Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

26 June 2010

Batal lesen: Takziah kepada penyokong judi bola sepak



Alhamdulillah !. Berkat doa dan usaha bantahan semua pihak yang terlibat akhir nya DS Najib tidak dapat tidak terpaksa menarik balik kelulusan judi sukan bola sepak. Apabila ditanya wartawan DS Najib memberi alasan bahawa keputusan tersebut diambil atas pertimbangan agama dan kesan politik. (Baca disini)

Pada pendapat aku, alasan sebab agama adalah satu pembohongan. Kalau agama diambil kira dalam pertimbangan kelulusan judi sukan tersebut, awal awal lagi permohonan Taukeh judi Vincent Tan telah ditolak. Alasan kesan politik lebih rasional untuk diterima. Ini memandang bantahan semakin merebak. Kalau sebelum ini bantahan hanya dari Pakatan Rakyat dan NGO. Ahli dan penyokong UMNO yang sebelum ini hanya diam, kini turut sama membantah dan antara nya termasuk lah Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno sendiri.

Dalam situasi begini berani kah DS Najib mengambil risiko untuk meneruskan pemberian lesen tersebut?. Yang menyokong pemberian lesen tersebut tak ramai mana pun. Antara nya mantan PM Tun M, MCA, MIC dan DS Rais Yatim.

Persoalan sebalik kelulusan tersebut ditarik balik:
1. Mengapa isu lesen ini seolah saja dilambat lambatkan sehingga sampai pertengahan Piala Dunia, baru nak tarik balik lesen nya. Apa kah Taukeh judi Vincent Tan sempat meraih keuntungan berjuta ringgit sebelum lesen ditarik balik. Bukan apa, aku hairan juga betapa pihak berkuasa 'all out' membasmi judi bola haram. Untuk apa ye?. Ada kah untuk memberikan untung maksimum kepada taukeh judi halal sebelum ia nya ditarik balik.

2. Apa pula ulasan Tun M diatas penarikan balik kelulusan judi berkenaan. Kalau sebelum ini isu lulus lesen beliau ulas dan sekarang isu tarik balik lesen pun patut ulas juga lah kan.

Walau apa pun, aku sebagai seorang Islam mengucap tahniah kepada DS Najib kerana terpaksa berani menarik balik lesen judi tersebut dan tahniah juga kepada pendokong/penyokong dan penggerak untuk memansuh kan lesen judi bola ini kerana kalau tidak ada desakan yang kuat dari anda semua sudah pasti pihak kerajaan akan buat pekak badak dan meneruskan pemberian lesen tersebut kepada Vincent Tan. Kalau tahun ini mengikut Forbes Asia, Vincent Tan adalah yang ke-9 terkaya di Malaysia dan kalau dia dapat lesen judi tersebut, tahun 2011 pasti nama akan berganjak menjadi yang ke-7 atau 8 terkaya di Malaysia. Tun M pasti bangga sebab Vincent Tan kawan beliau, agak aku la..........



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...