Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

01 September 2010

Budak Namewee sudah naik tocang...



Wee Meng Chee juga dikenali sebagai Namewee. Budak ini buat hal lagi. Dah banyak kali dia buat hal.

1. 2007-Dia buat klip lagu 'negara kuku' yang mencetus kontroversi kerana dikatakan menghina Azan Subuh sebagai 'morning call' dan adalah lagi yang lain lain. Ramai orang marah. Pemimpin kerajaan beri amaran macam macam. Ada yang mahu kewarganegaraan nya dilucutkan, ditahan dibawah ISA dan sampai ada yang ugut nak bunuh dan bakar rumah dia. Pemimpin pemimpin UMNO terutama nya mahukan tindakan tegas diambil terhadap budak ini. Apa kah kesudahan nya?. Budak itu lepas dan tak kena apa apa pun selepas membuat penjelasan dan memohon maaf. Dia juga mengatakan bahawa dia sudah insaf. Aku cuma nak tanya, kalau budak ini atau keluarga nya dikenal pasti penyokong PR dari DAP atau PKR, adakah dia akan dilepaskan ?. Aku yakin MCA atau Gerakan ada memainkan peranan supaya budak ini tidak dikenakan tindakan.

2. 2009-Kali ini dia buat hal kerana terputus bekalan elektrik di rumah dia. Tidak ada masaalah nya sangat kalau dia nak marah marah pada TNB kerana 'blackout'. Yang salah nya ialah dia memaki hamun dengan kata kata yang kesat antara nya"Lancau TNB", "Cibai TNB" dan entah apa lagi. Mustahil pihak TNB dan pemimpin negara tak tahu kerana klip video nya telah pun ada di youtube sejak oktober 2009. Kalau tahu mengapa tidak ada tindakan diambil bah kan siasatan pun tidak ada. Isu maki hamun TNB ini seolah olah cuba di diamkan. Lepas lagi dan semakin naik tocang lah budak ini. Sekali lagi nak tanya, kalau budak ini atau keluarga dia penyokong PR dari DAP atau PKR, ada kah ia nya akan didiamkan?. Klip video dia maki hamun TNB disini

3. 2010- Kali ini dia mencipta klip video dengan mempersendakan rakyat Malaysia berkaitan demam bola sepak Piala Dunia yang lepas. Klip berkenaan kini boleh diikuti di www.youtube.com. Malas nak ulas. Tengok dan ulas sendiri.

4. 2010-Terbaru, kali ini dia buat klip video pasal dia tak puas hati dengan isu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman, baru-baru ini. Itu alasan dia. Apa yang aku nampak disini ialah sikap tidak konsisten pihak pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu sensitif, lebih lebih lagi yang menyentuh isu kaum dan agama menyebabkan orang seperti budak ini mengambil kesempatan karana dia tahu dia akan lepas. Sikap memilih bulu pihak berkuasa dan kerajaan akhir nya memakan diri sendiri. Pemimpin Kerajaan sekali lagi memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil jika terbukti bersalah. Kesekian kali nya aku nak tanya, ada kah budak ini akan lepas lagi?. Klip berkenaan kini boleh diikuti di www.youtube.com.

Kesimpulan nya aku berpendapat bahawa budak 'benawee' ini tidak akan ditangkap. Disamping sebab diatas, ada banyak sebab sebab lain mengapa dia akan dibiarkan bebas. Dia akan membuat seberapa banyak sentimen yang boleh menjadi api dalam sekam.

Isu budak ini juga digunakan untuk memerangkap komponen dalam PR terutama nya PAS dan DAP supaya mereka boleh direnggangkan. Oleh itu diharap PAS dan DAP jangan cepat melatah.

Jika Namewee ditangkap, maka habislah peluru buat UMNO/BN. Sudah lah peluru peluru sebelum ini seperti 'isu doa Lim Guan Eng' dan 'isu bukan Islam masuk masjid/surau' backfire mereka semula. Cuma dalam keadaan sekarang tangkap pun salah, tak tangkap pun salah.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...