Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 September 2010

Mari belajar mengeja! - bah. 3



Bukan nak cari salah, tetapi perkara salah ejaan pada ayat yang terlalu biasa sepatut nya tidak berlaku. Mustahil tidak ada yang perasan perkataan amalam itu salah yang sepatut nya amalan. Apa salah 'touch-up sikit 'M' tu jadi 'N', bukan susah pun.....guna liquid paper dengan marker pen hitam pun boleh. Ini menunjukan bahawa orang yang dipertanggungjawabkan atas urusan 'banner' ini ambil mudah. Mula mula ambil mudah perkara kecil, lama kelamaan ambil mudah perkara besar.

Bila cerita bab salah eja ini aku teringat kepada satu program yang sepatutnya dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang terpaksa dibatal ekoran kesilapan ejaan pada risalah dan sepanduk. Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.

Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan). Berita lanjut boleh rujuk sini: Utusan Malaysia 5/5/2010

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...