31 August 2008
MERDEKA KE 51
Tak ada apa rasa nya nak tulis pasal merdeka ni. Nak kata merdeka dalam erti kata sebenar nya, rasa nya banyak perkara lagi yang aku rasa kita belum merdeka. Apa yang aku nampak, sambutan nya makin hambar dari tahun ke tahun. Bendera pun rakyat terbanyak pun malas nak kibar. Salah nya Kerajaan Malaysia jugak. Dulu masa ramai orang kibar bendera, kerajaan kata majoriti rakyat menyokong BN, pada hal kibar bendera ni tak ada kena mengena dengan BN. Walau apa pun MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
30 August 2008
Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu rinduan-TPM
Yang aku nak cerita bukan pasal rompakan, tapi pasal ucapan Datuk Seri Najib dalam 1 majlis di Pekan, Pahang. Beliau berpantun begini:
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan
Mengikut rekod dalam tempoh itu ada 2 tempat yang bukan lagi tergadai tapi terlepas atau hilang hak keatas nya.
- Keluar nya Singapura dari Malaysia - Tak kira apa jugak alasan untuk membenarkan tindakan itu, yang pasti Singapura dah terlepas.
- Yang terbaru, Pulau Batu Putih
29 August 2008
Bajet 08-Pendidikan Percuma, Bajet 09-Bil elektrik percuma, PM temberang lagi..????
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembentangan Bajet 2008 kali ini yang juga tertumpu kepada pendidikan menunjukkan betapa kerajaan amat mementingkan pendidikan sebagai satu alat untuk mendidik anak bangsa.
"Pengumuman Perdana Menteri itu ialah detik bersejarah pembangunan pendidikan negara yang amat dibanggakan. Ia selari dan sehaluan dengan apa yg terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang turut memberi penekanan kepada bidang-bidang tertentu," katanya kepada pemberita selepas pembentangan bajet di Parlimen, hari ini.
Abdullah mengumumkan pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah serta pemberian meluas Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar bermula tahun depan, sekaligus menjadikan sistem pendidikan seratus peratus percuma dalam bajet berkenaan.
Sumber dari BERNAMA. Untuk berita selanjut nya klik SINI
27 August 2008
" Ia adalah kemenangan rakyat ! " - Dato' Seri Anwar Ibrahim
Kepada jentera2 BN/UMNO, diucapkan salam takziah dan selamat menuju kehancuran jika anda semua masih menggunakan strategi yang tak pernah berubah sejak 50 tahun.Terima lah hakikat rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).
Note:-
24 August 2008
Pengakuan dan penjelasan Imam Ramlang Porigi
Beliau menyatakan bahawa beliau telah diarahkan menghadiri majlis berkenaan. Majlis itu telah diaturkan oleh orang lain yang kebetulan pada ketika itu beliau baru sahaja menikahkan orang. Apa hikmah disebalik keikhlasan dan keberanian Imam Ramlang ini?
23 August 2008
TPM ulas pasal minyak turun
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini. “Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Source click Utusan Malaysia On-Line
21 August 2008
MOUTH & FOOT PAINTING ARTISTS
20 August 2008
Photo of the day: 20 Aug. 08 - Red Bull Air Race
19 August 2008
RAMLANG PORIGI - IMAM MASJID WILAYAH???
RAMLANG PORIGI inilah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar....
"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext: 158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tuan Haji Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137 "
Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843. Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam
RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
16 August 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK LIA
.
(Mereka adik beradik kecuali bini acu tu adik ipar diaorang)
14 August 2008
Nahas terburuk -- * 20 maut * 8 parah
Oleh ABDUL RAZAK DIN dan ANGELINA SINYANG
HANCUR... Bas Super Express yang remuk dan bumbungnya tercabut selepas terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Taiping, Perak, semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS.
TAIPING 13 Ogos – Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini.
Bas membawa 29 penumpang itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Butterworth, Pulau Pinang. Nahas ngeri dua kilometer dari Hentian Sebelah Bukit Gantang arah utara dan lima kilometer sebelum Plaza Tol Changkat Jering itu turut membunuh pemandu bas yang kemudiannya dikesan mempunyai 15 saman termasuk dua waran tangkap.
Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.
Sehingga malam ini, 19 daripada 20 mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti identiti mereka termasuk pemandu bas, Rohizan Abu Bakar, 38, berasal dari Kulim, Kedah.
Penumpang yang maut ialah H. Abu Bakar dan isterinya, Sri Asiah, 32, dari Medan Timur, Indonesia; Krishnan a/l Thirumalai, 46, dari Kuala Ketil, Kedah; Sundram Prya Sam, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah); Fadliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka); Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka).
Mangsa lain Nazri Noordin, 35, (Ayer Hitam, Pulau Pinang); Pang Tee Min, 58, (Jalan Ong Kim Wee, Melaka); Mohd. Yazid Md. Yusoh, 23, (Jasin, Melaka); Md. Basri (Merlimau, Melaka), Kamis Said, 62, dan isterinya, Zaiton Majid, 56, (Masjid Tanah, Melaka).
Turut terkorban ialah Nursaarul Miza Khairi, 27, (Sungai Petani, Kedah); Siti Sophiya Ismail, 23, (Alor Setar, Kedah); Teoh Kee Song, 34, dan isterinya, Cheng Chun Joo dari Padang Temusu, Kedah serta Zuliyani Buang, 25, dari Tanjong Keling, Melaka.
Mangsa yang meninggal dunia di HT petang ini ialah seorang penumpang, Shahril Afendi, 22, dari Alor Star, Kedah.
Lapan penumpang yang parah ialah pemandu kedua, P. Veeraman, 36, dari Sepang, Selangor, dua warga Vietnam yang bekerja di kilang Eastern Asia Industry Sdn. Bhd. di Pulau Pinang iaitu Quang Ngoi Hung dan Ngu Yeh Hui Vinh, 27.
Turut parah ialah Mohd. Fauzi Hassan, 27, dari Sabah, Zurina Rashid, 23, (Kuala Kedah, Kedah); Mohd. Zahidi Che Ahmad, 22, (Kelawang, Langkawi); Siew Ken Meng, 21, dari Melaka dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang belum dikenal pasti identitinya.
Seorang lagi penumpang, Chatrapati Eyam, 24, iaitu warga Nepal pekerja kilang perabot di Nibong Tebal, Pulau Pinang dibenarkan hanya menerima rawatan pesakit luar.
Dalam kemalangan pagi ini, bas yang menuruni bukit itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kiri lebuh raya sebelum terbalik dan terhempas ke atas seketul batu besar lalu terhumban ke parit di tepi jalan. Ini menyebabkan bas itu remuk teruk dengan bumbung dan tempat letak barangnya tercabut.
Insiden itu mengakibatkan penumpang terperosok dan banyak mangsa tidak dapat diselamatkan kerana keadaan mereka yang jatuh bertindih antara satu sama lain. Kebanyakan mereka dipercayai mati kerana kecederaan parah di kepala dan dada ekoran hentakan kuat ketika bas terhempas ke batu.
Seramai 40 anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir tiga jam mengeluarkan mangsa. Kerja-kerja menyelamat hanya selesai kira-kira pukul 10 pagi.
Jumlah mayat terlalu banyak menyebabkan Unit Forensik HT kekurangan kakitangan menjalankan bedah siasat dan terpaksa meminta bantuan pegawai forensik hospital berhampiran termasuk Ipoh, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak menegaskan, pihaknya akan menyiasat punca kemalangan sama ada disebabkan kecuaian manusia atau masalah teknikal bas.
“Tiada kesan perlanggaran di tempat kejadian tetapi jalan di situ agak menurun, mungkin bas terhumban masuk ke parit semasa menuruni bukit.
“Kenderaan ini mungkin remuk teruk sehingga tercabut bumbung dan tempat simpan barang di atasnya selepas terhentak kuat pada batu besar dalam parit itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, hari ini.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, ekoran nahas tersebut, kementerian menubuhkan pasukan penyiasat melibatkan pegawai Institut Keselamatan Jalan Raya (Myros), JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
“Berdasarkan rekod juga, kita dapati bas terlibat sudah berusia 20 tahun, kali terakhir membuat pemeriksaan Puspakom ialah pada Mei lalu dan patut diperiksa semula pada November ini.
“Kita juga siasat sama ada kemalangan itu berpunca daripada struktur jalan raya, pengurusan bas dan keadaan bas itu sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HT di sini, hari ini. Bas Super Express itu milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Berhad.
Turut hadir Ketua Trafik Persekutuan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Taib.
Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp
Ulasan aku: Bila kemalangan ngeri sebegini berlaku maka akan kecoh lah sekejap pihak-pihak yang berkaitan nak kuatkuasa itu dan ini, siasat itu dan ini. Kenyataan pun keluar lah macam-macam, tidak akan berkompromi lah dan bla...bla..... Akhir nya nanti apa akan jadi ?.. Yang mati tetap menjadi mangsa, tindakan tegas pada yang terlibat belum tentu akan di kenakan, kemalangan ini akan hanya menjadi penambah statistik kemalangan....dan begitu lah seterus nya dan ini lah Malaysia Tanah Air ku...
11 August 2008
* Klik pada imej sebelah untuk download
09 August 2008
'Fuel Savers'
When you drive your car along the road, you are pushing the air out of the way and as most vehicles are not well streamlined, that takes a good deal of energy. Is there anything that can be done to improve the situation (other than slowing down a bit and driving gently)? Well, while many drivers won't want to 'spoil' the lines of their vehicle, there are a couple of improvements which could be used if you wanted to. The first comprises of a few very simple pieces of metal which can be stuck to the vehicle. These are called 'Fuel Savers':
On offer from this web site where they offer these small aluminum fins which mount on top of the trailing edge of the bodywork of a vehicle. The devices are reckoned to save some 10% to 12% on fuel consumption, they can be home-made, and nine per vehicle is the recommended number.
- Source : http://www.fuelsavers.com.au/
* Sesiapa nak try boleh laa... cost pun tak mahal, boleh buat sendiri...
Selamat Mencuba.
06 August 2008
5 Cara Buat Duit Dengan Blog
Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :
Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Teruskan belajar dan explore dunia blog dengan lebih mendalam... All da best and good luck.. Mengenai penulis artikel ini |
05 August 2008
MINYAK DUNIA TURUN HARGA LAGI....YABEDABEDU!!!! BEDEBUK
Oil prices drop nearly $4 after storm threat eases
By STEVENSON JACOBS, AP Business Writer Mon Aug 4, 4:39 PM ET
NEW YORK - Oil prices plunged to a three-month low Monday, briefly tumbling below $120 a barrel in another huge sell-off after Tropical Storm Edouard seemed less likely to disrupt oil and natural gas output in the Gulf of Mexico.
Crude's steep drop — prices fell more than $5 at one point during the day — dragged down other commodities from corn to copper and mimicked the big nosedives of the past three weeks, adding to growing beliefs that the oil bubble is at least temporarily deflating.
"What this means is that we're going to see some more relief at the pump. We're probably looking at another 10 cents of downside in retail gas prices," said Tom Kloza, publisher and chief analyst at Oil Price Information Service in Wall, N.J. A gallon of regular gas fell on average about half a penny overnight to $3.881. Berita selanjut nya klik sini
Macam mana lah MAJORITI rakyat termasuk aku ni tak bengang kat kerajaan. Masa nak naikkan harga minyak ari tu tak menyempat nyempat. Petang umum , tengah malam minyak naik. Bila nak turun kan harga pulak lambat macam kura-kura. Kerajaan kita saban hari memperbodohkan rakyat dengan ayat ayat standart seperti "MASIH MURAH JIKA DIBANDINGKAN DGN SINGAPURA...BLA.. BLA... BLA...". Kerajaan Singapura yang selalu dijadikan perbandingan oleh kerajaan Malaysia itu dah turun kan harga minyak di negara mereka sebanyak 5 kali, apasal kali ini tak nak pulak buat bandingan.
PM kata nak turun 1 Sept. 2008. Itu pun entah kan ye entah kan tidak. Apasal pulak aku kata gitu ? tak caya PM cakap ke?.... Aku tak nak jawab lah, sendiri boleh fikir....Entah entah ada udang menyorok balik batu kot..., Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kan tak lama lagi, bila lagi nak memancing ikan ikan...ini lah masa nya kan..kan..kan..
Kesimpulan nya, begini lah rupa nya kalau kerajaan membuat keputusan macam kitaorang yang dok gebang kat kedai kopi.