Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 October 2009

SMS dan Blog jadi alat perang psikologi PRK N31 Bagan Pinang

Oleh Zukri Aksah

TELUK KEMANG, Okt 9 — Para pengundi di Bagan Pinang akan menentukan siapakah wakil rakyat pilihan mereka pada 11 Oktober nanti. Dalam tempoh kempen yang hanya berbaki dua hari ini, suasana kelihatan semakin hangat, terutama yang melibatkan perang psikologi, kedua-dua pihak yang bertanding dari kem BN dan PAS semakin rancak berbalas strategi.

Bagi tokoh Umno Pahang, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang juga sedang berkampung di sini, dari pengamatannya jelas bahawa PAS memang terkedepan dalam usaha menguasai perang psikologi ini. Senjata paling mudah dalam perang psikologi pilihanraya hari ini adalah SMS. SMS, jelas Ariff merebak bagai api di Bagan Pinang, contohnya dakwaan 70 peratus anggota tentera di situ menyokong PAS.

Begitu juga dengan hebohnya cerita petugas di markas Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang diserang dan ada yang ditetak. Dakwa Ariff, berita ini juga tersebar melalui SMS dan nyata ia satu pembohongan. Ariff akui memang ada berlaku perbalahan mulut dan pergaduhan fizikal tetapi tidak sampai ke tahap bunuh-membunuh atau mencederakan orang dengan senjata.

Bagi Ariff yang pernah menjadi ADUN Pulau Manis, jika benar berlaku perkara seperti yang didakwa sehingga mengakibatkan luka dan kecederaan di pihak petugas PAS, amatlah pelik kerana tiada laporan polis dibuat. Tambah Ariff lagi, adalah mustahil untuk pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan jika pergaduhan yang membawa kepada kecederaan itu betul-betul berlaku, bahkan kejadian seperti yang didakwa itu tidakpun menjadi buah mulut orang awam.

Ariff percaya insiden ini sebenarnya tidak berlaku, ia cumalah serangan psikologi PAS untuk mencemaskan pengundi. Ini menjelaskan bahawa PAS juga tidak dapat lari dari membuat pembohongan dan tipu muslihat. Namun, Ariff kurang yakin yang strategi berbohong sebegini digalakkan oleh pimpinan PAS, kerana pengalamannya bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan dari PAS mendapati bahawa mereka adalah orang yang bersopan dan berhemah dalam pergaulan.

Lalu Ariff cepat merumuskan yang keadaan ini membawa maksud tidak kiralah dalam parti politik mana sekalipun, pasti ada elemen buruk dan elemen baiknya. Maka tidak betullah untuk menyatakan yang Umno itu semua buruk dan PAS itu semuanya baik.-malaysianinsider.com

Aku cuma nak kata:
Perang psikologi dalam pilihan raya adalah biasa. UMNO/BN kekadang lebih teruk dan lebih tidak beretika. Ini kerana mereka tahu bahawa segala agensi media dan kerajaan dibawah cengkaman mereka.

Datuk Mohd Ariff tokoh UMNO Pahang yang berkampung di Bagan Pinang mengatakan dakwaan petugas PAS diserang dan ada yang ditetak adalah bohong. Aku hairan macam mana dia tahu itu bohong sedang kan Polis tak siasat pun.


Kalau pun itu semua Provokasi atau strategi PAS, sekurang kurang nya ada jugak bukti bergambar nya. Tidak lah macam Pelakun amatur @ Ketua Putera UMNO. Nak buat provokasi dan perang saraf, tapi tak pandai berlakon. Dato Abdul Azeez mendakwa dia ditumbuk (baca disini). Selalu nya jika ada insiden atau kejadian yang memberi kredit kepada UMNO/BN dan memberi kesan negatif pada PAS/PR akan diulang tayang sampai kadang kadang 'over kill' dan menyebabkan rakyat/penuntun bersimpati pulak pada PAS/PR. Dalam kes Dato Abdul Azeez, tidak ada satu gambar atau klip video yang menunjukkan beliau dipukul dan ditumbuk sedang kan kejadian yang didakwa berlaku itu dihadapan khalayak ramai.
Yang lagi kelakar nya, kena pukul hari ini di Bagan Pinang, besok nya masuk hospital di Kuala Lumpur. Klip video beliau tidak dipukul ada disini

Dakwa Datuk Mohd Ariff lagi, PAS menghantar SMS mendakwa 70 peratus anggota tentera di situ menyokong mereka. Apa masaalah nya pulak?. UMNO/BN balas lah balik. Hantar SMS dan tulis dalam SMS itu "PAS bohong, sebenar nya 100 peratus anggota tentera di situ menyokong UMNO/BN", tetapi harus diingat, kalau nak menipu pun jangan sampai orang tak percaya. Itu pun susah nak buat?....

Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...