Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 June 2010

Sambut aktivis Liveline for Gaza (LL4G), baik ada makna tu...


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak (mendukung kanak-kanak) bersama 12 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan bersama kapal Mavi Marmara ke Gaza menunjukkan simbol "1Malaysia" ketika majlis meraikan kepulangan pasukan tersebut, di kediaman Perdana Menteri, di Kuala Lumpur, 6 Jun. - Utusan/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Sehari dua ini bukan main bersungguh lagi media media pengampu dari semua jenis medium di Malaysia ini memanipulasi kepulangan pewira aktivis Negara kita. Pagi pagi dalam perjalanan ketempat kerja terdengar di corong radio juruhebah yang heboh menemuramah isteri dan anak anak aktivis Malaysia yang menyertai misi Liveline for Gaza (LL4G).



Liputan liputan di TV memperlihatkan seolah olah pemimpin pemimpin negara tersangat lah prihatin nya tentang nasib para aktivis sedang kan sebelum ini mereka tak kesah dan tak berdetik langsung. Menteri Pertahanan, DS Ahmad Zahid Hamidi dengan selamba mengatakan bahawa tidak ada penerbangan khas untuk membawa aktivis pulang. Yang menyakitkan hati apabila soal kos yang tinggi dan tidak ada permintaan dijadikan alasan (baca sini). Cakap lah berlapik sikit.

Ingat lagi tak kepada pelayaran Azhar Mansur mengelilingi dunia dengan kapal layar pada awal 1999?. Tiang layar nya patah dipukul ribut yang mengakibatkan dia terkandas di Kepulauan Falklands. Siapa dan bagaimana tiang layar tersebut diganti ?. Pemasangan tiang layar ganti yang patah dibuat oleh Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia yang diterbangkan kesana. Oh ye! masa tu bukan DS Ahmad Zahid Hamidi yang jadi menteri pertahanan kan !!.


Mungkin memikirkan betapa rugi nya jika tidak mengambil kesempatan untuk mendapat 'political milage', maka berduyun duyun lah mereka mereka ini turun menyambut aktivis yang pulang. Hampir semua nya memakai selendang palestine. Kalau sekali pandang mereka lah penyokong Palestine tegar, tetapi rasa nya ramai rakyat yang tahu apa yang ada disebalik batu.

Allah selamatkan Palestine !! Amin....

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...