oktober 2012 - KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu. "Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-

Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama 

Aku cuma nak kata: 
Secara umum, Sekarang harga 1 KOTAK rokok Pall Mall & Lucky Strike sama dengan pemberian air percuma oleh Kerajaan Selangor sebanyak 20m3 bersamaan +- RM10.50. Bil air rumah aku dah 4 tahun RM 0.00.

* Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

11 October 2012

Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000


Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman yg dibuat pada 1 Mac lalu iaitu penjara 6 tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri,47 thn dan pembantu khasnya, Rosli Busro, 44 thn kerana membuat 8 tuntutan palsu berjumlah RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan 4 tahun lalu. Hakim juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan program motivasi pelajar di peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, program mesra rakyat dan hari keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nokhoda Omar (BNO), program perdana peringkat mukim BNO, program mesra rakyat dan sambutan Maulud Nabi serta program mesra rakyat hari keluarga guru kemas. Setiap tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000.

Semua perbuatan itu dilakukan Abdul Rahman ketika berkhidmat sebagai Adun Sungai Tawar di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

25 September 2012

Rahsia lambang singa di kotak rokok



Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.


Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi

Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.


Sumber:http://zhaf-akumenulis.blogspot.com/2012/09

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

15 September 2012

Hari Malaysia, Anuar Ibrahim & Cuti Umum

16 September, Selamat Hari Malaysia!!

Apa itu Hari Malaysia ?

- Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Sumber: wikipedia.org

Bila kah Hari Malaysia diisytihar sebagai cuti umum ?
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin (19 Oktober 2009) mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan. Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Sumber: www.bnbbc.com.my

Mengapa sekarang baru nak beri cuti umum ?
- Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah. Itu pun sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Hanya mulai tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Mengapa?. Sebab yang paling kuat dan kukuh ialah seperti artikel dibawah kerana sebelum dari itu tidak pernah terdetik pun kerajaan untuk memberi cuti umum malah Sabah dan Sarawak seolah olah dianak tirikan.


16 september dinobat hari malaysia selepas anwar ibrahim merancang membentuk kerajaan baru. Walaupun tidak menjadi kenyataan, namun rakyat sudah mula menerima kenyataan bahawa kerajaan baru benar-benar mampu diwujudkan.

Kalau kita perhatikan cara DSAI ingin membentuk kerajaan dengan langkah yang penuh bijak dan berhemah dgn mengambil kira peruntukan di dalam perlembagaan negara. Tapi ianya tidak terjadi kepada kerajaan pimpinan Najib seperti bagaimana mereka " mengambil " Perak dengan penuh dramatik dan cukup jijik dan memalukan, selepas 53 tahun negara merdeka keadaan pemerintah masih seperti zaman batu.

Negara ada perlembagaan, negara ada tiang serinya " Rukun Negara " tapi kepada pemerintah apa yang di inginkan mesti di lakukan, walaupun ianya melanggar " Rukun Negara " tersebut. prinsip " Kedaulatan Undang-undang " langsung tidak diguna pakai oleh pimpinan BN.

Sudah pasti 16 september bukan sekadar " lahirnya " Malaysia tapi tarikh tersebut juga adalah perancangan PR dengan kesan PRU12 untuk menumbangkan kerajaan BN dan PR mengambil alih Putra Jaya. Sudah pasti rakyat akan mengenang tarikh tersebut sebagai tarikh keramat, dan salah satu tarikh yang akan tertulis dalam lipatan sejarah Negara Malaysia.

Rakyat akan mengenali 16 September sebagai Hari Anwar Ibrahim yang berjaya membebaskan pemikiran rakyat Malysia dari jajahan BN...

Sumber: gajahmenta.blogspot.com



DSAI - telah berjaya mencipta satu sejarah di mana pihak kerajaan terpaksa menetapkan cuti umum pada 16 September kerana tarikh keramat tersebut menjadi cita-cita beliau untuk menubuhkan kerajaan pilihan rakyat - gagal tapi rakyat dapat cuti umum. Tahniah dan syabas teruskan perjuangan untuk rakyat.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

30 August 2012

Amaran! gambar ngeri. Nasib perogol kanak kanak di Brazil

Di Malaysia perogol budak perempuan bawah umur dilepaskan dengan syarat berkelakuan baik. Di Brazil, perogol budak dipenjarakan. Yang buat banduan penjara marah sangat kerana perogol berkenaan merogol bayi berusia 4 bulan. Ini makan dia!. Dengan kepala, dengan kemaluan kena potong. Beruntung sungguh perogol budak bawah umur di Malaysia. Apa nak jadi negara ku....

Berita rogol budak bawah umur di Malaysia baru baru ini:
Sumber 1 - http://www.harian-metro-online.com/mengaku salah
Sumber 2 - http://mstar.com.my/berita/mahkamah



* Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
* Earn Money from Home by Inviting some Friends to referral link
  http://iearn123.com/ref.php?page=act/ref&invcod=56945

29 August 2012

Bersalah rogol gadis bawah umur, Juruelektrik dibebas terlepas Hukuman Penjara & sebatan

Hukuman yang dikenakan ke atas juruelektrik berusia 22 tahun, Chuah Guan Jiu (gambar), Selasa, adalah sama seperti yang dikenakan terhadap bekas pemain boling skuad kebangsaan Noor Afizal Azizan yang melakukan kesalahan sama dua tahun lalu

GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya. Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.

Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya. Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit. "Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan. Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.

Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik. "Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya. Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.

Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Aku cuma nak kata: 
"Apa sudah jadi ngan HAKIM-HAKIM di Malaysia ni. Nak tunggu mak, isteri, anak atau cucu mereka kena rogol baru nak jatuh hukum penjara & sebat. Rogol budak bawah umur patut hukuman berat lah lagi. Kalau macam ini lah hukuman melakukan sex & merogol budak perempuan bawah umur, nampak gaya nya akan datang perogol2 akan menjadikan budak2 pulak sebagai target mereka."


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...