Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 November 2009

DUN Kota Siputeh: Rayuan SPR tunjuk wajah sebenar mereka


ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif (dua dari kiri) ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Turut hadir bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Sudah sah bahawa SPR adalah bias kepada BN. Kalau dahulu tindakan yang dibuat oleh SPR secara sembunyi sembunyi, tetapi sekarang tanpa ada rasa malu, SPR bertindak secara terang-terang menyebelahi pihak BN. Tanpa selindung selindung. Apa kamu semua boleh buat ?. Mungkin itu lah yang mereka di SPR kata.

Apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong, SPR terus buat rayuan untuk menangguhkan keputusan itu. Mengapa SPR tak minta mahkamah batal kan saja keputusan tersebut ?. Rayuan ke Mahkamah Tinggi itu juga ditolak. Kini SPR merayu pada Mahkamah Rayuan pula. Aku amat berharap agar Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan SPR tersebut walaupun sebenar nya aku bimbang ia nya akan jadi seperti kes perebutan Menteri Besar Perak.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan berharap Mahkamah Rayuan membuat keputusan menyebelahi SPR.

Mengapa baru sekarang banyak berlaku kes yang pelik pelik dalam Pilihan raya ?. Sebab nya ialah sekarang BN asyik kalah dalam PRK, selepas kalah teruk pada PRU12 lepas. Sebelum ini tidak ada 1 pun PRK yang pembangkang menang. Semua nya dimenangi oleh BN. Dalam PRU pula BN dapat mengekalkan 2/3 majoriti sehinggalah PRU12, BN cuma dapat majoriti mudah saja. Bermula dari itu lah berbagai bagai perkara pelik dan tak masuk akal muncul. Aku tak tahu lah apa akan jadi kalau BN kalah total di peringkat persekutuan pada PRU13 nanti ?.

Berikut ialah berita dari MStar:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan yang tinggi kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan mereka esok berhubung kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang diisytiharkan kosong.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihak nya berharap Mahkamah Rayuan akan meneliti kes ini dengan sebaik mungkin kerana ia pertama kali berlaku di negara ini.

"Kita berharap Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kita dan buat keputusan yang memihak kepada kita.

"Harapan kita agar panel hakim akan meneliti kes ini secara rapi kerana kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia... sangat penting bagi rujukan pada masa-masa akan datang," kata kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan SPR untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.

Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR berharap Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan dengan segera berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh kerana pihaknya hanya mempunyai masa kurang sehari bagi mengeluarkan writ untuk memanggil pilihan raya.

"Kita jangkakan keputusan akan diketahui esok memandangkan kes ini perlu disegerakan sebab jika keputusan Mahkamah Rayuan esok menolak lagi rayuan SPR, maka tempoh yang tinggal untuk SPR menetapkan tarikh-tarikh bagi mengadakan pilihan raya hanya tinggal satu hari iaitu tidak lewat dari 25 haribulan (Rabu).

"Jadi itulah tempoh yang ada kepada kita jika dikira keputusan Mahkamah Tinggi yang isytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong pada 16 haribulan lalu," katanya.

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, writ perlu dikeluarkan dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh kekosongan.

Pada 16 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Ditanya sama ada SPR bersedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat esok, Wan Ahmad berkata: "SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Tapi bagaimanapun kita masih mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam kes ini... esok adalah hari yang cukup penting bagi SPR."

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...