Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

20 November 2009

Johor beri air percuma, 1 pengiktirafan untuk Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

SHAH ALAM 20NOV: Tidak sampai dua tahun mentadbir Kerajaan Negeri Selangor, pentadbiran Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi mendapat pengiktirafan.

Ironinya kali ini, pengiktirafan berkenaan diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Barisan Nasional yang ternyata cuba menggunapakai pendekatan pemberian air percuma kepada rakyat oleh Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari menyambut baik tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan menggapnya sebagai satu pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Selangor walaupun Barisan Nasional berulang kali menafikan kebaikan langkah berkenaan.

“Idea ini tidak pernah keluar ataupun tidak pernah timbul sebelum kerajaan negeri memberi air 20 meter padu pada rakyat. Bagi saya ia perkara tidak jujurlah, tiru tapi tidak mahu mengaku perkara itu sesuatu yang baik. Bagi saya, saya alu-alukan sebab ini satu pengkiktirafan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman Ghani Othman ketika membentangkan Bajet Johor 2010 pada persidangan DUN di Nusajaya semalam bahawa Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan skim pemberian rebat kepada keluarga miskin tegar dan miskin bagi meringankan beban golongan berkenaan.

Ghani berkata golongan miskin tegar akan menerima rebat bil air sehingga 20 meter padu pertama atau RM12 manakalan keluarga miskin pula akan menerima rebat sehingga 10 meter padu pertama atau RM4.

Sementara itu, ADUN Subanga Jaya, Hannah Yeoh berkata tindakan berkenaan memperlihatkan kerajaan Barisan Nasional mula mengakui pemberian air percuma secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat.

“Ini adalah satu inisiatif di mana kerajaan Barisan Nasional telah nampak ini adalah satu langkah yang membina untuk membantu mereka khasnya rakyat biasa disebabkan tanggungang hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata tindakan Ghani ini juga merupakan satu penafian terhadap dakwaan pembangkang di Selangor bahawa program pemberian airt ini tidak dapat membantu rakyat.

“Ini juga merupakan satu penafian terhadap cabaran daripada ADUN pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor yang mereka mengatakan langkah ini sebagai tidak membantu rakyat.

“Tapi hari ini kita lihat kerajaan yang ditadbir Barisan Nasional sendiri telah menggunakan cara yang sama dengan Pakaran Rakyat dan saya yakin ini merupakan satu langkah yang bagus dan baik untuk rakyat,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta kerajaan pusat mempercepatkan usaha rundingan berkaitan pengambilan semula urus tadbir air yang dibuat Kerajaan Selangor.

“Sekarang yang lebih kita utamakan untuk Selangor kita mahu supaya pentadbiran industri air dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk memastikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat di Selangor,” katanya.- www.selangorkini.com.my



Aku cuma nak kata:
Alhamdulillah !!!. Akhir nya apa yang dibuat oleh PR untuk mengurangkan beban rakyat mula diikuti oleh negeri yang paling sinonim dengan UMNO. Walau pun pemberian air percuma itu hanya untuk rakyat miskin tegar dan miskin dan tidak melibatkan keseluruhan rakyat Johor, langkah itu aku kira sudah memadai buat masa ini.

Aku teringat masa Kerajaan Selangor mahu memberi air percuma pada seluruh rakyat Selangor dahulu, Kerajaan negeri dihentam dan dituduh macam-macam termasuk lah tuduhan pemberian air percuma itu satu rasuah kepada rakyat. Kalau tak silap, yang banyak menghentam adalah Ahli Parlimen Batu Pahat (maaf jika salah). Sekarang ini bila Kerajaan Johor nak bagi air percuma, aku nak dengar ada kah dia nak hentam jugak.

Kerajaan Johor sudah tentu tak nak mengaku meniru atau mengikut jejak langkah Kerajaan Selangor. Malu lah, tapi itu lah hakikat sebenar. Sebenar nya ada banyak benda yang kerajaan BN sama ada di Pusat atau Negeri tiru apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri PR. Antara contoh nya seperti waktu kerja 5 hari seminggu dan cuti bersalin dari 40 ke 60 hari.

Syabas Kerajaan Selangor dan Johor. Yang lain bila lagi ???... Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...