Alhamdulillah !!. Dasar tempoh jangka hayat kenderaan yang menetapkan bahawa kereta berumur 15 tahun mesti menjalani pemeriksaan Puspakom akhir nya ditarik balik oleh kerajaan 1 Malaysia. Apa kah yang boleh dirumuskan dari penarikan balik peraturan tersebut?.
Ini bukan kali pertama kerajaan berbuat begini. Yang terakhir ialah menarik balik peraturan pemakaian talipinggang keselamatan tempat duduk belakang. Masa nak kuatkuasa dulu tak menyempat nyempat. Kerajaan menggunakan Polis Trafik dan JPJ untuk menakut nakutkan pengguna dengan saman.
Peraturan yang baru ditarik balik ini pun sama lah jugak. Mesti penyokong Umno/BN akan kata bahawa rakyat macam aku ni payah nak terima apa yang kerajaan buat. Tak reti nak berterima kasih. Kerajaan buat peraturan pun salah, tarik balik peraturan pun salah. Mungkin begitu lah agak nya hujah mereka. Aku nak bagi tahu bahawa persoalan nya bukan tarik balik atau tidak, tetapi bagaimana keputusan-keputusan seperti itu dibuat. Aku berpendapat :

1. Banyak keputusan yang dibuat oleh kerajaan bersifat Ad-hoc tanpa mengkaji dengan mendalam terlebih dahulu apakah implikasi nya kepada rakyat terbanyak. Ambil saja contoh peraturan pemeriksaan Puspakom untuk kenderaan 15 tahun. Mengapa begitu tergesa-gesa ?. Berbincang pun hanya dengan keparat-keparat yang terlibat dalam industri automotif sahaja. Mereka tak tahu ke yang ini semua menyusahkan sebahagian besar rakyat ?. Mereka tahu tetapi saja buat pekak badak atau mungkin nak 'test market'.
2. Keputusan menguatkuasakan dan kemudian penarikan balik peraturan pemeriksaan Puspakom untuk kenderaan 15 tahun, adalah main wayang semata mata. Mungkin penasihat @ pakar strategi kerajaan menganggap strategi begitu mampu meningkatkan populariti PM khas nya dan kerajaan umum nya. Kerajaan yang prihatin dan memikirkan kesusahan rakyat. Oleh itu rakyat mesti undi BN. Begitu lah agak nya.

3. Oleh kerana terlalu kerap bersikap tidak konsisten dalam membuat dan mempertahankan keputusan menyebabkan majoriti rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan apabila kerajaan cuba untuk menerangkan sesuatu isu. Kerajaan begini adalah sebuah kerajaan yang tidak boleh dipercayai dan diyakini. Kalau nak berikan contoh memang banyak. Antara nya seperti menarik balik @ merampas 'royalti petroleum' dan diganti dengan 'wang ehsan'.
4. Akhir sekali, apa apa pun jangan gembira sangat sebab kerajaan mungkin ada muslihat lain. Seperti kenyataan Datuk Mustapa Mohamed "Langkah itu jelas tidak popular. Kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat, dan pada masa yang sama kita juga akan tetap mengutamakan keselamatan rakyat". "Oleh itu, kita akan menggantikannya dengan kaedah-kaedah baru yang tidak akan membebankan raykat".(baca disini)
Sekian
Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment