Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

13 August 2010

Empangan Bakun: Projek yang membaham wang rakyat untuk kroni


Empangan Bakun

Akhir akhir ini projek empangan bakun di war-warkan oleh media pro kerajaan apabila siap nanti akan memberikan masa depan yang cerah kepada rakyat Sarawak. OK !, cerah pun cerah lah tetapi bagaimana dengan penyelewengan yang berlaku yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dan dilesapkan.

Orang yang paling mendapat untung atas angin pada pendapat aku ialah Tan Sri Ting Peck Khing, Pengerusi Ekran Berhad. Ekran Berhad ada lah peneraju utama
syarikat usahasama yang menjalankan projek Bakun. Ekran Berhad ada lah sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman dalam pembinaan empangan dan projek ini diserahkan tanpa tender. Tan Sri Ting Pek Khing, diketahui ramai mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Setelah segala balak dan kayu kayan ditebang untuk projek empangan tersebut, akhir nya Ekran menyerahkan nya semula kepada kerajaan. Tak kan kayu kayan yang ditebang itu dibuang begitu sahaja. Senang sungguh 'mereka' dan 'kawan kawan mereka' buat duit.


Baru baru ini DS Anwar Ibrahim berkata, kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 bilion, diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). (
baca sini)

Sekian



Tan Sri Ting Peck Khing, Pengerusi Ekran Berhad.

Dibawah ada lah Artikel lama dan laporan polis mengenai Empangan Bakun

Adakah anda masih ingat akan kisah Empangan Bakun? Jika ada yang telah terlupa, saya ingin memberikan anda peluang untuk mengimbau kisah tersebut. Empangan Bakun adalah sebuah empangan berskala besar yang bertujuan untuk menjanakan tenaga elektrik menggunakan teknologi elektrik hidro.

Pada tahun 70′an, telah terdapat sebuah empangan bersaiz besar iaitu Empangan Temenggor di Perak yang dibina dimana bermanfaat menjanakan sehingga 384 MW tenaga elektrik. Empangan Temenggor dibina dengan cara mengepung air sungai yang menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami air sehingga membentuk Tasik Temenggor (Tasik Banding). Teknik yang digunakan ini amatlah tidak mesra alam dimana kemusnahan hutan secara kekal telah berlaku.

Kemudian pada awal tahun 1990 pula Tenaga Nasional Berhad membina satu lagi empangan yang tidak mengganggu alam sekitar dimana aliran air sungai disekat dan dipindahkan kedalam satu sistem terowong bawah tanah yang canggih (stesen penjana hidro terletak di dalam tanah) yang dikenali sebagai Empangan Sg Piah di Sungai Siput Perak. Empangan ini bina dengan oleh Ret Ser Engineering Agency (Ret Ser) serta Kerjaya Balfour Beatty Cementation (KBBC) International dengan kawalselia sebuah syarikat dari Kanada (Shawinigan-Lavalin). Empangan ini berjaya menjanakan tenaga elektrik sehingga 54 MW pada Sg Piah Lower Power Station dan 14.6 MW pada Sg Piah Upper Power Station.

Projek Empangan Sg Piah sememangnya berjaya dan menjadi satu model kepada sebuah lagi empangan iaitu Empangan Pergau di Kuala Yong, Kelantan. Namun pembinaan Empangan Pergau tercalar dengan satu insiden peringkat antarabangsa yang mana melibatkan Kerajaan Britain dan Malaysia. Empangan Pergau yang menjanakan kuasa sehingga 600 MW telah menjadi satu insiden yang memalukan kerajaan Margaret Thatcher kerana nilai bantuan sebanyak 234 Juta Pound untuk projek tersebut adalah datangnya dari perbuatan “tumbuk rusuk” (rasuah) dalam pembelian jet pejuang Hawk yang bernilai 1.3 Bilion Pound pada bulan March 1988. Pada November 1994, Mahkamah Tinggi Britain telah menetapkan bahawa tindakan menyalurkan 234 Juta Pound tersebut (oleh Setiausaha Luar Britain Douglas Hurd) adalah salah dari segi undang-undang British.

Teknik pembinaan yang sama juga digunakan sebahagiannya untuk membina sebuah lagi empangan di Sarawak iaitu Empangan Bakun. Rekabentuk empangan tersebut menggabungkan kedua-dua konsep empangan iaitu Empangan Temenggor dan Empangan Pergau. Namun kos yang dicadangkan untuk membinanya amatlah tidak rasional kerana bernilai lebih dari 7 Bilion Dolar yang mana secara tidak langsung akan menyebabkan ianya akan menjadi empangan yang paling besar di Asia Tenggara (2400 MW janaan elektrik). Konsesi pembinaannya diberikan secara terus kepada Konsortium Ekran Berhad yang juga dianggotai oleh Kerajaan Sawarak, TNB, SESCO, MMC dan beberapa syarikat lain. Ekran Berhad pula kemudiannya dengan keizinan Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat Asea dari Sweden dan Brown Boveri dari Switzerland (yang akhirnya membentuk syarikat ABB) untuk menyelia dan menjalankan kerja kejuruteraan dan agihan tenaga pada bulan Jun 1996.

Pihak ABB pula telah meminta sebuah syarikat iaitu Companhia Brasileira de Projetos e Obras (CBPO) dari Brazil untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam, malah projek ini dijalankan dengan seliaan perundingan dari syarikat Lahmeyer dari Jerman dan Harza dari Amerika Syarikat.

Atas bantahan beberapa pihak termasuklah aktivis alam sekitar dan kegawatan ekonomi 1997, projek Empangan Bakun ini terhenti sehingga menyebabkan pihak ABB telah membuat “write off” sebanyak 100 Juta Dolar atas suku ketiga akaun mereka. Pada Disember 1997, Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu) telah mengeluarkan arahan supaya pemberhentian semua projek mega demi untuk menyelamatkan aliran tunai dan kewangan negara.

Pada penghujung 1999 projek Empangan Bakun ini dimulakan semula dengan segala beban diletakkan dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Malah beberapa siri pembayaran pampasan telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada Bakun Hydroelectric Corp (diketuai oleh Ekran Berhad) sebanyak lebih dari 250 Juta Dolar. Namun kemudiannya projek tersebut terhenti sekali lagi sehingga diambil alih oleh Kumpulan Sime Darby Berhad dengan kerjasama dari Malaysian China Hydro Consortium pada Ogos 2003. Malah sebuah konsortium lain iaitu Gulf International Investment Group (GIIG Capital) juga telah meletakkan deposit sebanyak 500 Juta Dolar untuk mengambil 60 % kepentingan dalam empangan ini.

Kini Empangan Bakun diserahkan pula kepada Synergy Drive Berhad (November 2007)
sebagai usaha (kononnya) untuk mengerakkan projek berskala mega yang beberapa kali terbengkalai ini. Projek ini sejak dari awal lagi tidak pernah menepati keperluan alam sekitar (EIA) dan membahayakan kepentingan kaum Penan di Sarawak.

Dari apa yang dapat kita lihat, kemungkinan Synergy Drive Berhad akan membuat beberapa siri pembayaran pampasan lagi kepada beberapa pihak yang seterusnya menunjukkan bahawa tindakan ini tidak lebih dari satu usaha untuk mengaburi mata rakyat akan satu proses “bail-out” sekali lagi. Malah kini dengan dana yang amat besar adalah dikhuatiri Synergy Drive Berhad akan menjadi seperti Khazanah Nasional atau Danaharta yang memungkinkan akan menyebabkan rakyat (secara umumnya) akan menjadi rugi sekali lagi.

Yang pastinya pihak yang akan untung dalam insiden Empangan Bakun ini tidak lain dan tidak bukan ialah Ekran Berhad dan beberapa kroni yang berkaitan.
Nilai pampasan yang telah mereka terima selama ini sebenarnya tidak wajar diberikan kepada mereka jika dibandingkan dengan kerja yang telah mereka lakukan.

Jika salah percaturan Synergy Drive Berhad akan pastinya terjual kepada pihak lain seperti yang pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini. Temasek Group memang menunggu peluang dengan meletakkan beberapa orang kepercayaan mereka didalam beberapa industri tempatan dan bersedia untuk memindah-milikkan aset dan kepentingan Synergy Drive Berhad pada bila-bila masa. Malah proksi Temasek Group kini dikenalpasti telah berada didalam Synergy Drive Berhad. - http://ketuaperusuh.wordpress.com


Laporan Anwar pada 12.11.1999 di Balai Polis berhubung dengan skandal Projek Empangan Bakun yang melibatkan anak-anak KM Sarawak, anak bekas PM ke 4 dan proksi orang-orang politik tertentu.

TUN HS LEE 30375/99
12.22 tengahari, 12 Nov 1999

Laporan Polis
Mahkamah Persekutuan
K. Lumpur

Saya ingin mengemukakan dokumen surat-surat dari Tan Sri Ting Peck King kepada Tun Daim Zainuddin dan kepada Dato' Seri Dr Mahathir Muhammad serta nota arahan Dato' Seri Dr Mahathir kepada saya selaku Menteri Kewangan supaya segera meluluskan pembayaran kepada Tan Sri Ting tanpa mematuhi peraturan dan prosedur kewangan atau merujuk terlebih dahulu kepada Syarikat Juruaudit Price Waterhouse yang telah dilantik meneliti permohonan pampasan dari Syarikat Ekran yang menyelenggara pembinaan projek Empangan Bakun di Sarawak.

Permohonan bayaran gantirugi telah dibuat oleh Tan Sri Ting terus kepada Tun Daim meskipun beliau tidak berkaitan dari segi bidang kuasa atau otoriti meluluskannya. Permohonan juga dibuat terus kepada Dato' Seri Dr Mahathir yang sekali lagi membuktikan cara beliau mengendalikan projek-projek mega seperti Perwaja, Putrajaya dan KLCC. Projek Bakun telah beliau luluskan tanpa mematuhi Prosedur Penswastaan atau tender. Beliau melancarkan projek tersebut sebelum kabinet meluluskannya. Sapertimana juga dalam laporan polis saya yang terdahulu bersabit projek Perwaja, beliau menjalin perhubungan langsung dengan Tan Sri Ting dan mengenepikan kementerian dan agensi berkaitan. Kabinet hanya menggerakkan kemudiannya dan meminta saya mengawasinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Bahkan dalam kes permohonan pampasan tersebut sapertimana yang tertera dari surat-surat yang disertakan, saya diketepikan samasekali meskipun pada ketika itu saya adalah Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Ketegasan saya serta keengganan meluluskan peruntukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan kewangan dan dasar berhemat menyebabkan saya dicurigai.

Kepentingan terbesar projek Bakun dipegang oleh Syarikat Ekran yang dikuasai oleh sahabat karib Dato' Seri Dr Mahathir dan rakan seperniagaan Tun Daim iaitu Tan Sri Ting Peck King.. Rasip Haron, rakan perniagaan Tun Daim turut memegang ekuiti. Rasip Haron dan Robert Tan Hua Choon, seorang lagi rakan perniagaan Tun Daim menguasai syarikat Jasa Kita. Jasa Kita terlibat dalam skandal Saham STM (Telekom) kerana penyalahgunaan pengagihan saham yang kononnya diperuntukkan oleh Tun Daim ketika menjadi Menteri Kewangan kepada masyarakat India. Tetapi disebaliknya, saham-saham tersebut disalorkan kepada tiga syarikat yang mempunyai hubungan dengan Dato' Samy Vellu. Ini termasuk Syarikat Clearway di mana pemandu Robert Tan, Baharuddin M. Arip adalah pengarah Clearway dan Jasa Kita.

Syarikat Robert Tan lainnya, Spanco kemudiannya dengan secara terburu-buru mendapat kelulusan penswastaan kenderaan Kerajaan, oleh unit Penswastaan Jabatan Perdana Menteri. Perkhidmatan syarikat dipertikai sebagai lemah dan mengenakan kos yang mahal, bahkan saya telah meminta beberapa peruntukan perjanjian diteliti semula. Oleh kerana Tun Daim umumnya mempunyai kepentingan, segala teguran dan bantahan diketepikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir.

Projek Bakun memerlukan dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak. Maka syarikat Ekran telah mendapatkan penyertaan dua orang putera Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri iaitu Mahmud Abu Bakir dan Sulaiman Abdul Rahman sebagai pemegang ekuiti dalam Ekran dan Pacific Chemicals. Maka Ekran dengan mudah memperolehi konsesi ribuan hektar balak disekitar kawasan Empangan, meskipun masyarakat asli tempatan dan pertubuhan alam sekitar membantah keras. Selain itu, anak Dato' Seri Ling Liong Sik turut dilantik dalam pengurusan projek dengan ganjaran lumayan.

Denga restu dan kelulusan Dato' Seri Dr Mahathir, keputusan dan projek serta kontrak diluluskan tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah Syarikat Bakun atau Kementerian Kewangan. Diketika itu, tatkala viabiliti projek dicurigai, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya HICOM Holdings, KWSP dan TNB turut memegang ekuiti. Syarikat-syarikat tersebut bersama SESPO Sarawak terus-menerus membantah kerana Tan Sri Ting mengambil keputusan bersendirian "dengan persetujuan Perdana Menteri" " tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu. Kontrak dianugerahkan dengan sewenang-wenang kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ekran. Umpanya, Pacific Chemicals memperolehi kontrak pembalakan kawasan Bakun seluas hampir 20 000 hektar. FCW Holdings dijanjikan kontrak 4 billion ringgit pembinaan kabel submarine dasar laut yang turut melibatkn kepentingan syarikat anak Dato' Seri Dr Mahathir.

Dan akhirnya setelah nyata projek tesebut akan gagal dan buntu serta akan mengulangi pengalaman kerugian Perwaja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, saya menggunakan alasan krisis ekonomi yang melanda ketika itu untuk membatalkan projek tesebut. Lagi pun terlalu banyak keputusan didapati tidak telus dan menimbulkan masalah dengan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti. Tindakan terhadap Ekran gagal diambil kerana perlindungan yang diberikan oleh Perdana Mentei dan Tun Daim. Pembatalan projek bukan sahaja menimbulkan kemarahan mereka berdua tetapi juga keluarga dan syarikat kroni yang berkepentingan.

Permohonan pampasan sebanyak 2.2 billion ringgit adalah keterlaluan sepertimana yang terpapar dalam surat Tan Sri Ting kepada Yun Daim bertarikh 11 Julai 98 (Eksibit Satu). Surat beliau kepada Dato' Seri Dr Mahathir menyebut mengenai pembayaran awal sebanyak 120 juta ringgit. Perdana Menteri dalam notanya bertarikh 12 Ogos '98 mengarahkan saya membayar tanpa merujuk kepada peraturan dan prosedur kewangan (Eksibit Dua).

Saya sedar bahawa beberapa laporan polis terdahulu beserta dokumen dan surat terutama yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim tidak disiasat dan diambil tindakan. Seolah-olah pemimpin-pemimpin tersebut adalah kebal dari siasatan dan tindakan. Disebaliknya, pemimpin-pemimpin parti alternatif terdedah kepada tindakan dan tekanan berlebihan. Saya menggesa agar pihak polis berkhidmat secara profesional. Sekali lagi saya mengemukakan dokumen dan surat yang menunjukkan bahawa wujudnya percanggahan kepentingan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim. Kami masih menunggu siasatan dan tindakan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah.

Disertakan Eksibit Satu dan Eksibit Dua.

Terima kasih.

Wassalammualaikum WarahmatuLlah.

(tandatangan : Anwar Ibrahim)


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...