Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

01 October 2009

Port Dickson, Bandar Tentera Darat : Apa ada disebalik batu?. udang atau ketam ?.


YAB Dato' Seri Najib Tun Razak menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson pada 29 Sept. 2009. Pada majlis ini juga, beliau mengistiharkan Bandar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Bukti jasa tentera dihargai

PORT DICKSON: Keputusan kerajaan mengisytiharkan bandar peranginan di sini sebagai Bandar Tentera Darat membuktikan pengorbanan dan jasa anggota tentera mendapat pengiktirafan yang tinggi.

Keputusan itu juga dilihat sejajar dengan sejarah Tentera Darat yang diasaskan di sini, sekali gus mengingatkan rakyat mengenai hubungan erat antara Port Dickson dan Tentera Darat.

Kebanyakan anggota Tentera Darat yang ditemui mengalu-alukan pengumuman itu, yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika majlis jamuan Aidilfitri Tentera Darat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, kelmarin.

Anggota tentera, Rosli Saari, 39, berkata pengumuman itu amat tepat memandangkan sebahagian penduduk bandar ini adalah anggota tentera dan keluarga mereka.

“Kami menyambut baik pengumuman menjadikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Walaupun pada awalnya berasa agak janggal, tetapi kami amat bangga.

“Selain anggota tentera dan keluarga, ramai pesara tentera tinggal di bandar ini. Malah, saya berani kata Port Dickson adalah antara bandar di negara ini yang mempunyai penempatan anggota tentera paling ramai," katanya.

Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan yang dikunjungi ramai anggota tentera di sini, mendapati pengisytiharan itu diperkatakan dengan meluas dan dibincangkan hingga ke kedai kopi.

Rakan Rosli, Erwan Othman, 28, berkata Port Dickson sudah lama dikenali sebagai bandar tentera sejak sebelum kemerdekaan dan pengisytiharan itu mengesahkan status itu.

Katanya, kini identiti Port Dickson boleh dipromosikan sebagai bandar peranginan dan Bandar Tentera Darat untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan, terutama anggota tentera.

“Anggota tentera berterima kasih kepada kerajaan kerana mengiktiraf bandar ini sebagai Bandar Tentera Darat, tetapi saya mencadangkan kepada kerajaan supaya memastikan pengisiannya dilakukan dengan rapi dengan mewujudkan sesuatu projek yang boleh menyerlahkan identiti itu,” katanya.

Setakat ini, katanya, antara identiti yang boleh dibanggakan ialah Muzium Tentera Darat dan lebih banyak projek begitu perlu diwujudkan.

Sementara itu, Noor Azman Ismail, 26, berkata pemilihan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat amat wajar memandangkan bandar ini cukup sinonim dengan Tentera Darat seperti Lumut di Perak yang diiktiraf sebagai Bandar Tentera Laut.

Pesara Tentera Darat, Bahari Latib, 53, terharu dengan pengumuman itu kerana membuktikan kerajaan amat menghargai jasa Tentera Darat yang yang selama ini menjadi tunjang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memastikan keamanan negara terpelihara.

“Saya sebenarnya lebih suka jika Port Dickson dinamakan sebagai Bandar Pahlawan, namun tidak ada masalah dengan nama yang dipilih ini. Saya amat menghargainya,” katanya. - Berita Harian Online

Aku cuma nak kata:
Ye lah tu....... Ada yang kata tepat pada waktu nya lah. Macam pernah dengar saja ayat itu. Ada juga yang berasa agak janggal dan ada yang terharu diatas pengumuman menjadikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Wartawan tanya warga tentera, memang lah mereka seronok dan bangga. Dapat makan 'free' lagi.

Aku cuma nak tanya sikit saja.

  1. Kalau wakil rakyat Bagan Pinang tidak meninggal dunia, ada atau tidak pilihan raya kecil ?. Tak ada kan?.... Kalau tak ada PRK, adakah Perdana Menteri DS Najib nak umum Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat ?. Jangan harap !......
  2. Nanti kalau wakil rakyat di kawasan yang ramai tentera udara meninggal dunia, adakah DS Najib akan isytihar Bandar Tentera Udara pulak ?.
  3. Bagaimana kalau nasib tak baik dan BN kalah di Bagan Pinang ?. Adakah warga tentera akan dikata tidak mengenang budi. Harap jangan lah tarik balik pengisytiharan tersebut.
Kesimpulan nya, tak payah cakap pun semua orang tahu bahawa pengumuman itu 'ada udang disebalik batu'. Kalau tidak ada kematian ADUN Bagan Pinang tempohari, pemimpin negara bukan peduli sangat pun dengan keadaan tentera darat di Port Dickson. Keperihatinan yang lebih ini adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh parti yang memerintah dalam mana mana PRK sebelum ini. Lagi kuat lawan nya lagi prihatin dan macam macam akan ditawarkan. Oh..ye..lupa plak !...projek mee segera tak ada ke di Bagan Pinang ?

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...