Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 August 2010

Peranan PR/PAS & KASE, Senarai hitam saman ekor ditarik balik



Atas desakan dan kesalahan/kesilapan yang makin terserlah oleh pihak kerajaan, polis dan JPJ, akhir nya kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan. (baca sini)

Syabas dan tahniah kepada PR/PAS serta Jawatankuasa Bertindak kempen anti saman ekor (KASE) dan kepada semua yang terlibat dalam usaha mengetengah kan isu ini bersungguh sungguh. Kalau tidak dengan peranan mereka mereka ini, rasa rasa nya pihak kerajaan, polis dan JPJ sudah tentu tidak akan memperdulikan suara suara rakyat yang memprotes.

Nampak gaya nya apa yang cuba diperjuangkan oleh PR/PAS dalam isu saman ekor semakin membuah kan hasil. Walau pun hanya menarik balik senarai hitam secara sementara, itu sudah cukup membuktikan bahawa pihak kerajaan, polis dan JPJ memang melakukan kesalahan. Kalau rakyat diam, mereka buat tak tau saja.

Satu lagi, selalu kita dengar orang kata, menteri pun ada kata, orang UMNO/BN apa tah lagi. Mereka kata "apa yang PAS buat selain dari asyik membangkang saja". Ini nak bagi tau bahawa penarikan tersebut adalah hasil sumbangan PAS. Mana orang nak tahu, dalam TV nak pernah cerita, dalam surat kabar pun tak cerita, dalam radio haram tak de tapi bila PAS buat kecoh...., haaaa..yang ini berbulan bulan diaorang putaq ligat dalam semua media.

Lepas ini apa yang PR/PAS & Jawatankuasa Bertindak kempen anti saman ekor (KASE) perlu buat ialah memberikan tekanan kepada kerajaan supaya memansuhkan terus saman ekor yang terang terang mengainaya pengguna jalanraya. Nanti ada orang bodoh dan bahlol cakap dah buat salah mesti lah kena saman. Aku kata memang lah kena saman tetapi bukan saman ekor tapi saman berdepan. Tembak kamera laser had laju dan lepas itu tahan pemandu yang melanggar hadlaju itu dihadapan. Dulu boleh buat, apasal sekarang tak boleh atau memang malas nak buat kerja.

Sekian

Artikel berkaitan:


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...