Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 October 2009

Muhyiddin dedah taktik kotor pembangkang, taktik UMNO/BN bersih sangat ke?

SELAMA - Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) supaya bersedia menangkis taktik-taktik kotor pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, antara taktik kotor yang digunakan pembangkang adalah dengan mengedarkan surat palsu bagi mempengaruhi pengundi bahawa berlaku konflik kepimpinan UMNO dalam soal pemilihan calon.

Katanya, pembangkang kini tertekan dalam menghadapi pilihan raya berkenaan dan telah pun memulakan taktik kotor seperti insiden berkasar terhadap dua pemimpin UMNO pada hari penamaan calon kelmarin.

“Mereka dah tunjuk belang... tumbuk MT (anggota Majlis Tertinggi UMNO). Kita dapat maklum balas pembangkang kini rasa tertekan kerana calon kita jauh lebih popular,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Larut di sini, semalam.

Semasa proses penamaan calon pilihan raya kecil itu semalam, Anggota MT UMNO yang juga Ketua Umno bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, membuat laporan polis setelah didakwa ditumbuk di bahagian belakang, leher dan pipi ketika melalui kawasan penyokong PAS berkumpul.

Pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara BN yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar.

Mengenai isu surat palsu, Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin menafikan beliau telah menulis surat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan supaya memilih Mohd Isa selaku calon BN.

Katanya, surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung UMNO itu yang kononnya ditandatangani beliau, adalah dipalsukan dalam usaha memburukkan hubungan antara Ibu Pejabat UMNO, anggota MT parti dengan badan perhubungan negeri dan UMNO Bahagian Teluk Kemang.

Muhyiddin berkata, selain taktik kotor seperti itu, pembangkang akan meneruskan taktik stereotaip seperti membangkitkan pelbagai isu untuk dieksploitasi.

Katanya, taktik pembangkang adalah seperti biasa pada mana-mana pilihan raya kecil dengan mengeksploitasikan isu yang sebahagiannya pun dibuat-buat oleh mereka.

“Saya dah beri amaran kepada jentera dan ahli UMNO dan BN supaya hadapi taktik kotor ini... kita sudah bergerak dan sambutan yang diterima daripada pengundi adalah baik tetapi kita tidak boleh leka sehingga hari pengundian,” katanya. - Bernama

Aku cuma nak kata:
1. Muhyiddin berkata, selain taktik kotor seperti surat palsu itu, pembangkang akan meneruskan taktik stereotaip seperti membangkitkan pelbagai isu untuk dieksploitasi. Habis tuuu...., Umno/BN guna taktik apa?. Setiap kali pilihan raya umpan pengundi dengan pembangunan. Dari aku kecik sampai aku pun dah tua, tak ada lain yang aku dengar, asyik asyik pembangunan. Itu bukan stereotaip juga ke?.


2. Taktik kotor pembangkang seperti insiden berkasar terhadap dua pemimpin UMNO pada hari penamaan calon. Kamu asyik nak orang semua percaya cerita kamu sahaja. Bagaimana dengan cerita pihak sebelah sini pulak. Nah dibawah ini aku lampirkan cerita sebelah sini tapi dalam ayat ayat 'perli'. Sumber nya dari muslimeen-united.blogspot.com dan baganutama.blogspot.com

Gambar Semasa Azeez Dipukul Sudah Kami Tangkap! Nah Giliran Anda Untuk Melihat Bukti Ini!

putera azeez sedang membalas pukulan kilas..


30 0rang sebenarnya yang pukul Azeez! Hanya Ismail Sabri yang datang menolong! keadaan kucar kacir..baju Azeez terkoyak

Pemuda Pas terus memukul sehingga Azeez rebah. Ismail Sabri sudah melarikan diri. seluar Azeez tercabut. kepala Azeez pula telah dibaluti dengan bendera pas bagi menahan darah yang mengalir

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1005/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
Nah ni kesan daripada pukulan pemuda pas. azeez sekarang terlantar kat hospital. Dengar cerita hanya tisu jer yang luka, tapi kami tak dan nak p melawat lagi. hehehehe... semoga azeez cepat sembuh dengan kemalangan ini. Mungkin rosyam nor pun kalah dalam lakonan ini.
Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...