Toyota Alphard model 2009 - Mungkin model ini sebab harga pun RM600 ribu. Kalau model lama, rasa nya harga nya dah murah.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan ‘hadiah’ kereta dari syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lamaweb Malaysia Today pada 14 Oktober lalu.
Artikel tersebut- ‘To The Health Minister YB Dato Liow’ – mendakwa isteri Liow – Lee Su Loo – dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.
Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.
ACSB juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta berkenaan dengan mendepositkan kira-kira RM5,000 setiap bulan ke dalam satu akaun simpanan di Public Bank (nombor akaun 4487469902).
Artikel tersebut mendakwa Axis Construction merupakan firma binaan yang tersenarai dalam senarai penerima kontrak dari kementerian kesihatan. - Malaysiakini

Aku cuma nak kata:
Kadang kadang macam tak percaya. Di tengah tengah krisis kepimpinan yang melanda MCA, tiba tiba keluar pula isu 'hadiah' ini. Ada kah ia nya secara kebetulan ?. Pada hal hadiah berkenaan diberi pada January 2009. Mengapa isu tersebut tak keluar masa itu ?. Mungkin orang belum tahu atau krisis MCA belum memuncak.
Apabila krisis kepimpinan MCA semakin kusut, Liow Tiong Lai dilihat menjadi harapan untuk menerajui MCA menggantikan Ong Tee Keat dan sudah pasti lah Ong tidak akan menyerah dengan mudah. Isu 'hadiah' ini sedikit sebanyak akan membuatkan Liow yang kelihatan bersih menjadi sedikit kotor.
Sekian

Dalam Utusan online SPRM menyatakan akan menyiasat dakwaan tersebut. Namun begitu didalam BN dan kepimpinan 1 Malaysia, macam macam kemungkinan boleh berlaku. Aku tidak mahu mengandaikan apa apa, cuma...katakan lah 'hadiah' itu diberikan kepada isteri Anwar Ibrahim, isteri Lim Kit Siang, isteri Hadi Awang atau isteri sesiapa sahaja dalam Pakatan Rakyat, sepantas kilat pegawai polis dan SPRM tercogok depan pintu datang untuk membuat siasatan.
Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
1 comment:
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!
Post a Comment