Gejolak jiwa seorang mejar Muslim
Oleh: Nahar Azmi Mahmud
MENGAPAKAH seorang mejar tergamak bertindak kejam ke atas sesama askar? Persoalan ini amat sukar lagi berat untuk dijawab. Apatah lagi ia membabitkan seorang askar beragama Islam dan dikatakan berketurunan Palestin.
Namun, Presiden Barack Obama telah meminta media dan rakyat Amerika agar tidak mudah 'membuat kesimpulan' sehingga siasatan rapi dilakukan.
Pelaku serangan yang membunuh 13 orang dan mencederakan sekitar 30 orang di Fort Hood ialah Mejar Nidal Malik Hasan, 39 tahun.
Fort Hood merupakan antara markas terbesar Amerika. Ia seluas 340 batu persegi (1,006 kilometer persegi) atau satu setengah kali Singapura.
Di sinilah para askar dipersiap untuk misi pertiwi dan lazimnya diberi bantuan selepas pulang dari medan perang. Oleh itu, kesan amuk di markas ini boleh mencetuskan kesan yang menghakis ketabahan tentera Amerika.
Mentelah Mejar Hasan telah melepaskan tembakan rambang di Pusat Persiapan Perang iaitu tempat menghimpun perajurit Amerika yang akan dihantar ke luar negara, termasuk Afghanistan.
Bagi umat Islam, termasuk Majlis Perhubungan Amerika-Islam (Cair), peristiwa ini pasti menjejas keyakinan terhadap umat Islam, apatah lagi yang berkhidmat dalam bidang ketenteraan di negara adikuasa besar tunggal itu.
Gerakan Islam di Amerika telah menyatakan rasa kesal terhadap peristiwa itu dan menyeru tindakan yang adil lagi saksama dalam menanganinya.
Mejar Hasan kelahiran Amerika Syarikat. Ibu bapanya dipercayai orang Palestin yang berhijrah ke Amerika dari Jordan.
Laporan media Amerika dan sebahagian perincian yang diberikan oleh pihak Fort Hood menunjukkan bahawa mejar itu seorang pakar jiwa (psikiatri).
Tugasnya antara lain ialah mempersiap askar atau petugas tentera Amerika dalam menghadapi kehidupan terutama selepas pulang dari medan perang, khususnya dari Iraq dan Afghanistan.
Mejar Hasan telah lama menunjukkan tanda-tanda kurang senang terhadap penglibatan Amerika dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Bahkan beliau dikatakan turut menyelitkan soal agama, termasuk Islam, dalam sesi kaunselingnya.
Media Amerika mewarnakan dirinya sebagai seorang Muslim yang tidak dapat menerima hakikat kehidupannya.
Namun, mengapakah beliau tidak meninggalkan bidang ketenteraan dan menjadi orang awam saja?
Mengapakah beliau melepaskan kemarahan atau amuknya?
Beliau kini dalam keadaan koma selepas ditembak beberapa kali. Hanya beliau sendiri yang dapat menjawab pelbagai soalan tadi.
Namun kritikan luas telah ditujukan kepada Presiden Obama yang cuba menampilkan dasar luar yang mendampingi Dunia Islam.
Encik Obama telah dikritik kerana tidak segera memberi respons atau turun padang seperti yang dilakukan oleh pendahulunya, mantan presiden George W. Bush, Jr, yang kebetulan memang penduduk negeri Texas - tempat markas tentera itu.
Namun, perbandingan ini dianggap tidak kena kerana Encik Obama memang amat sibuk. Mentelah beliau telah melambatkan kunjungannya ke Jepun dalam rangka menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Singapura pada hujung minggu ini.
Seorang senator berketurunan Yahudi dan pernah menjadi calon presiden, Encik Joe Lieberman, telah menggesa siasatan mengapa pihak tentera Amerika gagal mengesan masalah Mejar Hasan sejak awal lagi.
Menurut seorang siswa sedarjah Mejar Hasan yang mengikuti program di maktab tentera bagi ijazah sarjana sesi 2007-2008, mejar itu bersikap anti-Amerika dan bersimpati terhadap pengebom nekad.
'Jika Hasan sudah menunjukkan tanda-tanda itu, sepatutnya tiada lagi toleransi di pihak tentera Amerika,' kata Encik Lieberman, wakil rakyat bebas dari Connecticut, kepada televisyen Fox News yang kritikal terhadap pentadbiran Obama.
Encik Lieberman ialah pengerusi Senat bagi Keselamatan Dalam Negeri dan Ehwal Pemerintah. Beliau mahu Kongres menetapkan apakah penembakan tadi bersifat serangan pengganas.
Ketua Turus Tentera Amerika, Encik George Casey, memberi amaran agar tidak segera memberikan kesimpulan mengenai motif Mejar Hasan kerana khuatir kesan pembalasannya ke atas askar Muslim dalam tentera Amerika.
Dr Val Finnell telah memberitahu media Amerika bahawa beliau dan rakan siswa lain dalam sesi kursus sarjana 2007-2008 di Universiti Perkhidmatan Seragam telah membuat aduan mengenai tanggapan Mejar Hasan bahawa perang terhadap pengganas 'serupalah perang terhadap Islam'.
Biro Siasatan Federal (FBI) sedang menyiasat apakah Mejar Hasan pernah hadir di sebuah masjid di Virginia bersama dua perampas pesawat dalam serangan 11 September 2001.
Imam Johari Abdul-Malik, pengarah pendampingan di Pusat Islam Dar al Hijrah, berkata keluarga Mejar Hasan menyertai sebuah masjid di Falls Church, Virginia.
Namun, tambahnya, kehadiran mereka tidak menonjol.
Dar al Hijrah merupakan antara masjid terbesar di pesisir timur Amerika Syarikat.
Imam Abdul-Malik menegaskan bahawa menjadi jemaah masjid bukan bermakna menjadi seorang pelampau.
Bahkan Encik Faizul Khan, mantan imam Pusat Islam di Silver Spring, Madison, yang sering dihadiri Mejar Hasan, berkata tidak pernah mengetahui mejar itu pernah menjadi jemaah di Dar al Hijrah.
Keluarga Mejar Hasan menyifatkannya sebagai seorang yang ihsan, kata Eyad Hasan, adiknya yang menetap di kota Sterling, Virginia, dalam kenyataan kepada media.
Jika pulih, Mejar Hasan mungkin dihadapkan ke perbicaraan tentera jika para penyiasat mendapati tindakannya itu dilakukan sendirian.- cyberita.asia1.com.sg
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!Namun, Presiden Barack Obama telah meminta media dan rakyat Amerika agar tidak mudah 'membuat kesimpulan' sehingga siasatan rapi dilakukan.

http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment