PORT DICKSON 30 Sept.— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan parti-parti dalam pakatan pembangkang, kecuali PAS, bahawa mereka tidak layak menaikkan bendera, simbol parti, gambar pemimpin atau apa saja dalam Pilihan Raya Kecil Negeri Bagan Pinang di sini.
“Larangan ini sebab mereka tidak membayar deposit bahan kempen, mereka tidak membayar deposit pilihan raya dan kenapa mereka nak tumpang?...tak boleh,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
“Macam parti Barisan Nasional (BN). Dia gabungan 14 buah parti dan mereka berdaftar. Kalau pakatan pembangkang berdaftar, tak mengapalah,” katanya.
Wan Ahmad bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan siri pertama taklimat kepada 277 pegawai yang akan menguruskan pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata, dalam istilah SPR, Pakatan Rakyat tidak wujud sebab SPR hanya iktiraf parti yang berdaftar. Pakatan itu terdiri dari tiga parti - PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Katanya, kalau media hendak sebut nama pakatan rakyat, itu hak media tapi ’legally speaking’ tidak wujud, yang wujud hanya pakatan pembangkang, bukan pakatan rakyat.-Bernama

----------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada akta larang naikkan benderaSHAH ALAM 2/10/09 - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menegaskan bahawa tiada sebarang akta yang melarang mana-mana parti tidak bertanding dalam pilihan raya kecil yang diadakan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sewajarnya melarang parti tidak bertanding memberi sokongan kepada parti komponen yang bertanding.
Menurutnya, PKR tidak menolak kemungkinan akan menaikkan bendera parti pada pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai tanda sokongan kerana sehingga kini tiada sebarang akta melarang parti yang tidak bertanding berbuat demikian.
“Sehingga kini tiada akta yang diperuntukkan untuk melarang mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya.
“Selagi tiada akta yang melarang kita untuk menaikkan bendera parti, selagi itu kita akan teruskan (menaikkan bendera) untuk memberi sokongan kepada calon Pas,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, dalam peraturan pilihan raya terdapat lapan akta yang telah diperuntukkan oleh SPR namun tiada satu akta pun yang jelas melarang bendera parti yang tidak bertanding dipamerkan.
Menurutnya, selagi tiada akta yang menghalang bendera parti dinaikkan, PKR, Pas dan DAP akan tetap menaikkan bendera mereka dalam pilihan raya yang akan datang sebagai tanda sokongan kepada parti komponen PR yang bertanding.
Beliau berkata demikian bagi merujuk larangan menaikkan bendera kepada parti yang tidak bertanding oleh SPR pada pilihan raya kecil terdahulu.
Sebelum ini, parti komponen PR akan turut menaikkan bendera dalam mana-mana pilihan raya yang melibatkan parti komponen tersebut tersebut sebagai tanda sokongan.
PKR dan DAP turut menaikkan bendera pada pilihan raya kecil terdahulu seperti di Permatang Pasir dan Manek Urai. - www.sinarharian.com.my

Larangan bendera, SPR dibidas
DAP Negeri Sembilan menempelak tindakan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) melarang parti yang tidak bertanding daripada mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang tempoh berkempen.
Pengerusinya Loke Siew Fook menyifatkan larangan SPR itu sebagai tidak masuk akal dan diluar batas kuasa suruhanjaya berkenaan.
"Larangan meletak bahan kempen dan bendera saya rasa itu adalah sesuatu di luar batasan SPR. Tugas dan tanggungjawab SPR sepatutnya mereka perlu memberikan tumpuan kepada tanggungjawab untuk mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundian dan proses pengiraan undi.
"Itu adalah fungsi dan tugas utama mereka soal kempen biarlah parti-parti politik berkempen secara bebas jangan terlalu banyak kekangan dan halangan," katanya ketika dihubungi TV Antara sebentar tadi.
Menurutnya DAP Negeri Sembilan akan tetap meneruskan kempen untuk memberi sokongan kepada calon Pas bahkan sanggup membayar deposit sekiranya ia menjadi pertikaian SPR.
Katanya SPR kini dilihat seolah-olah gentar dengan kerjasama dan kesepaduan yang ditunjukan parti komponen Pakatan Rakyat.
"Apa yang susah sangat dengan SPR seolah-oleh mereka fobia dengan parti-parti komponan Pakatan Rakyat bersatu. Kalau itu menjadi masalah kita akan membayar deposit RM3000.
"Memang kita akan teruskan kempen kita. Kita akan naikkan bendera Pas, hanya bahan kempen seperti papan tanda dan banner, atas semangat Pakatan Rakyat ada lambang PKR dan DAP," katanya
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam mengumumkan larangan kepada mana-mana parti yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mengibarkan bendera, dan gambar pemimpin sepanjang kempen.
Menurutnya larangan berkenaan dibuat kerana parti-parti berkenaan tidak membayar deposit untuk berkempen.
Wan Ahmad menjadikan juga menjadikan alasan Pakatan Rakyat tidak berdaftar sepertimana Barisan Nasional yang mempunyai 14 parti gabungan dan berdaftar. Maka PKR dan DAP tidak boleh memasang bahan kempen bersama Pas.
Siew Fook berkata walapun Pakatan Rakyat belum didaftarkan namun ia bukan satu kesalahan sekiranya parti-parti komponennya berkempen untuk Pas.
Menurutnya, larangan berkenaan merupakan kekangan yang dicipta SPR untuk membantutkan sistem demokrasi negara.
"Saya rasa itu bukan satu kesalahan dan kenapa perlu diletakakan pelbagai kekangan dan halangan untuk membantutkan sistem demokrasi di negara kita ini.
"Saya rasa tidak patut SPR mengenakan pelbagai sekatan ini. Selagi kempen dilakukan dengan berhemat dan semua perkara berjalan lancar saya tidak nampak mengapa SPR perlu campur tangan dan menghalang parti-parti lain untuk membantu calon pas," katanya.
Beliau turut mempersoalkan sama ada SPR akan berlaku adil dalam kempen pada kali ini dengan menguatkuasakan larangan-larangan kepada semua parti bertanding.
Katanya SPR juga perlu memastikan larangan mendirikan pondok panas dan merayu undi dipatuhi Umno-Barisan Nasional.
"Yang menjadi masalah dia kata tidak boleh letak pondok panas. Sama ada peraturan ini dapat dikuatkuasakan pada semua pihak termasuk Barisan Nasional.
"Ada parti lain bukan BArisan Nasional akan berkempen untuk BArisan Nasional seperti Makkal Sakthi dan KIMMA. Kita tidak menentang kerana itu hak mereka. Jadi untuk pihak Pakatan Rakyat kalau PKR dan DAP berkempen untuk calom Pas itu adalah hak kami," katanya. -TVA

Aku cuma nak kata:
Kepada sesiapa yang mempunyai akal yang waras, tidak boleh menafikan bahawa SPR adalah bias kepada UMNO/BN. Aku tak mahu lah kata SPR adalah salah satu parti komponen BN kerana mungkin keterlaluan. Terlalu banyak bukti bahawa SPR bias. Kadang kadang tu segala larangan yang dibuat oleh SPR secara 'adhoc' sebenar nya tak 'sah' sebab belum di gazetkan. Larangan hanya lah bertujuan mengugut parti pembangkang. Larangan menaikkan bendera ini pun sama lah juga...
Sekian
Sekian
No comments:
Post a Comment