03 October 2009

PRK Bagan Pinang: 1 lawan 1



PAS melalui calonnya Zulkifli Mohamad Omar meningkatkan tekanan kepada calon BN Tan Sri Isa Samad dengan sokongan padu iringan penyokong Pakatan Rakyat yang dianggarkan seramai 50,000 orang yang membanjiri sepanjang Jalan Pantai, Port Dickson ke Pusat Penamaan calun.

Pegawai Pengurus SPR mengumumkan kedua-dua calon tersebut layak bertanding setelah masa bantahan tamat. Sokongan kuat dan penuh bersemangat dari Pakatan Rakyat menimbulkan keresahan pimpinan BN dan UMNO sehingga perkara remeh dan kecil diperbesarkan oleh media yang dikuasai UBN bagi memburukkan Pakatan Rakyat dengan melaporkan dua orang pimpinan UMNO dicederakan oleh penyokong PR.

Pihak polis telah menyediakan dua laluan bagi kedua-dua penyokong, namun dua pimpinan UMNO tersebut dengan sengaja melalui jalan yang disediakan kepada penyokong PAS. Kemeriahan hari ini diserikan oleh pasukan Urumi Melum, namun ia dihalang oleh pihak Polis atas peraturan baru yang dibuat pihak berkuasa, namun sorakan kedua-dua penyokong mengamat dan memeriahkan suasana. Sorakan bertalu-talu penyokong Pakatan Rakyat dengan laungan "Hidup Rakyat", "Hancur BN", "Tangkap ISA" dan berbagai lagi menengelamkan laungan penyokong UMNO/BN.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...