Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

07 September 2010

Tan Sri Musa Hassan, bersara lah dengan aman.


Orang pertama KPN baru Tan Sri Ismail Omar, orang kedua KPN lama Tan Sri Musa Hassan & orang ketiga Datuk Seri Hishammuddin

Biasa lah.... Ini ada lah lumrah kepada orang yang bekerja makan gaji. Lebih lebih lagi kepada yang ada pangkat dan kuasa. Masa ada pangkat dan kuasa tak kan lah nak buka mulut. Kalau buka saja mulut sudah pasti lah akan melayang pangkat dan kuasa tersebut. Kalau awal awal lagi Tan Sri Musa Hassan buka mulut, kemungkinan kontrak nya sebagai Ketua Polis Negara sudah lama ditamatkan. Sudah tentu beliau tidak mahu mengambil risiko ini.

Jadi mana lebih penting untuk dijaga dan dijunjung?. Berpegang pada prinsip ketelusan, memberitahu kebenaran, tidak bersetongkol dengan kejahatan atau menjaga agar pangkat dan kuasa tidak terlucut?. Akhir nya beliau memilih jalan selamat dengan mendiamkan saja apa yang beliau dakwa campur tangan pihak ketiga. Oleh itu apa yang diperkatakan oleh Pakatan Rakyat bahawa pihak Polis tidak telus, tindakan yang berpilih pilih, bias dan macam macam lagi memang ada kebenaran nya.

Sekarang beliau dipenghujung jalan karier nya sebagai anggota polis. Aku berpendapat lebih baik lah beliau diam dan buat lah apa yang patut sebagai seorang yang pencen. Beliau pun ada kata bila bersara dapat lah berehat panjang, meluangkan masa dengan cucu dan melawat rakan rakan. Tolong jangan jadi macam ada satu dua kerat orang tu, dah lama pencen tapi cara dan gaya mengalahkan orang baru dapat kerja.

Bagus lah kalau begitu. Aku cuma nak tambah sikit. Buat lah amal jariah dan bertaubat lah kepada Allah memandang selama 41 tahun dalam polis tentu ada banyak salah silap semasa bertugas apatah lagi bila beliau kata ada campur tangan pihak ketiga, bermakna ada orang yang menjadi mangsa. Kalau boleh pergi lah minta maaf kepada mangsa mangsa tersebut.

Akhir kata, kalau lepas bersara nanti, ada syarikat menawarkan jawatan pengerusi atau yang seumpama nya, berhati hati, jangan lah main terima saja macam bekas ketua polis yang dulu, syarikat judi 'offer' pun dia terima....err nama nya lupa lah pulak!.

Sekian...Selamat bersara & sayonara



Ada campur tangan 'orang ketiga' dalam PDRM


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kebelakangan ini "semacam ada tekanan kepada pasukan polis, sama ada dari pihak politik atau orang-orang tertentu". Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

"Jadi, ada juga arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahan saya tanpa pengetahuan pengurusan atasan," kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

"Bagi saya, ini merupakan satu trend yang salah kerana dalam pasukan polis, terdapat perintah dan kawalan.

"Yang hanya boleh memberi arahan adalah KPN kalau ikut undang-undang," katanya sambil menegaskan bahawa Seksyen 4 Akta Polis 1957 mengatakan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN.

"Maka kalau ada mereka yang cuba campurtangan, ini boleh merosakkan polis. Kerana pada masa itu, anggota akan merasa serba salah kerana terdapat autoriti lain yang memberi arahan kepada mereka," tegasnya.

Musa menjelaskan, kalau ada seorang ketua yang memberi arahan, maka ketua berkenaan akan bertanggungjawab terhadap arahan itu.

"Dalam polis, jika ketua memberi arahan yang salah, maka dia perlu bertanggungjawab terhadap arahan itu," katanya sambil menambah bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.

"Tetapi jika orang ketiga yang memberi arahan dan kita tidak tahu siapa mereka, kemudiannya pegawai pula menjalankan kerja yang salah, jadi pegawai saya yang akan menjadi mangsa. "Ini kerana kesalahan yang dilakukan, mengikut arahan yang tidak sepatutnya. Jika orang yang memberi arahan kemudiannya nafi memberi arahan tersebut, maka ia akan merosakkan pasukan polis," tegas Musa lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara sedemikian perlu dihentikan kerana pentadbiran kepolisian dan segala tindakan dan operasi dijalankan adalah di bawah bidang kuasa KPN dan pegawai atasan yang mengendalikan operasi berkenaan.Ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya, Musa berkata beliau hairan dan terkejut kenapa berita itu boleh keluar. Selanjut nya klik http://www.malaysiakini.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...