11 October 2009

Kemalangan di Tol Setia Alam jam 1.00 pagi

Lepas zohor petang tadi, pergi kerumah anak saudara (adik Lia) di Putrajaya. Asyik bersembang, sedar-sedar dah tengah malam. Bertolak balik ke Kapar 12.00 tengah malam.

Dari jauh sebelum sampai di Tol Setia Alam, nampak ada banyak cahaya lampu termasuk lampu kenderaan polis. Aku capai kamera yang memang aku bawa dan letak dalam kereta dan 'ready'. Mana lah tahu ada bahan menarik.

Aku cuma agak ada kemalangan kecil sebab kawasan Tol Setia Alam itu tak banyak kereta, tambah pulak waktu malam. Bila sampai dekat, sah ada kemalangan dan aku cuma dapat 2 snap sebab Polis dah jerit suruh jalan. Aku pun hairan jugak, macam mana kereta jenis Audi ini boleh panjat palang tepi touch & go tu?... Pemandu nya mabuk kot...




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...