Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

14 August 2010

Janji Pakatan Rakyat jika berjaya ke Putrajaya

DAP mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa imbuhan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.

1. Bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. (Tiap tiap tahun atau sekali seumur hidup, tidak dapat di pastikan.)



2. Akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.


3. Akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia


Dengan secara tak langsung, DAP yang mewakili Pakatan Rakyat telah pun memukul gendang mengajak UMNO/BN menari mengikut lagu Pakatan Rakyat. Apa kah UMNO/BN berani menyambut nya?.

Dalam pada itu aku nak juga dengar komen komen dari pihak UMNO/BN tentang janji janji DAP tersebut sebab dulu masa Kerajaan Negeri Selangor yang dibawah Pakatan Rakyat nak bagi air percuma, macam macam mereka tohmah. Setelah MB Tan Sri Khalid Ibrahim kata siapa yang tak mahu air percuma boleh isi borang dan hantar pada beliau dan mereka akan dikecualikan dari mendapat air percuma, baru lah senyap sikit puak puak tersebut. Sebenar nya bukan apa, puak puak tu geram duit nilai air percuma itu dapat kepada rakyat Selangor dan bukan dapat kepada puak puak mereka. Itu sebab mereka jaki.

Rasa aku dalam keadaan sekarang UMNO/BN tidak akan berani mengulas sebarangan. Takut nanti silap ulas jatuh tertumus di PRU13. Mengapa aku kata begitu?. Sebab ketiga tiga janji yang dibuat DAP itu tidak pernah pun disuara atau dicadang oleh kerajaan UMNO/BN. Rakyat sudah tentu boleh membuat percaturan untuk sama ada kekal dengan BN atau bertukar kepada Pakatan Rakyat. Mungkin dengan janji DAP ini, kerajaan BN terpaksa melaksana kan paling tidak pun satu dari janji tersebut itu. Ini adalah untuk mengekalkan sokongan tipis rakyat kepada BN. Janji DAP yang paling relevan untuk di laksana kan oleh kerajaan BN buat masa ini ialah memansuh kan saman ekor. That's it...BINGO!

Kesimpulan nya, janji DAP ini memeningkan pemimpin BN yang sudah sedia pening. Aku harap pemimpin kerajaan BN jangan sesekali memperlekeh kan janji janji tersebut. Aku amat yakin Pakatan Rakyat mampu mengotakan janji tersebut. Kalau tak sekali gus pun, dengan cara berperingkat peringkat.

Sekian

---------------------------------------------------------------------------------------------

DAP hari ini mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.
Pada sidang media yang pasti menimbulkan kontroversi, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka. "Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”.

Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah. “Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP di Kuala Lumpur.

Lim menolak persepsi tindakannya itu sebagai percubaan membeli undi. “Se
karang ini bukan pilihan raya, macam mana nak beli undi? Lagipun tak salah beri wang kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga menafikan tindakan itu bersifat 'populist' kerana ia juga sudah dilaksanakan di kebanyakan negara, seperti Thailand, katanya sambil menunjukkan majalah mingguan perniagaan The Economist.

“Kita juga tidak mahu fokus terlalu banyak terhadap kesilapan Barisan Nasional, tetapi kita mahu ketengahkan apa yang mampu kita tawarkan,” kata Lim.

Menurut beliau lagi, persetujuan juga sudah didapatkan dari parti Pakatan yang lain seperti PKR dan PAS berhubung tindakan berkenaan dan mereka tudak mempunyai sebarang bantahan. “Saya bercakap kepadanya (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau berkata OK lah,” kata Lim.

“Kita mahu membuktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China,” katanya.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China”.- http://www.malaysiakini.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...