Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 August 2010

Kerajaan Negeri P.Pinang bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan awam nya.



Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng diatas keprihatinan membayar bonus RM400 kepada kakitangan awam kerajaan negeri sempena menyambut hariraya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi.

Walau pun tak sebanyak mana tetapi cukup bererti dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

Bagaimana pula dengan kerajaan di lain lain negeri terutama nya negeri negeri yang dikuasai oleh BN ?. Aku tanya sebab mereka ini, sikit sikit tak main la....kurang kurang pun RM1000, baru lah mereka nak bagi bonus. Kalau tak, baik tak payah bagi.

Teringat macam mana DS Shahrizat Jalil pelekeh pemberian RM100 (lump sum) kepada warga emas (baca sini). Nak dengar juga apa kata beliau tentang pemberian bonus ini, nak pelekeh juga ke....

Sekian



Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.- malaysiakini.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...