Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 October 2009

Harga rokok naik lagi. Bila nak berhenti ?


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Perokok-perokok kini terpaksa membayar lebih bagi sekotak rokok apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga sebatang rokok kepada 1 sen sebatang berkuat kuasa hari ini.

Berikutan pengumuman kenaikan cukai eksais dikuatkuasakan oleh kerajaan pada minggu lalu, semua perokok akan mula membayar berdasarkan harga baru.

British American Tobacco (BAT) dalam kenyataannya di sini berkata, syarikat itu akan mula menjual semua produk keluarannya bermula hari ini.

Antara harga rokok yang dinaikkan ialah Dunhill Fine Cut 20 RM10 sekotak, Dunhill 20 (RM9.30), Dunhill 14 (RM6.90), Kent 20 (RM9.30) dan Kent 14 (RM6.90)

Jenama rokok lain yang turut dinaikkan ialah Pall Mall Plain 20 (RM9.70), Pall Mall 20 (RM7.80), Pall Mall 18 (RM7.00), Pall Mall 14 (RM5.80), Pall Mall 25 (RM9.70).

Manakala Benson & Hedges 20 (RM9.30) dan Benson & Hedges 14 (RM6.90) - www.utusan.com.my

Aku cuma nak kata:
Alhamdulillah, dah 83 minggu (hampir 2 tahun) aku terlepas dari tabiat merokok. Sebelum itu aku boleh dikategorikan sebagai perokok tegar. Sehari 30 batang, 2 hari jadi 60 batang iaitu bersamaan 3 kotak. Dulu dulu hisap rokok Benson, tapi kemudian tukar rokok murah bila harga rokok mula naik dan terus naik. Kali terakhir aku merokok, harga rokok Benson 20 RM8.20 dan rokok Winston 20 yang aku hisap RM6.70. Statistik aku berhenti merokok ada dibahagian bawah sekali dalam blog aku ini.

Kepada yang masih merokok terpulang lah pada diri masing masing. Kalau boleh, cuba lah berhenti. Orang selalu kaitkan perokok dengan masaalah kesihatan seperti apa yang dicetak dikotak rokok. Aku tak berapa setuju kaitan itu walau pun ia nya mungkin benar. Aku lebih suka kaitkan ia nya dengan pembaziran kerana harga nya semakin hari semakin mahal. Kalau kita berhenti merokok, wang itu boleh lah kita selitkan ketempat lain yang lompang.


Contoh nya masa hisap rokok, makan nasi beras murah, ikan pun ikan murah. Bila dah berhenti merokok, makan lah nasi guna beras mahal sikit, ikan pun ikan mahal sikit. Apa salah nya. Untuk diri dan keluarga kita jugak kan.


Lagi satu, kalau masa hisap rokok, isi minyak kereta pakai RON95. Bila dah berhenti merokok, isi lah minyak Ron97 atau Ron98 (V-Power). Contoh yang aku bagi ni nampak macam bodoh, tapi ada logik nya.

Lain lah kalau memang duit tak habis pakai, teruskan lah merokok.....


Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...