Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 October 2009

Calon bebas: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran


Bakal calon bebas yang tidak kesampaian, Sharudin Abdul Hamid

Sudah menjadi 'trend' bahawa setiap kali Pilihanraya Kecil atau Umum, tidak sah kalau tidak ada calon bebas. Samada calon tersebut ditaja atau saja-saja cari 'glamour'. Apatah lagi UMNO/BN yang berada dalam keadaan yang amat tidak selesa dalam beberapa tahun kebelakangan ini sering dikatakan menaja calon bebas. Betul atau tidak, wallahhualam.

Kebanyakan calon bebas yang ditaja digunakan untuk memecah undi. Sebagai contoh, calon bebas lah diantara penyebab Mat Sabu kecundang di Kuala Trengganu pada PRU 12 Mac 2008. Yang tak sedap nya ialah calon bebas itu ialah seorang nenek berusia 89 tahun. Aku pun hairan, apa rasional nya nenek ini masuk bertanding.

Di PRK Bukit Selambau pula memecah rekod apabila 13 orang bertanding sebagai calon bebas. Apa yang pelik mengapa di Bukit selambau ramai sangat yang ghairah nak bertanding ?. Apa kah tidak mustahil mereka ini ditaja untuk memecah undi Pakatan Rakyat.

Di PRK Penanti, calon bebas Aminah Abdullah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, digunakan untuk merosakkan imej Parti Keadilan dengan isu tawaran RM800,000, siap dengan bukti rakaman audio. Selepas PRK, isu dan tuduhan tersebut senyap sunyi. Aminah sekarang ini mungkin dah kaya raya kot ?!..

Yang terbaru di PRK Bagan Pinang pun pada awal nya calon bebas sudah mewar-warkan kehadiran nya, cuma malang nya calon ini tidak kesampaian. Kasihan sungguh dengan bekas AJK PKR Bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid yang hampa kerana tidak dapat bertanding sebagai calon bebas kerana borang pertandingan tak ada pencadang dan penyokong.

Aku berpendapat bahawa dia ni kena 'kencing' oleh pihak-pihak tertentu yang mahu memecah undi parti lawan. Aku tak nak tuduh parti mana sebab aku hanya buat andaian. berdasarkan dari tindak tanduk Sharudin ini.

Begini..., Kalau Sharudin ini nak bertanding atas inisiatif sendiri, tak kan lah beliau begitu bodoh tidak mahu ambil tahu akan peraturan asas untuk bertanding dalam pilihanraya. Kecuali ada pihak yang pada mula nya menaja beliau dan meyakinkan beliau bahawa semua nya ditanggung beres, tetapi tiba disaat saat akhir membatalkan tajaan. Sebab itu lah agak nya Sharudin ini terpinga-pinga apabila masuk ke dewan pusat penamaan calon. Apa yang mungkin lebih malang lagi kalau-kalau yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula jatuh bertaburan...

Nasib ko la.....

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...