Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 October 2009

Cukup sampai disini. Kerjasama dengan PAS sudah berakhir - Ibrahim Ali

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu bertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum lalu, sudah berakhir.

Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau kini lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

"Saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, kata Ibrahim, buat masa ini belum ada keperluan baginya menyertai Umno walaupun beliau melihat parti itu semakin kukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya membuat pendirian ini juga sebab saya tidak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri atau kepentingan peribadi dan seumpamanya.

"Saya juga perlu menjaga integriti dan kredibiliti saya sebagai pemimpin Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan dan perlu kekal sebagai anggota Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata Umno tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali ke pangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

Ibrahim berkata beliau gembira melihat Umno sekarang yang sudah menjadi betul-betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik.

"Berbeza pula dengan Pas, bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan nampaknya mereka tidak boleh terima sehingga mendesak saya supaya meletak jawatan dan mengatakan saya tidak mengenang budi," katanya. - Bernama

Aku cuma nak kata:

Mari sini aku nak bagitau secara sepintas lalu lompatan lompatan orang bernama Datuk Ibrahim Ali yang amat terkenal dengan jolokan 'sikatak lompat'.

1.
Dalam tahun tahun 70an beliau adalah ketua pemuda parti BERJASA (Barisan Jamaah Islamiah Malaysia) dan memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada masa itu

2.
Tahun 1978 meninggalkan Parti BERJASA dan melompat menyertai UMNO.


3.
Tahun 1988 beliau melompat meninggalkan pula UMNO untuk bersama sama dengan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 (S46), sebuah parti serpihan UMNO.


4.
Tahun 1994 beliau melompat untuk kembali semula bersama UMNO, tahun 1995 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh Dr.Mahathir Mohamad dan tidak sampai sebulan Parlimen pun di bubarkan,maka tercatitlah dalam sejarah beliau merupakan seorang yang memegang jawatan Timbalan Menteri yang paling singkat.


5.
Pilihanraya Umum 2004, Ibrahim Ali telah bertanding atas tiket bebas di Parlimen Pasir Mas setelah tidak berpuashati dengan tindakan DS Abdullah Ahmad Badawi yang menyebabkan beliau tidak dilantik semula sebagai ketua penaja Umno Bahagian Pasir Mas. Beliau kalah dan
dipecat seumur hidup dari menyertai UMNO.

6. Pada disember 2005, sekali lagi Ibrahim Ali bertanding dalam PRK Pengkalan Pasir atas tiket bebas. Malang nya beliau dan calon PAS tewas kepada calon BN Hanafi Mamat.

7.
Pilihanraya umum 2008, Ibrahim Ali telah bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas dengan menggunakan lambang PAS, walaupaun beliau cuma
anak angkat PAS pada ketika itu. Beliau menang bergaya di Pasir Mas.

Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...