Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

02 August 2010

Hishammuddin: Isytihar harta kepada umum tak sesuai



KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan untuk meminta semua Menteri Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Beliau berkata apa yang dilakukan pada masa ini di mana semua anggota Kabinet mengisytiharan harta mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memadai.

"Saya isytihar harta saya kepada Perdana Menteri. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan saya berpendapat ianya sudah memadai.

"Bagaimanapun, sebarang gesaan seperti itu yang membabitkan dasar kerajaan perlu dibincangkan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita selepas menutup Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia Keempat di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohammed yang berhasrat untuk meminta semua anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum.

Pada Sabtu, Abu Kassim dilaporkan bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan. - bernama

Aku cuma nak kata:

Datuk Seri Hishammuddin kata cadangan supaya semua Menteri Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan. Mengapa tidak sesuai ?, tidak pulak diberi tahu. Ada kah tidak sesuai itu sama dengan tidak relevan. Macam pernah dengar aja......

Mungkin takut rakyat tahu mereka banyak harta. Takut rakyat tadah tangan mintak sikit harta mereka sebab subsidi untuk rakyat pun mereka dah tarik sedikit demi sedikit.


Entah macam mana dalam mencari bahan, pakcik google bagi aku artikel seperti dibawah. Walau pun cerita dah lama, tapi jangan lupa pulak, kalau tak ada yang lama tentu tiada yang baru. Kan!...kan!....kan!.


Rasuah & penyelewengan Hishamudin Tun Hussein tak dapat disorokkan lagi
Thursday, September 08, 2005.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamudin Tun Hussein telah membolot saham bernilai RM25 juta yang diperuntukan khas untuk Bumiputera. Hishamudin juga didakwa memiliki saham syarikat pembinaan bernilai lebih RM30 juta, sementara kaum keluarganya turut mendapat tender kerajaan bernilai RM1 bilion.

Azmin mendedahkan, Haris Tun Hussein, adik Hishamudin telah mendapat kontrak pembinaan lebuhraya Duke yang menghubungkan antara Hulu Kelang dan Jalan Duta bernilai RM1 bilion.

Selain itu, kata Azmin, Hishamudin juga memiliki sebuah kereta pacuan empat roda berjenama Hummer keluaran General Motor (GM) dengan nombor pendafataran JEN 8, berharga hampir sejuta ringgit. Kenderaan itu sahaja berharga RM960,000 dan hanya terdapat tiga buah sahaja di Malaysia ketika ini, kata Azmin.

Menurutnya, inilah orang yang bercakap tentang semangat DEB dan menuntut 30 peratus saham untuk bumiputera.

Azmin mencabar Ketua Pemuda Umno itu untuk menafikan tuduhan beliau dalam masa 30 hari atau meletak jawatan.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...