Tan Sri Isa Samad mengangkat tangan dengan diapit oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamad Hassan sebaik diumumkan menang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang
Keputusan PRK Bagan Pinang telah pun diketahui. Calun BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad berjaya mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti 5,435 undi. Tan Sri Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. Tahniah diucapkan kepada yang menang. Yang kalah tidak perlu berputus asa. Kalah tidak bermakna rebah.
Apa yang dapat aku simpulkan dari keputusan tersebut bahawa status-quo dalam mengekalkan sokongan untuk kedua dua PR dan BN adalah masih sama dan seimbang. Makna nya kerusi PR masih dimenangi oleh PR dan kerusi BN dimenangi oleh BN, kecuali Kuala Terengganu saja kerusi BN yang berjaya dirampas oleh PR. Kepada penyokong PR usahlah bersedih dan janganlah cari kesalahan orang lain. Banyak faktor menyebabkan PAS kalah agak teruk dan banyak faktor juga BN menang selesa. Selepas ini PR/PAS terpaksa membuat post-mortem. Antara yang perlu dilihat dan diteliti:
1. PAS kalah di semua 19 peti undi sedangkan pada pilihanraya yang lepas PAS memenangi 5 daripada nya. Mengapa boleh jadi begitu ?
2. Dari lapuran laman-laman web menyatakan undi kaum India telah 'swing' kepada BN. Kalau betul, mengapa ?. Adakah penubuhan Makkal Sakhti antara penyebab nya atau apa ?.
3. Undi POS. Mengapa apabila ada pilihanraya dan kebetulan banyak undi pos, baru PR nak bising mintak itu dan ini ?. Kalau undi pos tak banyak macam di Permatang Pasir, PR diam aje. Apakah PR fikir SPR akan melayan sebarang permintaan pada waktu begitu ?. Tidak kah PR tahu bahawa SPR adalah pengadil yang bias kepada BN. Mengapa desakan menghapuskan atau membaiki agar lebih telus tidak dibuat berterusan walaupun selepas pilihanraya ?.
4. Strategi perang saraf atau perang psikologi. Aku berpendapat yang PR terlalu mengikut rentak BN. Dulu BN menggunakan serangan ini melalui berbagai cara yang akhir nya 'back-fire' mereka semula. Sekarang PR pula buat begitu, malah aku perhatikan PR pun terlalu 'over'dan berlebihan. PR perlu strategi Perang Psikologi tapi berpada pada, jangan sampai 'overkill'.
Dengan kemenangan TS Isa membuktikan bahawa perut lebih penting dari prinsip, walau pun mereka tahu yang perut mereka hanya akan kenyang sekejap. Selepas ini nanti mereka ini jugak lah yang akan bising bila perut lapar kembali. Itu lah taktik BN dan ia berjaya. Tahniah sekali lagi buat Tan Sri Isa Samad.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!2. Dari lapuran laman-laman web menyatakan undi kaum India telah 'swing' kepada BN. Kalau betul, mengapa ?. Adakah penubuhan Makkal Sakhti antara penyebab nya atau apa ?.
3. Undi POS. Mengapa apabila ada pilihanraya dan kebetulan banyak undi pos, baru PR nak bising mintak itu dan ini ?. Kalau undi pos tak banyak macam di Permatang Pasir, PR diam aje. Apakah PR fikir SPR akan melayan sebarang permintaan pada waktu begitu ?. Tidak kah PR tahu bahawa SPR adalah pengadil yang bias kepada BN. Mengapa desakan menghapuskan atau membaiki agar lebih telus tidak dibuat berterusan walaupun selepas pilihanraya ?.
4. Strategi perang saraf atau perang psikologi. Aku berpendapat yang PR terlalu mengikut rentak BN. Dulu BN menggunakan serangan ini melalui berbagai cara yang akhir nya 'back-fire' mereka semula. Sekarang PR pula buat begitu, malah aku perhatikan PR pun terlalu 'over'dan berlebihan. PR perlu strategi Perang Psikologi tapi berpada pada, jangan sampai 'overkill'.
Dengan kemenangan TS Isa membuktikan bahawa perut lebih penting dari prinsip, walau pun mereka tahu yang perut mereka hanya akan kenyang sekejap. Selepas ini nanti mereka ini jugak lah yang akan bising bila perut lapar kembali. Itu lah taktik BN dan ia berjaya. Tahniah sekali lagi buat Tan Sri Isa Samad.
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment