Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 October 2009

1Malaysian yang kotor atau 1Dirty Malaysian

oleh: Zulkifli Sulong
Fri | Oct 23, 09


Rabu lepas, saksi utama kes rasuah dua Adun Perak, Mohd Imran Abdullah dengan tenang memberikan keterangan bercanggah dengan laporan dan kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Dari membuat tuduhan Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radzi, menerima rasuah, Imran, saksi utama SPRM dalam kes ini membuat keterangan bertentangan dan mengaku laporan dan keterangannya kepada SPRM sebelum ini adalah tidak betul.

Dalam keterangannya di Mahkamah Sesyen Rabu lepas, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projeknya di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen Rabu lepas dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adun Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Pertuduhan ke atas Ruslan Sahat telah ditarik balik selepas kematian beliau.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

ImageInilah rupanya apa yang berlaku di Perak.

Dengan keterangan Imran ini, jangan terkejut selepas ini kalau-kalau Jamaludin dan Osman akan terlepas dari sebarang hukuman kerana saksi utama yang mahu menyabitkan mereka sudah menukar keterangannya.

Apabila seorang rakan saya menghantar berita NST yang membuat laporan ini, saya sebenarnya tidak terkejut. Kalau sebelum ini saya terfikir, bagaimanakah caranya Umno mahu menyelamatkan dua katak yang melompat ini, kini saya terjumpalah caranya.

Bagi kawan saya itu, melihat kepada apa yang berlaku ini, dia membuat kesimpulan, 1Malaysia sebenarnya sudah bertukar kepada 1 Malaysian yang kotor (1dirty Malaysian).

Saya faham kenapa beliau membuat kesimpulan itu. Ini kerana, krisis Perak berlaku selepas pencetus 1Malaysia ini mengambilalih jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perak.

Hanya kira-kira seminggu sahaja beliau mengambilalih tampuk pimpinan Umno Perak itu, kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Ia dibuat dengan cara menarik Jamaludin dan Osman yang sedang menghadapi dakwaan rasuah itu menyokong Umno.

Dia juga berjaya menarik Adun Jelapang, Hee Yit Fong yang sedang menghadapi masalah kewangan kerana suaminya yang sedang menghidap kanser keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas sebagaimana Jamal dan Osman.

Inilah yang berlaku di Perak.

Selepas berjaya di Perak, pencetus 1Malaysia menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula. Ketika berucap di Kuala Selangor, beliau memberikan penegasan akan merampas kembali Selangor.

Tidak diketahui apakah caranya. Namun, sekurang-kurang seorang (Teoh beng Hock) telah mati di pejabat SPRM Selangor.

SPRM bukan sahaja menjejaki setiap pergerakan Adun dan Exco Selangor bahkan telah menyelongkar setiap sen perbelanjaan yang diperuntukkan kerajaan negeri Selangor kepada mereka.

Menurut Lim Kit Siang, Teoh Beng Hock mati ketika disiasat SPRM ekoran dari perbelanjaan sebanyak RM2,400 oleh Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong iaitu bos kepada Teoh.

Hampir kesemua pemimpin Pakatan marah dengan hal ini. Kenapa perbelanjaan Adun BN sebelum ini yang menghabiskan peruntukan setahun dalam masa tiga bulan sahaja (menjelang pilihan raya Mac 2008) tidak disiasat SPRM?.

Ini telah didedahkan melalui sidang yang dibuat khas oleh Selcat.

Kalau benarlah kedua-dua kes di Perak dan Selangor ini ada kaitan, sahlah rakyat negara akan percaya bahawa slogan sebenar bukannya 1Malaysia tetapi 1Malaysian yang kotor atau 1Dirty Malaysian. - harakahdaily.net

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...