Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 October 2009

Hadiah tahun baru 2010: Kereta umur 15 tahun masuk Puspakom


Agak agak nya semua nya berpunca dari dia ni lah...leceh betul la kau mat...Lu punya pasal semua orang sangkut...

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.

Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut adalah langkah awal pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV).

Menurut beliau, pelan ELV akan dirangka oleh Kementerian Pengangkutan.

Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir 2 juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.

Mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, jumlah kenderaan persendirian yang berdaftar dan berusia 10 tahun ke atas ialah sebanyak 2.7 juta buah.

"Kita telah berunding dengan pelbagai pihak dalam industri automotif sebelum menguatkuasakan peraturan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat semalam. - Kosmo


Porshe Cayenne Turbo di percayai milik Dato' Mukhriz berpandukan kepada stiker Pemuda UMNO - Lokasi rumah terbuka 2008 Tun Mahathir di The Mines Resort City

Persoalannya: Bukan semua orang yg guna kereta lama tu senang. Peniaga pasar malam, penoreh getah, petani, pekerja kilang.. tak kurang yang guna pada kadar minimum seperti kereta buat gi kerja aja... kereta buat hantar anak gi sekolah.. kereta buat gi pasar... kereta hujung minggu aja .. berkelah kat tasik taiping...

Hantar puspakom, bukan mahal sangat pun.. bukan boleh buat org miskin pun.. abis abis dalam RM40 -RM 60 kut sekali periksa... kalau gagal, pemeriksaan semula tambah ler lagi dalam rm 15 - rm 25. Alaa.. campur campur.. kira takat habis duit ikan sayur dalam setengah bulan punya makan AJA...

Masalahnya: persediaan nak ke sana tu yg telan belanja. Tak pasti lah ya ke tidak.. cat asal.. side mirror ok . lampu belakang.. allignment.. asap enjin.. tayar baru.. lantai kerangka elok.. brek makan ikut piawaian... Aku faham ini semua bagi tujuan keselamatan.. Harap harap, standard tu rendahkanlah sikit... bayaran pemeriksaan pun, 'diskaun-diskaun' kan lah sesikit.. mana mungkin kereta dah 15 tahun sebaik, selancar kereta baru? Tang cat tu aku tak pasti... kalau cat tak sama dlm geran boleh pas.. alhamdulillah. Barulah kena ngan moto 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan. Bravo!

Dan sedihnya, yang sumbang pada kemalangan di jalan jalan besar, lebuhraya tu semua.. sorilah nak kabo... banyak yg kenderaan bawah 15 tahun yang terlibat pun... mana taknya... kenderaan yang 15 tahun ke atas ni.. golongan marhain aja yg ramai pakai... golongan susah.. Jalan pun takat gi pasar, sekolah, kilang.. ada yg tak pernah merasa tayar cecah lebuhraya pun. Dah ler insuran third party mahal.. minyak mahal.. nak buat ni pulak...

Dah tu.. Napa lah nak susahkan mereka lagi? agaknya nak kena tukar kerajaan baru gamaknya dema ni... - bukansepet.blogspot.com

Aku cuma nak kata:
Kan dah kena dah... padan dengan muka engkorang termasuk lah dengan aku sekali. Datuk Mustapa Mohamed kata berunding..., berunding dengan siapa ?. Dengan lintah darat? dengan kapitalis?. Sebab kereta banyak tak laku maka buat syarat macam ini pulak supaya orang terpaksa beli kereta baru dan buat hutang baru. Tak mampu?. Tak apa, bank boleh bagi installment sehingga 15 tahun. Itu pasal nampak orang macam mampu, pada hal hutang itu dipanjangkan tempoh bayaran balik nya. Lepas ini mungkin boleh bayar balik sehingga 20 tahun.

Aku memang bengang dengan syarat baru yang menyusahkan rakyat ini. Aku nak beli kereta Odeyssey RA1 yang aku pakai sekarang ini pun setelah ia berumaur 9 tahun, baru la dapat. Sekarang umur nya dah 12 tahun. 3 tahun lagi kena hantar PUSPAKOM setiap tahun. Sekali hantar RM50. Ada 2 juta kenderaan x RM50 = RM100 juta tiap tiap tahun. Secara rasional aku boleh bersetuju apabila kenderaan 15 tahun perlu diperiksa oleh PUSPAKOM, tetapi mengapa mesti tiap tiap tahun?. Tak boleh kah buat syarat 3 atau 5 tahun sekali. Sekurang kurang nya tidak lah beban sangat.


Bukan tak nak beli kereta baru, memang nak, tetapi harga kereta baru di Malaysia antara yang termahal dalam ASEAN. Lebih lebih lagi kereta nasional. Kualiti entah apa-apa, harga mahal nak mampus. Kawan kawan aku yang beli kereta nasional baru, semua nya kata jangan beli lah kalau boleh, tapi kalau tak boleh dan itu saja yang mampu, apa kan daya....


Aku amat setuju dengan
bukansepet.blogspot.com. Kerajaan yang ada sekarang ini perlu ditukar kerana semakin menyusahkan rakyat. Rakyat didahulu kan adalah slogan kosong.

Baru aje nak rasa senang dan lapang sikit, kerajaan rupa nya dah plan nak kebas duit aku.....

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

3 comments:

Bukan Sepet said...

"Aku amat setuju dengan bukansepet.blogspot.com."

Terima Kasih.
Saya pun amat setuju dengan Encik. Cadangan encik memang bernas.

Bukan Sepet said...

Encik kenal Eddie pawana?
Cuba rujuk entri ni:

http://infoduniasemasa.blogspot.com/2009/10/hadiah-tahun-baru-2010-kereta-umur-15.html#comments

Orang yang sama ke?

Ahmad Tarmizi said...

Terima Kasih Bukan Sepet

Saya tak kenal Eddie pawana?
Saya tahu dia copy & paste artikel dari blog saya tanpa meletak kredit untuk saya. Saya pun selalu copy & paste, tetapi saya mesti letak kredit pada penulis asal, cuma kadang kadang silap, apa boleh buat.

Masa mula2 tulis blog dulu memang rasa marah bila orang copy paste tapi tak letak kredit.Sekarang tak kisah dah..,biar orang yang buat sendiri yang rasa. Kalau dia rasa tak salah, tak payah lah letak kredit. Sebenar nya letak kredit atau link ini dapat menambah traffic kepada blog kita. Bila traffic bertambah, iklan pun dapat banyak dan dapat lepas duit untuk bayar bill streamyx pun jadi lah...

Boleh lah bukan sepet cuba iklan 'Nuffnang'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...