Dasar Automotif Nasional untuk pemegang AP
KECEWA. Itu merupakan perasaan yang dirasai oleh pemegang permit import (AP) terbuka, apabila kerajaan melalui semakan semula Dasar Automotif Nasional (DAN) untuk memansuhkan sepenuhnya AP terbuka menjelang 31 Disember 2015.
Ada antara mereka yang rasa kurang senang dengan langkah diambil kerajaan sebelum ini menetapkan tahun 2020 bakal menyaksikan pemansuhan AP dilaksanakan.
Pemegang-pemegang AP ini merasakan 2015 adalah tempoh waktu yang singkat untuk mempelbagaikan perniagaan mereka supaya tidak lagi bergantung kepada penjualan kereta semata-mata.
Walaupun pelbagai rungutan diterima, kerajaan tidak mungkin akan menarik balik pelaksanaan peraturan tersebut dengan alasan ia telah mendapat pandangan daripada pemain industri sebelum sebarang perubahan dibuat. Artikel penuh sila klik utusan.com.my
Dasar Automotif Nasional untuk pemilik kenderaan 15 tahun
KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.
Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut adalah langkah awal pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV).
Menurut beliau, pelan ELV akan dirangka oleh Kementerian Pengangkutan. Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir 2 juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun. Artikel penuh sila klik ahmadtarmizi.blogspot.com/hadiah
Aku cuma nak kata:
Diatas ada lah 2 artikel berkaitan Dasar Automotif Nasional untuk 2 golongan rakyat yang berbeza. Sama ada berbeza kepentingan kerajaan kepada 2 golongan ini atau kepentingan 2 golongan ini kepada kerajaan.
1. Golongan Pemegang AP:
a. Kerajaan akan memansuhkan sepenuhnya AP terbuka menjelang 31 Disember 2015. Mengapa 2015?. Mengapa tidak 2010.
b. Walaupun diberi sehingga 2015, mereka masih kata bahawa tempoh waktu itu terlalu singkat. Waktu yang singkat kah atau mereka mahu mengaut keuntungan semaksimum mungkin sebelum AP di mansuhkan.
c. Siapa kah majoriti golongan pemegang AP ?. Aku berani berkata bahawa majoriti pemegang AP adalah ahli UMNO yang berjawatan dan kaya raya. Lagi kaya lagi banyak dapat AP dan lagi kurang kaya lagi sikit lah dapat. Ahli UMNO biasa dan miskin, aku tak pasti (Betul kan aku kalau salah).

2. Golongan pemilik kenderaan 15 tahun:
a. Semua kenderaan berumur 15 tahun mesti melepasi pemeriksaan Puspakom sebelum boleh memperbaharui cukai jalan.
b. Kuatkuasa pada 1 Jan 2010. Mengapa 2010 ?. Mengapa tidak 2015.
c. Siapa kah majoriti pemilik kenderaan sedemikian ?. Majoriti mereka ada lah terdiri dari ahli UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP, lain-lain parti dan yang tak berparti tetapi dari golongan rakyat yang kurang berkemampuan dan cuma cukup makan. Kalau mereka ada lebih, pasti mereka pun nak kenderaan yang lebih baru dari yang mereka ada sekarang.

Kesimpulan yang aku dapat dalam konteks Dasar Automotif Nasional ialah kerajaan BN memang nampak sangat membeza bezakan rakyat yang diperintah oleh nya. Oleh itu apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia tidak mempunyai rakyat daripada golongan kelas kedua atau satu seperti di sesetengah negara, aku kurang percaya sebab itu lah yang aku lihat berlaku sekarang. Baca disini.
Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan adalah terlalu umum dan mengelirukan.
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment