Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

25 June 2010

Isu judi sukan: Sami Buddha lebih faham.....



Aku tidak terkejut langsung bila baca kenyataan mantan PM Tun Mahathir bahawa kalau beliau masih berkuasa, beliau juga akan meluluskan lesen judi sukan (baca disini). Apa nak dihairankan, rekod beliau sebelum ini apabila bercakap hal hal ugama Islam pun bukan nya bagus sangat pun. Banyak nya asyik memperlekeh saja.

Aku cuma Sedih dan kesian kepada Tun M, dalam keadaan rumah kata pergi dan kubur kata mari, beliau masih tergamak meluahkan kata kata seperti itu. Kalau aku berada ditempat beliau, dengan baki umur yang tak lama mana, rasa nya lama dah aku bertaubat nasuha setelah Allah beri kan nyawa kedua. Agak nya beliau nak tunggu apabila nafas tidak boleh lagi disedut (sebab orang selalu sebut menghembuskan nafas yang terakhir dan bukan menyedut nafas terakhir), baru nak berhenti bercakap yang memperlekeh hukum Islam. Ingat Tun!, masa tak boleh nak sedut nafas itu lah saat dan ketika yang dipanggil 'sakaratul maut'.

Dalam konteks judi ini rasa nya Tun M patut rasa malu dengan kenyataan seorang sami yang juga ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, Kelantan dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran Buddha.

Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.

“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati). (sumber:harakahdaily)

Aku agak hairan cara Tun M bercakap lagaknya tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang kan DS Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak dan berbelit belit untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan wartawan dan penentangan dari rakyat sehinggakan satu sidang akhbar Datuk Jamil Khir Baharom terpaksa dibatalkan atas nasihat DS Najib. Mungkin takut nanti soal judi akan ditanya oleh wartawan.

Entah lah, mungkin beliau sudah merasakan bahawa beliau adalah Menteri Mentor macam Lee Kuan Yew secara tak rasmi. Dulu zaman Pak Lah beliau kata Pak Lah tak bagi beliau cakap. Sekarang bila anak didik beliau bagi beliau cakap..., cakap beliau semakin jauh melalut.....

Kesian TUN.......

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

1 comment:

Hisyamuddin Che Ali said...

UMNO sejak dulu, kini & selamanya tak nak insaf..mmg untg dia dah x jd pm..klkau tak tntu judi berlmbk2 kt Malaysia nih..

teruskn perjuangan sahabat ..boleh tak tumpang parking http://tunhisyamuddin.blogspot.com/ di sini, sahabat. Syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...