Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 October 2009

Tiada nama bertindih di Bagan Pinang. Siapa berbohong, PAS atau SPR ?

PUTRAJAYA 8 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa tidak wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata hasil semakan yang dibuat SPR hari ini mendapati tidak wujud penggandaan nama di kawasan itu seperti yang ditimbulkan PAS.

"Kita beri jaminan setelah semakan dibuat hari ini, tidak wujud penggandaan nama di DUN Bagan Pinang yang akan menghadapi pilihan raya kecil. Ini bermakna kerisauan tidak berbangkit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai uraura PAS yang ingin memohon perintah injunksi bagi menghalang 253 pengundi pos di Bagan Pinang yang mempunyai pertindihan nama di kawasan lain daripada mengundi bagi pilihan raya kecil itu hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahliahli SPR lain di ibu pejabat SPR di sini.

Wan Ahmad berkata dalam pertemuan itu, PAS turut menyerahkan senarai nama yang didakwa bertindih.

Beliau berkata SPR juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh senarai daftar pemilih bagi memastikan tidak berlaku penggandaan nama, yang mungkin berlaku apabila anggota tentera mendaftar sebagai pemilih awam sebelum menyertai perkhidmatan itu.

Sementara itu, Mustafa berkata permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi itu akan mengambilkira daripada segi praktikalitinya memandangkan undi pos akan dijalankan hari ini.

"Kesannya daripada ini, kita akan lihat. Saya akan bincang dengan peguam lagilah," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil itu, beliau berkata: "Kita belum tahu lagi. Kita tengok suasana dan keadaan. Kita akan bincang apa tindakan selanjutnya." - Bernama

Aku cuma nak kata:
Semalam PAS mendakwa ada banyak nama berganda atau berulang dalam daftar pemilih. Hari ini SPR seperti kenyataan akhbar diatas, menafikan nya sama sekali. Kemelut dan dakwa dakwi ini akan berulang setiap kali apabila ada pilihan raya.

Sedikit waktu dulu SPR sudah bersetuju untuk menggunakan kaedah celup dakwat selepas membuang undi tetapi membatalkan nya pada saat saat akhir. Alasan yang diberi oleh SPR adalah amat tidak munasabah.
Dakwat Khas ini telah banyak digunakan di negara lain seperti India, Indonesia, Afghanistan, Iran dan banyak lagi. Sekurang kurang nya dengan menggunakan dakwat khas ini dapat mengelakkan pengundi dari mengundi sebanyak 2 kali atau lebih. SPR juga akan dilihat lebih telus jika dakwat khas ini digunakan kerana satu ruang untuk menipu telah ditutup. Pihak PAS dan Pakatan Rakyat yang selalu mendakwa nama bertindih, undi 2 kali dan pengundi hantu, tentu tidak boleh mendakwa begitu lagi.

Persoalan nya mengapa SPR berdolak dalik dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan dakwat khas ini ?. Apa kah SPR cuba untuk memberi 'ruang bonus' atau 'plan B' sesuatu pihak?.
Akhir kata, selagi ruang ruang untuk menipu tidak dikurangkan atau diperbaiki, selagi itu lah SPR akan terus dipertikaikan dan dipandang serong oleh rakyat.

Sekian


Seorang wanita Iran yang tinggal di India dan mengundi di Kedutaan Republik Islam Iran menunjukkan jari nya yang dicelup dakwat khas pada pilihan raya Presiden 12 Jun 2009


Di Indonesia, seorang pengundi wanita mencelup jari kedalam botol dakwat khas di pusat pengundian di Jakarta dalam Pilihan raya presiden pada 8 July 2009


Pengundi wanita Afghanistan semasa pilihan raya presiden 20 Ogos 2009

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...