Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 November 2009

DUN Kota Siputeh: Mahkamah Tinggi isytihar kerusi kosong, SPR Minta Tangguh

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama Isnin.

"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 Sept lepas memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abu Hassan tidak akan menghadiri persidangan bajet DUN Kedah yang dijadual berlangsung selama tiga hari mulai esok sebagai menghormati keputusan mahkamah.

"Kita menerima keputusan (mahkamah) dengan lapang dada dan hati terbuka dan akan sabar menunggu keputusan rayuan pada 20 Nov ini," kata Ahmad Bashah semasa dihubungi Bernama.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan kerajaan negeri Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.

Katanya Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan yang betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan telah hilang kelayakan sebagai Adun ekoran tidak menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker.

"Kita bertindak atas undang-undang dan keputusan Mahkamah Tinggi itu haruslah menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan diberi amanah oleh rakyat untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri," kata beliau kepada Bernama. - BERNAMA


Aku cuma nak kata:
Apa lagi yang nak dikata dan diharap kepada SPR kalau dah begini jadi nya. Kerajaan sendiri yang kata kalau tak puas hati dalam satu satu perkara, guna lah saluran yang dibenarkan. Salah satu saluran tersebut ialah mahkamah. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

1. Apabila di isytihar kerusi tersebut kosong, apa yang sepatut nya SPR buat ?. SPR sepatut nya bersiap sedia untuk mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihanraya.

2.
"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)". Kenyataan SPR ini, ia bercakap untuk siapa?. Untuk wakil rakyat DUN Kota Siputeh ke?. Kalau begitu SPR jangan lah nak marah kalau rakyat kata bahawa SPR adalah salah satu komponen BN.


3.
SPR dilihat bertindak melangkaui bidang kuasa badan itu dan memperkecilkan bidang kuasa pihak lain. Dalam konteks ini ialah bidang kuasa speaker DUN Kedah. Speaker telah buat kerja dia berlandaskan peraturan dewan. Yang tak buat kerja sendiri ialah SPR. Dia pergi buat kerja orang lain buat apa ?.


4. Lepas ini apabila SPR buat rayuan, sudah pasti lah ada tangan ghaib yang akan mengubah keputusan mahkamah tinggi itu. Jadi lah ia nya macam kes perebutan siapa menteri besar yang sah di Perak. Kes V.K Linggam pun sama. Mahkamah dijadikan oleh orang orang yang berkuasa, macam kita main pondok pondok masa kecil dahulu.


Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...