Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

16 October 2009

Isu Saman RM65 juta: Adnan Lepas, wang pembayar cukai yang jadi mangsa

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pahang membayar segera saman berjumlah RM65 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi mengelakkan wang rakyat terus dikorbankan. Beliau berkata, sikap kerajaan yang melengah-lengahkan bayaran saman tersebut sejak sekian lama akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana faedah sebanyak RM8,000.00 sehari terus berjalan seperti yang diputuskan mahkamah.

"Saya harap kerajaan negeri menyelesaikan kes ini dengan menjelaskan hutang yang tertangguh kerana jika kerajaan lambat menjelaskannya, kadar faedah sebanyak RM8,000.00 terus berjalan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Rayuan Putrajaya minggu lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 yang mengarahkan kerajaan negeri membayar saman kepada SGM kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 mengeluarkan satu perintah kepada kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37, 127, 471.60 kepada SGM dengan kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 (jumlah keseluruhan RM60juta).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan keputusan mahkamah itu namun gagal dalam rayuannya.

Sehingga 7 April 2008, pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) gagal membuat sebarang bayaran ataupun menghubungi SGM menyebabkan kedua-duanya dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.

Seterusnya pada 20 April 2008 Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah mandamus (perintah akur bayar) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh itu.

Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan dari membayar hutang tersebut.

Hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65juta kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, meskipun mahkamah rayuan melepaskan Adnan daripada membayar hutang tersebut, namun kerajaan negeri tetap terpaksa membayarnya.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu juga hanya untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri terus terbeban dengan hutang yang semakin meningkat sekaligus menyebabkan rakyat turut merasai tempiasnya.

"Keputusan mahkamah itu bersifat teknikal sahaja untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri tetap menanggung hutang," katanya.

Beliau juga mendakwa, akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan kerajaan Umno BN menyebabkan wang rakyat terpaksa digunakan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

"Disebabkan penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri, rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Ini tak sepatutnya berlaku," tegasnya.-tuanibrahim.blogspot

Aku cuma nak kata:
Mana dia kata kata keramat yang aku dengar dari aku kecik sampai umur aku pun dah dekat setengah abad ?. Kata kata 'hanya UMNO/BN sahaja yang pandai memerintah dan mengurus ekonomi negeri dan negara'. Pembangkang mana reti memerintah. Itu lah retorik dan kata kata yang kerap kita dengar dari dulu hingga lah bila UMNO/BN kalah besar pada PRU 12 pada Mac 2008.

Macam kes di Pahang ini, pasti nya duit pembayar cukai yang jadi mangsa untuk melunaskan saman berjumlah RM65 juta + faedah itu. Seperti biasa, kalau melibatkan pemimpin UMNO/BN, ia nya akan dilepaskan dengan alasan-alasan yang mengarut dan tanggungan atau kesalahan itu diletakkan kepada kerajaan negeri. Ketua kepada kerajaan negeri terlepas dan berdondang sayang lah dia nya. Kerajaan yang mana dia menteri besar nya, tidak pandai mengurus tadbir sehingga berhutang dan beliau tidak kena apa apa pun tindakan. Bagaimana kalau kakitangan kerajaan yang buat benda yang sama macam kes ini ?. Sudah pasti nya akan dikenakan tindakan tatatertib dibawah tuduhan pecah amanah atau menipu.


Sekian..sendiri mau ingat !!


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...