KEMASKINI 8.15 mlm 5/9/2010
Dalam siaran berita perdana jam 8.00 malam, pihak TV3 telah menarik balik iklan hari raya yang mencetuskan bantahan umat Islam serta berjanji kesilapan seperti itu tidak akan berulang.
Antara adegan yang terdapat dalam iklan Raya Petronas 2010
Heboh di laman laman blog mengkritik dan menghentam iklan Hari Raya Aidilfitri 2010 terbitan TV3 yang konon nya nak tunjukan konsep 1 Malaysia, tetapi tak kena gaya. Dalam iklan tersebut macam iklan raya krismas pun ada. Beza nya kalau Krismas Santa Klaus yang bawak kereta rusa terbang, tapi dalam iklan raya ini Pak Aji yang naik beca terbang. Macam iklan raya buddha pun ada sebab ada banyak bunga teratai dan ada sikit unsur hindu.
Aku tak mahu komen dari segi agama sebab aku pun tak pandai. Bagi aku iklan raya TV3 itu kosong dan hampas. Tidak ada satu pengajaran atau mesej pun yang nak disampaikan. Amat malang lah TV3 yang telah banyak pengalaman puluhan tahun boleh buat iklan sampah macam ini. Tak kan lah di TV3 tidak ada yang kreatif dan cerdik sikit.

Nota kemaskini 5.15 ptg 6/9: Klip video di Youtube telah ditarik balik atas permintaan Grand Billiance Sdn.Bhd. (anak syarikat TV3). Siapa yang belum tengok, aku sempat 'save' dan uploadkan seperti diatas. Boleh lah anda nilai sendiri sesuai atau tidak iklan tersebut untuk hariraya umat Islam.
Dibawah ini pula iklan Raya Petronas 2010 yang bertajuk “Kisah antara 2 kampung”. Berlatar belakang kan filem klasik hitam putih. Banyak adegan nya mirip filem P.Ramlee "Madu Tiga". Iklan ini menampilkan sepasang suami isteri yang berada dalam konflik ke mana untuk merayakan Aidil Fitri, dengan pengakhiran yang melucukan tapi sarat dengan mesej bahawa di mana Hari Raya dirayakan tidak penting selagi keluarga tetap bersama dalam semangat bertolak ansur dan saling memahami.
Bila cerita pasal iklan sambutan perayaan dan hari merdeka, memang tak boleh lawan dengan buah tangan yang dihasilkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Selepas beliau meninggal dunia masih belum ada yang boleh menghasilkan iklan sebaik beliau. Yang patah belum tumbuh dan yang hilang masih belum berganti.
Setiap iklan yang dihasilkan oleh beliau sarat dengan mesej dan pengajaran. Tak kurang juga mengimbau kenangan lama masa silam. Macam iklan raya bawah ini. Lupa pulak iklan raya tahun berapa ye?. Aku rasa kepada sesiapa yang berumur antara 45-50 tahun mesti dapat merasakan bahawa watak budak dalam iklan itu adalah seperti kita masa kecik kecik dulu, kan...kan... dan watak bapa, itu lah jugak watak bapa kita, tegas dan serius, kan...kan...
Al-Fatihah untuk Allahyarham... Sekian

No comments:
Post a Comment