KD Sri Inderapura - TERKINI
Selasa 13hb Oktober 2009.
KD Seri Inderapura ditarik keluar dari kawasan jetty dalam keadaan masih terbakar dan hampir tenggelam. ‘Bridge’, tempat tertinggi di atas kapal dimana ‘commanding officer’ dan ‘officer of the watch’ memberi arahan ketika beroperasi, telah pun runtuh.
Rabu 14hb Oktober 2009.
Jasadnya kini bersemadi bersama alat ganti bernilai jutaan ringgit yang telah dimuat naik ke dalam kapal. Ia bersemadi dengan aman dan damai menjadi tukun berhampiran Pulau Pangkor. Yang masih kelihatan cuma tiang atau ’mast’ sebagai kenangan. Sebagai peringatan tentang kelemahan dan kekurangan TLDM dari serendah-rendah pangkat hinggalah pegawai tertinggi.
Untuk beberapa hari dan minggu, minyak yang keluar dari perut kapal akan mencemar pantai dan perairan sekitar. Hasil tangkapan nelayan akan terjejas. Ganti rugi yang terpaksa dibayar kepada mereka yang terlibat sama ada pengusaha hotel atau pelancungan akan menambah beban yang ditanggung kementerian. Dan pembayar cukai.
Untuk pengetahuan, kapal ini pernah terbakar pada tahun 2002. Kerja baik pulih menelan belanja puluhan juta. Apakah keputusan ‘board of inquiry’ pernah diumum. Ataupun sudah terkunci rapi di bawah tikar.
Kebakaran ditahun itu ‘kononnya’ berpunca dari litar pintas. Jurutera yang ditugaskan menyiasat tidak menemui tanda-tanda ‘cable’ terbakar. Anak kapal beria benar mengatakan itulah puncanya sehingga sanggup bersumpah menjunjung quran. Kalau tidak ada pegawai ‘board of inquiry’ B.O.I. yang naik angin mengehempas kerusi kerana tidak percaya dengan alasan yang diberikan, mungkin punca sebenar masih terperap.
Apa puncanya?
Kebakaran bermula dari ‘galley’ ataupun dapur. Ada anak kapal yang menggunakan galley terleka kerana asyik menonton video sehingga tidak sedar kuali berisi minyak yang sudah terlampau panas disambar api. Kebakaran dapat diatasi tapi kerana kurang teliti, api marak kembali dan kali ini di luar galley. Mujurlah kebakaran kali kedua yang lebih besar dapat diatasi. Kalau tidak, punca sebenar pasti lenyap.
Apa pula punca kebakaran yang memusnahkan seluruh kapal dikali ini. Bagaimana Menteri Pertahanan boleh membuat kenyataan (atau andaian) bahwa ia berpunca dari litar pintas dan tiada langsung unsur sabotaj.
Sangkaan TLDM telah mengabaikan latihan memadam api atau ‘fire drill’ rupanya kurang tepat. Dimalam kejadian, pegawai bertugas telah membuat lima kali latihan (atau deraan) sehingga anak kapal bukan sahaja merasa bosan tapi juga keletihan. Tak cukup tidur.
Bila ‘alarm’ berbunyi untuk kali keenam, anak-anak kapal yang baru terlelap menyangka itu juga latihan. Setelah menyedari ia kebakaran sebenar, badan yang lesu sudah tidak dapat menerima arahan otak. Malah otak pun sudah tidak mampu berfikir. Dalam keadaan kelam kabut, maka terjadilah apa yang tidak sepatutnya berlaku.
Apa yang berlaku. Bekalan elektrik diputuskan. (Masih belum jelas sama ada bekalan dari generator kapal atau dari darat). Tanpa bekalan elektrik, kapal menjadi gelap. ‘Bilge & fire fighting pump’ tidak dapat digunakan. Dan api pun terbiar marak sementara menunggu bantuan luar.
Kenapa bekalan elektrik keseluruh kapal diputuskan. Tidakadakah pemutus litar atau ‘circuit breaker’ yang boleh diguna untuk memutuskan bekalan kebahagian yang terlibat sahaja. Apakah lima kali ’fire drill’ dimalam itu tidak mengambil kira situasi sedemikian. Apakah yang difokuskan oleh pegawai bertugas. Difahamkan, pegawai tersebut memiliki kelayakan khusus dalam bidang memadam kebakaran atau dikenali juga sebagai ‘fire officer’.
Lazimnya, kebakaran di kapal lebih mudah dikawal kalau ditangani oleh anak kapal sendiri. Ahli bomba dari luar tidak mungkin tahu siluk belok kapal. Di perut kapal sebesar KDSI, orang boleh tersesat walaupun dalam keadaan terang. Ini kan pula dalam gelap gelita. Tersesat dalam keadaan sedemikian mengundang maut.
Apabila kapal cuma bergantung harap kepada pasukan bomba awam untuk memadam kebakaran, maka inilah kesudahannya.
KDSI tenggelam bukan kerana kebakaran tapi disebabkan air laut yang disemburkan kedalam kapal tanpa mengambil kira faktor ‘bouyancy’ sehingga ‘tank deck, engine room’ dan setiap ruang dipenuhi air laut.
Apa yang TLDM boleh pelajari dari episod duka ini? Apalah agak jawapannya kepada kemusykilan berikut:
- Untuk apa ‘fire drill’ diadakan lima kali dalam satu malam. Mendidik atau mendera.
- Di mana letaknya (kalau ada) ‘portable bilge & fire fighting pump’ yang boleh beroperasi tanpa bergantung kepada bekalan elektrik kapal
- Kenapa bekalan elektrik keseluruh kapal diputuskan.
- Kenapa tidak digunakan pemutus litar atau ‘circuit breaker’ untuk memutuskan bekalan elektrik kekawasan yang terbabit sahaja.
Akhir sekali…Bagaimana pegawai berkenaan menterjemah kepakaran mengendalikan ‘fire drill’ dalam situasi kebakaran sebenar??? - http://steadyaku-husseinhamid.blogspot.com
Aku cuma nak kata:
----------------------------------------------------------------------------------------Aku cuma nak kata:
Aku cuma nak fokus pada kebakaran. Tolak andaian cerita litar pintas atau sabotaj. Kebakaran pertama kemudian terjadi kebakaran kedua . Aku tak kisah pasal kebakaran pertama, sebab kemalangan boleh berlaku walau pun kita berhati hati. Yang aku pelik dan musykil ialah berlaku nya kebakaran kedua dalam tempoh 24 jam. Lebih malang lagi kebakaran kedua lebih besar dan lebih teruk kerosakan nya.
Aku berpendapat, mesti ada mana mana prosidur yang tidak dipatuhi yang menyebabkan kapal itu terbakar semula. Kalau sesiapa yang kerja di Loji penapis minyak, Stesen Janaelektrik dan lapangan terbang tentu tahu betapa ketat nya prosidur apabila berlaku kebakaran.
Cerita pun tak guna. Kapal itu pun dah lingkup dan dah jadi tukun pun. Wang pembayar cukai jugak lah nanti yang akan digunakan untuk beli kapal yang terpakai jugak agak nya. Aku terpaksa bagitau ini sebab ramai orang ingat duit UMNO/BN dengan duit pembayar cukai adalah sama. Tolong sikit ye !!!.......
Sekian.

Berita sebelum ini dari mstar online
Jumaat Oktober 9, 2009
KD Seri Inderapura terbakar kali dua dan mungkin akan disemadikan
Oleh CHAN LI LEEN
TELUK INTAN: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM Lumut semalam terbakar untuk kali kedua Jumaat.
Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan semalam. Bagaimanapun, sehingga jam 5 petang tadi, kapal tersebut masih kelihatan terbakar.
Terdahulu, bercakap kepada para wartawan di Bagan Datoh dekat sini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebakaran kali kedua itu mungkin berpunca daripada bara api yang masih wujud di dalam kapal berkenaan.
"Sekarang, saya masih menunggu maklumat berkenaan situasi semasa yang dikemaskinikan," katanya selepas melancarkan lima platun Askar Wataniah di Perak Selatan.
Ahmad Zahid berkata, pihak kerajaan tidak dapat menentukan apa yang harus dilakukan terhadap kapal itu sehingga menerima laporan penuh mengenai insiden itu daripada lembaga penyiasatan dalam tempoh sebulan.
"Kita akan tunggu laporan itu sebelum menentukan apa yang harus dilakukan dengan kapal itu," katanya ketika ditanya sama ada kapal tersebut boleh diselamatkan dan diubahsuai menjadi muzium.
KD Sri Inderapura dibina pada 1970 dan pernah digunakan oleh Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat selepas ditauliahkan sebagai USS Spartanburg County.
Pada Disember, 1994, kapal itu diserahkan kepada tentera laut Malaysia.
Ia merupakan salah satu kapal tentera laut yang digunakan untuk mengiringi kapal-kapal dagang Malaysia bagi mengelakkan serangan lanun di Teluk Aden, Somalia tahun lalu.
Ahmad Zahid berkata kerosakan pada kapal tersebut Khamis lalu adalah jauh lebih besar berbanding kerosakan pada 2002 juga ekoran kebakaran.
"Ia menelan RM68 juta untuk TLDM membaiki kapal berkenaan selepas kebakaran pada tahun 2002 dan kos membaikpulihnya kini barangkali adalah jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.
"Sekiranya ia boleh dibaiki pada kadar harga berpatutan, kita akan baikinya. Jika tidak, adalah lebih baik kita membeli kapal baru," katanya.
Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, pihak kerajaan berkemungkinan besar mempertimbangkan untuk membeli kapal pada kelas yang berlainan iaitu kapal pelbagai kegunaan.
Ini kerana katanya, tentera laut telah mempunyai kapal pendarat yang lain.
Sambil menyangkal spekulasi kebakaran Khamis lalu itu adalah satu sabotaj atau kecuaian, Ahmad Zahid berkata, beliau sangat yakin dan mempercayai keupayaan anggota-anggota tentera.
"Seperti orang tua yang mungkin sakit di sini dan situ, saya percaya kapal itu mungkin mengalami kerosakan-kerosakan teknikal tertentu.
"Bagaimanapun, ia tidak berpunca daripada sabotaj atau kecuaian kerana tentera laut membuat pemeriksaan seperti yang dijadualkan," kata Ahmad Zahid.
Beliau menambah pihak kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menggunakan kapal-kapal yang telah berusia 25 tahun ke atas.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment