TERKINI @ 05:02:48 PM 03-08-2010
August 03, 2010
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan ketika dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.
Kereta dipandu Abdul Aziz, wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya pagi ini.
Polis juga menemui pistol .38 dalam kereta itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.
Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa ditembak di bahagian kepala.
Tembakan dipercayai datang dari dalam kereta yang mereka naiki. “Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.
Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.
Katanya polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta Abdul Aziz.
Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - THE MALAYSIAN INSIDER
Lagi Gambar:
Bekas Adun, Dato Abdul Aziz Mohd Nor dan Pembantu Peribadi Mati Ditembak
Updated
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Polis tidak menolak kemungkinan kematian bekas wakil rakyat Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat di sini pagi ini akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.
Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.
Khalid berkata hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.
Ketika dihubungi Bernama, Khalid berkata kereta jenis Toyota Caldina berwarna putih itu dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz.
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang yang berusia 64 tahun itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.
Kereta tersebut terbabas dari bahagian kiri ke bahagian kanan jalan.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
Abdul Aziz, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.
Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. — Bernama
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
No comments:
Post a Comment