Dalam kenyataan terbaru, DS Najib menggesa syarikat swasta pula membantu pesara tentera. Kenyataan tersebut dilihat seolah DS Najib sudah tidak mampu lagi nak sorok kan masaalah kewangan yang dihadapi oleh pentadbiran nya untuk menguruskan Negara Malaysia.
Kalau bagi pada swasta memang tak ada masaalah dan kurang lah beban kerajaan, tetapi takut nanti syarikat swasta yang terlibat akan memindahkan beban tersebut kepada rakyat melalui kenaikan tarif, harga barangan, perkhidmatan dan lain lain lagi. Rakyat juga yang jadi mangsa. Dalam banyak tindakan, kerajaan yang dipimpin nya juga tidak langsung menunjukan 'mesra rakyat'. Slogan rakyat didahulukan adalah bohong semata mata.

Yang membuat kita sebagai rakyat panas hati ialah segelintir mereka yang joli katak dengan membaham segala hasil mahsul negara dan bila hasil tu dah mula kering kontang, kita pulak yang disuruh tanggung. Satu demi satu terserlah. Nasib baik lah kerajaan yang memerintah kita sekarang ini tidak ada majoriti 2/3. Kalau kekuatan nya macam dulu, memang semua yang dia nak buat seperti dibawah ini sudah pasti terlaksana. Oleh itu pilihanraya akan datang, kalau tak dapat tawan Putrajaya pun jangan bagi juga majoriti 2/3.
1. Cuba untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Setelah mendapat tentangan hebat dari rakyat cadangan tersebut ditangguh tetapi tidak dibatal.
2. Bercadang menarik subsidi berbagai barangan dan keperluan. Kalau tak nanti negara boleh bangkrap seperti kata Idris Jala.
3. Meluluskan judi sukan yang sudah pun ditarik balik atas sebab bantahan rakyat. Kalau lulus banyak cukai yang dapat dikutip. Taukeh judi itu pun dah janji nak derma sebahagian untung judi tersebut.
4. Pelupusan/penjualan/penggadaian dan entah apa istilah lagi aset strategik negara kepada pihak lain. Contoh seperti 2 blok minyak, Stesen keretapi Tanjung Pagar dan mungkin ada banyak lagi yang kita tak tahu.
5. .....dan seperti kenyataan bawah, kerajaan juga dalam proses melepaskan tanggungjawab nya terhadap bekas tentera, cuma cara cakap tu berlapik sikit.

PEKAN 26 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa syarikat-syarikat swasta berjaya supaya membantu golongan bekas tentera yang banyak berjasa kepada negara.
Menurut beliau, keprihatinan semua pihak yang bekerjasama dengan kerajaan akan memastikan kebajikan bekas tentera mendapat pembelaan yang sewajarnya.
"Keamanan dan keharmonian yang kita warisi kini dibayar dalam bentuk nyawa, darah dan keringat yang dicurahkan oleh perajurit ketika menentang musuh negara.
"Jangan sesekali kita lupa dan memandang sepi kepada apa yang telah dikorbankan termasuk nyawa mereka dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
"Bekas perajurit merupakan kumpulan yang perlu disanjungi dan diberikan perhatian supaya mereka merasai perjuangan yang dilakukan sebelum ini tidak sia-sia," katanya.
Beliau berucap pada majlis jamuan petang perdana 'Jasamu Dikenang' dan penyampaian pinjaman kepada usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. - http://www.utusan.com.my
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment