LUMUT 9 Okt: Kapal pengangkut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Sri Inderapura yang terbakar di sini awal pagi semalam, terbakar buat kali kedua kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Tinjauan kira-kira jam 11.30 pagi mendapati kerja-kerja memadamkan api sedang giat dijalankan apabila kapal itu ditarik keluar kira-kira 200 meter dari jeti pangkalan TLDM bagi memudahkan kerja memadamkan api dijalankan.
Bagaimanapun, KD Sri Inderapura sekali lagi ditunda ke tengah laut kira-kira jam 12.30 tengah hari iaitu lebih kurang tiga batu nautika dari jeti pangkalan TLDM bagi memudahkan kerja memadamkan api selain bertujuan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sehingga jam 5 petang, KD Sri Inderapura masih lagi terbakar dengan usaha memadamkan diteruskan dengan beberapa bot milik TLDM berada berhampiran KD Sri Inderapura bagi memantau perkembangan kapal berkenaan.
Mengulas kejadian itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia mungkin berpunca daripada serpihan bara api yang masih belum padam selepas kejadian pagi kelmarin.
Kebakaran itu tidak dapat dielakkan kerana kapal itu berusia lebih 40 tahun. Ia mungkin berpunca daripada litar pintas dan berlaku kerosakan dari segi teknikal.
Siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran dijangka mengambil masa lebih sebulan kerana kita memerlukan laporan terperinci Jabatan Teknikal TLDM, Jabatan Kimia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah kawasan Perak Selatan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh semalam.
Ahmad Zahid berkata, kebakaran yang berlaku kelmarin dan semalam adalah lebih teruk daripada kejadian pada 2002.
Katanya, kos membaik pulih kerosakan itu dijangka lebih mahal kerana kos baik pulih kali pertama selepas kebakaran pada 2002 membabitkan perbelanjaan RM36.8 juta.
Saya menunggu laporan daripada lembaga penyiasatan jika kerosakan itu boleh dibaik pulih dengan harga munasabah, ia akan dibaiki dan jika kos baik pulih terlalu mahal kita akan membuat keputusan membeli kapal baru
Kita bernasib baik kerana kebakaran kapal yang ditauliahkan pada 16 Disember 1994 itu berlaku di pangkalan TLDM, sekiranya berlaku dalam pelayaran tentu keadaannya menjadi lebih sukar, katanya. - Berita Harian online
Aku cuma nak kata:Tinjauan kira-kira jam 11.30 pagi mendapati kerja-kerja memadamkan api sedang giat dijalankan apabila kapal itu ditarik keluar kira-kira 200 meter dari jeti pangkalan TLDM bagi memudahkan kerja memadamkan api dijalankan.
Bagaimanapun, KD Sri Inderapura sekali lagi ditunda ke tengah laut kira-kira jam 12.30 tengah hari iaitu lebih kurang tiga batu nautika dari jeti pangkalan TLDM bagi memudahkan kerja memadamkan api selain bertujuan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sehingga jam 5 petang, KD Sri Inderapura masih lagi terbakar dengan usaha memadamkan diteruskan dengan beberapa bot milik TLDM berada berhampiran KD Sri Inderapura bagi memantau perkembangan kapal berkenaan.
Mengulas kejadian itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia mungkin berpunca daripada serpihan bara api yang masih belum padam selepas kejadian pagi kelmarin.
Kebakaran itu tidak dapat dielakkan kerana kapal itu berusia lebih 40 tahun. Ia mungkin berpunca daripada litar pintas dan berlaku kerosakan dari segi teknikal.
Siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran dijangka mengambil masa lebih sebulan kerana kita memerlukan laporan terperinci Jabatan Teknikal TLDM, Jabatan Kimia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah kawasan Perak Selatan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh semalam.
Ahmad Zahid berkata, kebakaran yang berlaku kelmarin dan semalam adalah lebih teruk daripada kejadian pada 2002.
Katanya, kos membaik pulih kerosakan itu dijangka lebih mahal kerana kos baik pulih kali pertama selepas kebakaran pada 2002 membabitkan perbelanjaan RM36.8 juta.
Saya menunggu laporan daripada lembaga penyiasatan jika kerosakan itu boleh dibaik pulih dengan harga munasabah, ia akan dibaiki dan jika kos baik pulih terlalu mahal kita akan membuat keputusan membeli kapal baru
Kita bernasib baik kerana kebakaran kapal yang ditauliahkan pada 16 Disember 1994 itu berlaku di pangkalan TLDM, sekiranya berlaku dalam pelayaran tentu keadaannya menjadi lebih sukar, katanya. - Berita Harian online
1. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebakaran kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam itu disebabkan oleh bara api yang masih tertinggal. Apa yang aku nak pertikaikan ialah bagaimana prosidur bila berlaku kebakaran lebih lebih lagi melibatkan kelengkapan ketenteraan?. Apa kah prosidur nya terlalu longgar atau memang jenis 'tak kisah'?.
Pengalaman aku masa kebakaran di Power Plant tempat aku bertugas tempohari dimana selepas kebakaran dipadamkan, pihak Bomba tunggusedia (stand-by) selama 24 jam. Kemudian diambil alih oleh pihak Stesen untuk memantau jika ada kebakaran baru. Emergency Respond Team (ERT) juga dalam keadaan berjaga-jaga. Bagaimana Kapal tentera boleh terbakar 2 kali dalam tempoh 24 jam. Sepatut nya kebakaran kedua itu dapat dipadamkan dari awal lagi jika pemantauan dan 'stand-by' dilakukan.
2. Umur kapal lebih kurang 40 tahun (dibina pada 1970). Ditauliahkan pada 1994. Bermakna kapal tersebut baru diguna sekitar 15 tahun oleh TLDM. Pada pendapat aku kapal itu adalah kapal terpakai. Tuan punya asal dah guna 25 tahun, baru lah kita beli. Betul atau tidak, wallahualam!.
Stesen Janaelektrik (Power Plant) mempunyai jangka hayat antara 25 hingga 35 tahun. Selepas itu sama ada kena buat 'Rehabilitation' atau jual sebagai besi buruk dan kemudian buat baru. Kapal yang terbakar ini, aku tak tahu yang mana satu?.....
3. Kos baik pulih selepas kebakaran pada 2002 berjumlah RM36.8 juta. Kebakaran yang berlaku semalam dan kelmarin lebih teruk dari kebakaran 2002. Kalau dah 2002 pun RM36.8 juta, sekarang tahun 2009 agak agak nya berapa juta. Aku rasa mahu cecah RM100 juta. Baik beli baru saja.
Beli baru... bukan nya baru beli tau !!.Contoh ayat: Kapal ini Kerajaan Malaysia beli baru bukan terpakai dan satu lagi Kapal terpakai ini Kerajaan Malaysia baru beli. Dua ayat hampir sama tetapi makna yang jauh berbeza. Fikir-fikirkan lah....
Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!Beli baru... bukan nya baru beli tau !!.Contoh ayat: Kapal ini Kerajaan Malaysia beli baru bukan terpakai dan satu lagi Kapal terpakai ini Kerajaan Malaysia baru beli. Dua ayat hampir sama tetapi makna yang jauh berbeza. Fikir-fikirkan lah....
Sekian
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment