Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 September 2010

Rakaman CCTV Kapal persiaran mewah Pacific Sun dipukul ribut


Kapal persiaran mewah The P&O cruise ship, Pacific Sun

WELLINGTON - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suasana dalam sebuah kapal pesiaran mewah semasa ribut melanda 400 batu di luar pantai New Zealand.

Semasa ribut itu melanda, ombak besar yang kuat menghentam kapal setinggi dek kelima menyebabkan sejumlah kakitangan dan tetamu kapal Pacific Sun 'berterbangan' dan mereka cuba untuk memegang sebarang benda yang boleh mengelak diri daripada terjatuh.

Beberapa kakitangan penyambut tetamu memegang meja dan komputer semasa ombak besar membadai kapal tersebut.

Sebahagian meja dan kerusi bertaburan selepas kapal itu dibadai oleh ombak besar.

Terdapat sejumlah penumpang yang cedera kerana terkena meja dan kerusi yang menggelongsor.

Ekoran kejadian itu, pihak pengendali kapal tersebut menawarkan diskaun 25 % kepada penumpang yang mahu belayar pada masa depan.

Terjemahan bebas. Berita asal
http://www.channel4.com




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...