Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

14 June 2010

Saiful Apek dan 5 rakan ditahan kerana kes dadah (ganja)

Setelah tersebar berita di internet malam tadi tentang tertangkap nya seorang pelakon komedi, mula mula aku ingatkan si Yasin tu lagi rupa rupa nya di Saiful Apek.

Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin. Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut.

Pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja. Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama 5 rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah…”.(berita penuh disini)

Dibawah ini adalah klip video yang telah lama berada di Internet (youtube). Betul atau tidak yang sedang hisap guna batang betik itu Saiful Apek atau bukan, terpulang lah kepada mata masing masing. Ada yang kata itu memang Saiful Apek, tetapi sewaktu dia belum jadi artis.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...