Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 October 2009

Bumbung masjid yang baru setahun digunakan runtuh


BUMBUNG Masjid Kampung Batu Putih, Kertih runtuh dan mengakibatkan tiga buruh Indonesia cedera semalam.

KUALA TERENGGANU – Selepas tiga bulan retak, bumbung Masjid Kampung Batu Putih tiba-tiba runtuh dan menimpa tiga buruh warga Indonesia yang datang untuk membaiki binaan itu di Kemaman, semalam.

Seorang daripada mereka, Marzuki Nordin cedera parah di kepala manakala dua lagi cedera ringan.

Kejadian berlaku pukul 9 pagi ketika ketiga-tiga pekerja dari Aceh itu membaiki bumbung hadapan masjid itu yang siap dibina tahun lalu dengan kos RM2.1 juta.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga mangsa dihempap hampir keseluruhan bahagian bumbung hadapan masjid itu ketika baru memulakan kerja. - www.kosmo.com.my


Aku cuma nak kata:

Apa hal kat Terengganu ni ?. Banyak sangat benda yang runtuh dan retak. Sebelum ini sudah pun ada kes bumbung sekolah runtuh, bumbung stadium runtuh, kolam renang retak dan bocor .

Terbaru ini pula bumbung masjid pula runtuh. Kalau masjid itu dah berumur 100 tahun, aku tak kisah lah juga, tapi ini baru digunakan 1 tahun dan bumbung dah runtuh. Bagaimana kalau lagi lama, mungkin bangunan pulak roboh. Tak pasti lah pulak sama ada masjid ini dibina era Datuk Idris Jusoh atau Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Mungkin badan badan seperti SPRM boleh lah masuk menyiasat. Jangan lah bila libatkan Pakatan Rakyat saja SPRM macam lipas kudung datang menyiasat sampaikan ada yang mati.

Toksah banyak cerita lah. Angin tak ada, ribut tak ada dan gempa pun tak ada, tiba-tiba runtuh. Kalau tak ada penyelewengan semasa membina masjid ini, tak kan boleh runtuh. Nak bina bangunan mesti ada arkitek, jurutera perunding, kelulusan itu dan ini. Setelah siap, perlu disahkan selamat, baru boleh diguna atau diduduki. Apa ?, ingat rakyat macam aku ni bebal sangat ke. Kecuali lah kalau ada orang nak sabotaj, itu lain cerita.

Kalau dilihat dari senario yang berlaku, tidak mustahil dimasa masa akan datang akan ada banyak lagi benda benda yang runtuh dan roboh. Berhati hati lah....

Dibawah ini pula berita dari Berita Harian online:
CHUKAI: Keseluruhan bumbung Masjid Kampung Batu Putih di Kerteh yang baru digunakan kira-kira setahun lalu, runtuh jam 9 pagi tadi.


Runtuhan bumbung masjid itu menyebabkan seorang cedera dan satu majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung jam 10 pagi di masjid itu terpaksa dipindahkan ke lokasi lain.

Cuba bayangkan kalau bumbung masjid itu runtuh semasa majlis pernikahan sedang berlangsung. Mau ada yang tak sempat menjadi pengantin baru.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...